Headline TWSA fokus lahir pelayar OKU bertaraf dunia
Language Malay
Media Tittle
Harian Metro Section/Page
No
Sukan
Date 11 Januari 2023 Journalist Malik Muhamad
Source https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023 /01/924731/twsa-fokus-lahir-pelayar-oku- bertaraf-dunia
Remarks Sains Sukan
TWSA fokus lahir pelayar OKU bertaraf dunia
Malik Muhamad
Kuala Terengganu: Menyedari potensi membabitkan atlet orang kelainan upaya (OKU),
Persatuan Luncur Layar Negeri Terengganu (TWSA) mengorak langkah dengan memfokuskan program pembangunan buat mereka di negeri ini.
Presiden TWSA, Ibni Amin Busu berkata, program pembangunan tersusun akan diteruskan bagi melahirkan atlet OKU bukan sahaja di peringkat negara dan Asia, malah bertaraf dunia.
Bekas Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) itu berkata, situasi ini berdasarkan ramai dalam kalangan atlet OKU berpotensi untuk diketengahkan, sekali gus meletakkan penanda aras baharu buat sukan pelayaran Terengganu yang kini antara kuasa dalam negara.
Headline TWSA fokus lahir pelayar OKU bertaraf dunia
Language Malay
Media Tittle
Harian Metro Section/Page
No
Sukan
Date 11 Januari 2023 Journalist Malik Muhamad
Source https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023 /01/924731/twsa-fokus-lahir-pelayar-oku- bertaraf-dunia
Remarks Sains Sukan
"Melihat kepada potensi, kami memberi fokus kepada program pembangunan sukan perahu layar membabitkan atlet OKU apabila kami melihat kategori ini mempunyai prospek untuk menyumbang pingat buat negeri mahupun negara di pentas antarabangsa.
"Ia menjadi tanggungjawab sosial buat kami dalam sukan ini kerana hala tuju pembangunan sukan ini mempunyai masa depan lebih cerah sekiranya kembali dipertandingkan di pentas Sukan Para Malaysia (Para Sukma).
"Malah, penganjuran Para Sukma bertujuan melahirkan atlet berkualiti untuk mewakili negara ke pentas lebih tinggi seperti Sukan Asia atau Paralimpik yang menjadi pentas tertinggi buat mereka," katanya.
Ibni Amin berkata, ruang dan peluang harus diberikan seluas-luasnya buat mereka untuk mengembangkan bakat dan karier, lebih-lebih lagi kerajaan negeri sentiasa memberi penekanan dalam aspek sukan.
"Kita tidak boleh nafikan keupayaan golongan ini, jika digilap secara konsisten dan sistematik, pasti akan lahir jaguh bertaraf profesional.
"Cuma kita perlu memberi peluang dan ruang sama rata buat mereka khususnya pembabitan dalam kejohanan di dalam negara," katanya.
Setakat ini, seramai 10 atlet OKU sudah memulakan program latihan bot Hansaa Access 2.3 yang kini aktif menyertai beberapa kejohanan domestik bermula setahun lalu.
Pada 2023, Terengganu bakal menganjurkan empat siri perlumbaan yang mempertaruhkan lima kategori termasuk Hansaa Access 2.3 bagi merancakkan lagi sukan itu.
Disiarkan pada: Januari 11, 2023 @ 8:42pm