• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sasar empat pingat, kedudukan 2 teratas E-Sukan di Hanoi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Sasar empat pingat, kedudukan 2 teratas E-Sukan di Hanoi"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Headline Sasar empat pingat, kedudukan 2 teratas E-Sukan di Hanoi

Language Malay

Media Tittle

Harian Metro Section/Page

No

Sukan

Date 11 Feb 2022 Journalist Bernama

Source https://www.hmetro.com.my/arena/esukan/2 022/02/809368/sasar-empat-pingat- kedudukan-2-teratas-e-sukan-di-hanoi

Remarks Sains Sukan

Sasar empat pingat, kedudukan 2 teratas E-Sukan di Hanoi

BERNAMA

Kuala Lumpur: Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) menyasarkan empat pingat dan mencapai kedudukan dua teratas keseluruhan dalam Sukan Sea Hanoi yang dijadual

berlangsung dari 12 hingga 23 Mei depan.

Sejumlah 10 pingat emas menjadi rebutan dalam eSukan di dalam edisi Vietnam.

Presiden MESF Datuk Ananth S Nathan berkata pingat-pingat itu dijangka diperoleh daripada permainan seperti "Mobile Legends: Bang Bang" (MLBB), "Player Unknown's Battlegrounds (PUBG) Mobile" (acara berpasukan), "FIFA Online 4", dan "Arena of Valor" untuk mendapatkan kedudukan dua teratas secara keseluruhan.

Jika boleh kami mahu memenangi pingat dalam semua acara tetapi kami mempunyai peluang terbaik di dalam empat permainan.

(2)

Headline Sasar empat pingat, kedudukan 2 teratas E-Sukan di Hanoi

Language Malay

Media Tittle

Harian Metro Section/Page

No

Sukan

Date 11 Feb 2022 Journalist Bernama

Source https://www.hmetro.com.my/arena/esukan/2 022/02/809368/sasar-empat-pingat- kedudukan-2-teratas-e-sukan-di-hanoi

Remarks Sains Sukan

Empat permainan ini dipilih berdasarkan daya saing atlet kami di peringkat antarabangsa dan kami mempunyai kekuatan dari segi sejarah," kata beliau dalam satu sidang media maya hari ini.

Beliau mengesahkan Malaysia juga akan menyertai pertandingan PUBG Mobile (individu), Garena Free Fire, League of Legends (PC), kedua-dua acara berpasukan lelaki dan wanita dalam "League of Legends: Wild Rift" (mobil) tetapi tidak bertanding dalam "CrossFire".

Apabila eSukan mula dipertandingkan di Sukan Sea pada edisi 2019 di Manila, Malaysia membawa pulang satu emas menerusi Hearthstone dan satu gangsa menerusi MLLB berpasukan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Atlet Kebangsaan MESF, Kelvin Phang Ching Kuen berkata persekutuan itu akan menganjurkan pemilihan di peringkat kebangsaan dari 18 Februari hingga 6 Mac "untuk mengenal pasti individu terbaik secara saksama" bagi mewakili negara.

Pemain terpilih akan menghadiri "boot camp" selama dua bulan di Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil dan EBN Esports City di Quill City Mall selain daripada pendedahan dalam pertandingan dalam negara dan antarabangsa sebelum ke Hanoi.

Atlet-atlet itu juga perlu mematuhi had umur ditetapkan penganjur, iaitu berumur 18 tahun dan ke atas pada 12 Mei ini.

Disiarkan pada: Februari 11, 2022 @ 9:14pm

Referensi

Dokumen terkait

Headline Dua gol Azrai bantu skuad hoki negara benam Kanada Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 29 November 2022 Journalist Saiful