• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sasaran Zii Jia emas Olimpik 2024

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Sasaran Zii Jia emas Olimpik 2024"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Headline Sasaran Zii Jia emas Olimpik 2024 Language Malay

Media Tittle

Harian Metro Section/Page No Sukan

Date 01 April 2021 Journalist Ferzalfie Fauzi

Source https://www.hmetro.com.my/arena/badminton/202 1/04/690448/sasaran-zii-jia-emas-olimpik-2024

Remarks Sains Sukan

Sasaran Zii Jia emas Olimpik 2024

Kuala Lumpur: Bukan emas di Olimpik Tokyo tapi Paris 2024, itulah sasaran diletakkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) buat perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia selepas berjaya meraih kejuaraan Seluruh England.

Menurut Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, mereka enggan memberi tekanan sepatutnya kepada pemain berusia 23 tahun itu walaupun harapan semakin tinggi diletakkan ke atas perseorangan lelaki nombor satu negara berkenaan.

"Sejak hari pertama lagi perancangan kami adalah memenangi emas pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Namun, seperti saya katakan kepada Zii Jia, dia mempunyai impian tersendiri dan dia juga tahu apa rakyat mahukan daripadanya," katanya pada majlis penyampaian insentif kepada di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, hari ini.

Jelas Norza yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), perkembangan positif apabila semua memberikan sokongan kepada Zii Jia dan pemain lain yang layak ke Sukan Olimpik Tokyo.

"Kita beri sokongan tidak berbelah-bahagi kepada mereka. Saya fikir sekiranya kita beri kepercayaan kepada mereka, keputusan itu akan datang. Untuk kita bagi tekanan yang tidak sepatutnya, ia kurang tepat.

"Saya fikir kita kekal dengan sasaran buat pasukan muda kita ini untuk Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Namun, kita tentu sahaja berharap keputusan yang baik di Sukan Olimpik Tokyo nanti," kata Norza.

Zii Jia yang melonjak ke ranking nombor lapan dunia menerima insentif daripada BAM sebanyak RM30,000 susulan kejayaannya menjuarai saingan Seluruh England di Birmigham, dua minggu lalu.

(2)

Headline Sasaran Zii Jia emas Olimpik 2024 Language Malay

Media Tittle

Harian Metro Section/Page No Sukan

Date 01 April 2021 Journalist Ferzalfie Fauzi

Source https://www.hmetro.com.my/arena/badminton/202 1/04/690448/sasaran-zii-jia-emas-olimpik-2024

Remarks Sains Sukan

Selain pemain kelahiran Kedah itu, beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah turut diberikan insentif sebanyak RM15,000 susulan kejayaan mereka menjuarai Terbuka Switzerland, awal bulan lalu selain mara sehingga suku akhir Seluruh England. BAM turut membina 'Wall of Champions' untuk Zii Jia dan Pearly-Thinaah susulan kejayaan dilakar kedua-dua wakil negara itu di ABM.

Referensi

Dokumen terkait

This mission has demonstrated that South Africa has the potential to contribute to space technology as these nano- satellites were locally produced at the Africa Space Innovation Centre