• Tidak ada hasil yang ditemukan

80 Peserta UniMAP Sertai Karnival Varsiti IMTGT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "80 Peserta UniMAP Sertai Karnival Varsiti IMTGT"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Page 1

KENYATAAN MEDIA

80 PESERTA UniMAP SERTAI KARNIVAL VARSITI IMTGT

ARAU, 22 Ogos – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menghantar 80 peserta bagi menyertai Karnival Varsiti Indonesia, Malaysia dan Thailand Growth Triangle (IMTGT) yang berlangsung bermula 23 hingga 28 Ogos 2019 di Walailak University, Thailand.

Menurut Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) merangkap Ketua Kontijen UniMAP, Prof. Madya. Dr. Muzammil Jusoh, mereka ini terdiri daripada 53 pelajar dan 27 pegawai yang dibahagi kepada tiga kategori iaitu sukan, kebudayaan dan seminar.

“UniMAP menghantar 26 pesertanya untuk menyertai lima sukan yang dipertandingkan iaitu bola sepak, badminton, larian 4km, bola tampar (wanita), dan tenis.

“Manakala 24 pelajar lain menyertai kebudayaan dan baki tiga pelajar pula menyertai seminar,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Ujar beliau lagi, semua pelajar yang terlibat perlu melakukan yang terbaik mengikut segmen masing-masing, malah mereka perlu sematkan di dalam sanubari bahawa ini adalah satu sumbangan berharga daripada pelajar kepada universiti.

“Binalah jaringan persahabatan bersama peserta-peserta dari universiti lain terutamanya dari Thailand dan Indonesia,” katanya.

(2)

Page 2 Karnival Varsiti IMTGT kali ini disertai 800 peserta dari tiga buah Negara iaitu Indonesia, Thailand dan Malaysia yang diwakili oleh universiti-universiti yang menjadi ahli IMTGT.

“Terdapat 12 universiti yang terlibat dalam IMTGT yang masing- masing mewakil Negara mereka iaitu Indonesia diwakili Universitas Sumatera Utara (USU), Institut Teknologi Medan (ITM), Universitas Syiah Kuala (USK) dan Universitas Negeri Medan (UNIMED).

“Manakala Thailand diwakili Prince of Songkhla University (PSU), Thaksin University (TSU), Rajamangala University of Technology Srivijaya (RMUTSV) dan Walailak Universiti (WU),” katanya.

Tidak ketinggalan Malaysia diwakili Universiti Teknologi MARA (UiTM) Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan UniMAP.

Sementara itu, Naib Canselor UniMAP, Prof. Ts. Ir. Dr. R Badlishah Ahmad mengucapkan selamat maju jaya kepada peserta dan menasihati mereka supaya menjaga tingkah laku sepanjang berada di sana.

“Anda merupakan duta kecil yang membawa nama UniMAP, tunjukkanlah adab sopan, buatlah sehabis baik dalam pertandingan yang disertai dan semoga kita beroleh kejayaan, InsyaAllah,” katanya ketika berucap selepas Perjumpaan Mingguan Bersama Pengurusan Tertinggi semalam.

Dikeluarkan Oleh : Nurul Aida Othman

Penolong Pegawai Media UniMAP

Referensi

Dokumen terkait

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 6 Jun 2016 Beri Komitmen Jitu Kepimpinan Naib Canselor Baharu UniMAP - Raja Muda Perlis ARAU, 6 Jun Bernama -- Raja Muda Perlis Tuanku

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP Terima 46 Buah Bas Baharu Bagi Kegunaan Pelajar PAUH PUTRA, 15 Ogos - Universiti Malaysia Perlis UniMAP menerima 46 buah bas dalam

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA Pelajar UniMAP Kekal 100 peratus Dalam Kampus Kangar, 26 Ogos – Kesemua pelajar Universiti Malaysia Perlis UniMAP akan kekal 100

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 500 Peserta Meriahkan Program Jom Fit Bersama SUKSIS UniMAP Sungai Chuchuh, 4 Disember 2016 – Seramai 500 peserta menyertai pelbagai

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP SASAR 4 EMAS DI MASUM 2017 PAUH PUTRA, 3 Julai – Universiti Malaysia Perlis UniMAP mensasarkan empat pingat emas pada Karnival Sukan

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA KERJASAMA PROJEK TAHUN AKHIR PELAJAR UniMAP DENGAN KERAJAAN NEGERI PERLIS Arau, 9 November – Sebagai satu inisiatif menjayakan program

Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP MTUN Pertama Tubuh Akademi ICT Huawei Kangar , 2 Ogos – Universiti Malaysia Perlis UniMAP menjadi universiti pertama dari kalangan Rangkaian

Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP MALAYSIA'S INNOVATE FPGA 2019 ASIA PACIFIC/JAPAN REGIONAL FINALIST Kangar, 6 Ogos – A Universiti Malaysia Perlis UniMAP School of Computer and