KENYATAAN MEDIA
YB DATUK MADIUS TANGAU
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MALAYSIA 5 OKTOBER 2015
PENAFIAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA DALAM OPERASI PEMBENIHAN AWAN
MOSTI menafikan penggunaan bahan kimia berbahaya dalam operasi pembenihan awan seperti yang disebar luas melalui laman sosial beberapa hari ini.
Bahan-bahan yang digunakan untuk pembenihan awan ialah natrium klorida iaitu garam masakan yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian. Garam ini adalah selamat dan tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan terhadap kesihatan mahupun alam sekitar.
Bahan dan kuantiti garam yang digunakan adalah sama dalam setiap operasi pembenihan awan dan tiada tambahan bahan kimia lain seperti yang diviralkan dalam laman sosial.
Dalam sesuatu operasi pembenihan awan, 150-200kg garam biasa akan dilarutkan ke dalam 1500 liter air di dalam tangki berisipadu 1800 liter yang seterusnya akan disembur ke dalam awan.
Datuk Madius Tangau
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
______________________________________________________________
Unit Komunikasi Korporat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia
Phone: 03-8885 8831, Fax: 03-8890 3092 Email: [email protected]