• Tidak ada hasil yang ditemukan

UniMAP Sasar 4 Emas di MASUM 2017

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "UniMAP Sasar 4 Emas di MASUM 2017"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Media Page 1

KENYATAAN MEDIA

UniMAP SASAR 4 EMAS DI MASUM 2017

PAUH PUTRA, 3 Julai – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mensasarkan empat pingat emas pada Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2017 yang akan berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 7 hingga 22 Julai nanti.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, kontinjen UniMAP menghantar 10 penyertaan bagi acara Olahraga, Tenpin Boling, Sepak Takraw, Tenis, Ragbi 15 sebelah, Bola Tampar, Taekwondo, Karate Do, Bola Keranjang dan Bola Baling .

“Tahun lalu, kita gagal memenangi sebarang pingat emas dan hanya berpuas hati dengan enam perak dan lima gangsa bagi acara woodball dan karate-do. Dengan persiapan rapi yang dibuat pada tahun ini, kita harapkan acara-acara yang kita sasarkan mampu menyumbang emas untuk kontinjen UniMAP.

“Antara acara yang kita sasarkan emas adalah tenis, olahraga, taekwando, dan bola keranjang, saya berharap dengan adanya sasaran ini, para atlet akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan,” katanya ketika berucap pada majlis Penyerahan Bendera Kontinjen UniMAP di Bilik Seminar PFI 2, Kampus UniMAP, di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan dan Pengarah Pusat Sukan UniMAP, Suhizaz Sudin.

(2)

Unit Media Page 2 Beliau berharap agar para atlet menunjukkan prestasi yang terbaik dan menjadikan MASUM 2017 sebagai platform dalam melahirkan atlet-atlet UniMAP yang berpotensi untuk ditonjolkan ke peringkat antarabangsa.

“Inilah semangat yang perlu dipupuk, iaitu bukan sekadar bertanding atas prestasi selaku wakil universiti semata-mata, tetapi paling penting bersaing bagi melayakkan diri dalam pasukan kebangsaan dan akan membawa cabaran lebih besar di peringkat serantau dan antarabangsa seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik,” katanya lagi.

Dikeluarkan Oleh :

Mohd Basri Basir ([email protected]) Penolong Pegawai Perhubungan Media UniMAP

Referensi

Dokumen terkait

Headline Sasar empat pingat, kedudukan 2 teratas E-Sukan di Hanoi Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 11 Feb 2022 Journalist Bernama

1 Unit Media KENYATAAN MEDIA UniMAP RAIH KEJAYAAN 100 PERATUS DI MTE 2017 Kuala Lumpur, 18 Februari – Universiti Malaysia Perlis UniMAP berjaya meraih kejayaan 100 peratus pada

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 8 September 2016 Pusat Islam UniMAP Bakal Anjur Program Jom Baca Al Quran PAUH PUTRA, 8 September: Pusat Islam Universiti Malaysia Perlis UniMAP

Sambutan 20 Tahun Penubuhan, UniMAP Tekad Lahir Graduan Berkualiti DITULIS OLEH AININULNIZA Pauh Putra, 25 Julai – Universiti Malaysia Perlis UniMAP akan terus komited dalam

1 | P a g e KENYATAAN MEDIA UniMAP – MODENAS ESTABLISH MOU Pauh Putra, March 15 - Universiti Malaysia Perlis UniMAP is committed to help ensure the success of the National

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA Atlet UniMAP gondol 13 pingat di Kejohanan Karate-do terbuka 2017 Kangar, 9 Mac – 12 atlet Karate Universiti Malaysia Perlis UniMAP telah berjaya

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP 2017 LOGO REBRANDING Kangar, March 17 - Universiti Malaysia Perlis UniMAP had launched an addition to the UniMAP logo, now bearing the

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP strengthen relationship with European University Pauh Putra, 3 Mei- Universiti Malaysia Perlis UniMAP is always exploring new