• Tidak ada hasil yang ditemukan

Lapan pelajar UniMAP sertai Program Mobiliti Pelajar ke Nahda Universiti, Mesir

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Lapan pelajar UniMAP sertai Program Mobiliti Pelajar ke Nahda Universiti, Mesir"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA

18 Ogos 2016 Lapan Pelajar UniMAP Sertai Program Mobiliti Pelajar ke Nahda Universiti, Mesir

PAUH PUTRA, 18 Ogos – Seramai lapan pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terpilih untuk menyertai Program Mobiliti Pelajar 2016, Nahda University, Mesir.

Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, program mobiliti itu merupakan lawatan balas deligasi Nahda University pada program yang sama Ogos tahun lalu.

“ Saya berharap melalui program ini para pelajar dapat menimba ilmu dan pengalaman baharu untuk memajukan diri mereka.

“ Sebagai duta kecil UniMAP, gunakanlah peluang yang diberikan ini untuk mempromosikan universiti kita dan juga Malaysia,” katanya selepas menghadiri Majlis Pelepasan Program Mobiliti Pelajar 2016, Nahda University, di sini.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, UniMAP, Dato' Prof.

Emeritus Ir. Dr. Zainai Mohamed dan Pengarah Pusat Hal Ehwal Antarabangsa UniMAP, Dr. Noorhafiza Muhammad.

Ujar Dato’ Zul Azhar lagi, semua peserta program itu akan berada di Mesir selama tiga minggu bermula 19 ogos 2016 hingga 9 september 2016.

“ Semua peserta ini dipilih dari dua pusat pengajian iaitu Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Alam Sekitar dan PPK Komputer dan Perhubungan.

“ Program Mobiliti Pelajar 2016, Nahda University merupakan program bukan akademik “ non- Academic” berkredit, ia bertujuan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari bidang kejuruteraan awam dan komputer dan komunikasi di universiti itu,” katanya lagi.

Pelajar tahun dua, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer, Erick Hermanto Lasimin, berkata beliau akan menggunakan peluang yang diberikan untuk menimba pengalaman sepanjang berada di Mesir nanti.

“ Ini merupakan kali pertama saya mengikuti program seperti ini dan akan menggunakan sebaiknya kepercayaan yang diberikan pihak PPK dan

(2)

Unit Media Page 2 UniMAP untuk mencari pengalaman dan ilmu baharu di sana nanti,” katanya.

Sementara itu bagi Pelajar tahun dua Ijazah sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Syaza Nur Iylia Zulkifli berkata, beliau amat teruja kerana terpilih untuk mengikuti program terbabit.

“ Saya tidak menyangka terpilih untuk mengikuti program ini dan berharap agar dapat membawa pulang ilmu yang diperolehi sepanjang di sana nanti untuk berkongsi bersama rakan-rakan di sini,” katanya.

Semua pelajar-pelajar ini ditaja dengan menggunakan dana mobiliti yang diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) selain sumbangan daripada pusat pengajian serta pelajar sendiri.

Dikeluarkan Oleh :

Mohd Basri Basir ([email protected]) Penolong Pegawai Perhubungan Media UniMAP

Referensi

Dokumen terkait

Unit Media Page 1 MEDIA STATEMENT 18 August 2016 Eight UniMAP Students To Attend Student Mobility Programme to Nahda University, Egypt PAUH PUTRA, 18 August – Eight Universiti

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP Terima 46 Buah Bas Baharu Bagi Kegunaan Pelajar PAUH PUTRA, 15 Ogos - Universiti Malaysia Perlis UniMAP menerima 46 buah bas dalam

Page 1 KENYATAAN MEDIA 21 Ogos 2016 KEJAYAAN SUKUM SUNTIK SEMANGAT KONTINJEN UniMAP KE KARNIVAL MASUM Pauh Putra,21 Ogos – Kontinjen Universiti Malaysia Perlis UniMAP ke

Unit Perhubungan Media Page 1 MEDIA STATEMENT 26 August 2016 21 Students Selected for Outbound Mobility Programme to UUI Pauh Putra, 26 August – 21 Universiti Malaysia Perlis UniMAP

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA Pelajar UniMAP Kekal 100 peratus Dalam Kampus Kangar, 26 Ogos – Kesemua pelajar Universiti Malaysia Perlis UniMAP akan kekal 100

Unit Perhubungan Media - aini Page 1 MEDIA STATEMENT 16 Sept 2016 KOPERTIS-UniMAP TO COOPERATE ON STUDENT AND STAFF MOBILITY Pauh Putra, 16 Sept – The Coordination of Private

600 Pelajar Sertai “IEEE UniMAP SB Colour Run’ Arau, 20 November – Lebih 600 pelajar mengambil bahagian dalam acara “IEEE UniMAP SB Colour Run” yang dianjurkan buat julung kalinya

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP DAN YTSP TAJA PELAJAR KE TAIWAN Kangar, 18 November – Universiti Malaysia Perlis UniMAP bersama Yayasan Tuanku Syed Putra YTSP akan