• Tidak ada hasil yang ditemukan

Gelaran treble kejayaan paling manis THT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Gelaran treble kejayaan paling manis THT"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Headline Gelaran treble kejayaan paling manis THT Language Malay

Media Tittle

Harian Metro Section/Page

No

Sukan

Date 19 Mac 2023 Journalist Zulkarnain Azman

Source https://www.hmetro.com.my/arena/hoki/202 3/03/947492/gelaran-treble-kejayaan-paling- manis-tht

Remarks Sains Sukan

Gelaran treble kejayaan paling manis THT

Zulkarnain Azman [email protected]

PASUKAN THT menjulang Piala TNB 2023 selepas menewaskan pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan keputusan 2-1 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam tadi. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Kapten pasukan hoki Terengganu (THT), Fitri Saari menyifatkan treble yang diraih pasukannya sejak ditubuhkan 10 tahun lalu sebagai kejayaan yang manis.

Menurut Fitri, treble yang diraih pasukannya itu bukan mudah kerana ia adalah hasil titik peluh seluruh pasukan sambil berterima kasih kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mempercayai usaha mereka untuk sekali lagi menjulang trofi Piala TNB selepas melakukannya dua tahun lalu.

(2)

Headline Gelaran treble kejayaan paling manis THT Language Malay

Media Tittle

Harian Metro Section/Page

No

Sukan

Date 19 Mac 2023 Journalist Zulkarnain Azman

Source https://www.hmetro.com.my/arena/hoki/202 3/03/947492/gelaran-treble-kejayaan-paling- manis-tht

Remarks Sains Sukan

"Satu sejarah untuk THT, ini adalah hasil usaha pengurusan dan menteri besar kami yang percaya dengan penubuhan pasukan ini sejak 10 tahun lalu. Kita berjuang hingga akhir, ini kebanggaan untuk semua rakyat Terengganu.

"Perlawanan hari ini (semalam) , kita banyak terlepas peluang. Tak mengapa, yang penting kita lalui aksi yang dramatik dan bagus untuk penonton.

"Secara keseluruhan saya sangat berpuas hati sebab ini kali pertama kami meraih treble. Ini tahun ke-10 kami, dan kami dapat treble untuk pertama kali," katanya selepas tamat perlawanan.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil semalam, THT berjaya membuka tirai jaringan menerusi Faizal Saari pada minit ke-20 sebelum TNB bagkit menyamakan kedudukan hasil jaringan sudut penalti oleh Azrai Aizad Mohd Kamal minit ke-43.

Bagaimanapun, pakar sudut penalti dari Korea Selatan, Jang Jonghyun menjadi wira buat THT apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-52 sekaligus menghadirkan kejuaraan ketiga buat pasukan dari pantai timur pada musim ini.

Sementara itu, bagi Piala Vivian May Soar pula menyaksikan Negeri Sembilan berjaya memenangi treble menerusi kemenangan penentuan shoutout 3-2 ke atas KPT-Uniten Thunder selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa sebenar.

Disiarkan pada: Mac 19, 2023 @ 4:45pm

Referensi

Dokumen terkait

This paper concludes that while the impacts of the coalition governments on community have had some advantages in Lesotho, these benefits have been overshadowed by

muimduiuciluf r iinaiaiduii nnomoumrimf ioJ5zp11w nuiluwli~tl~iuimr~d~uia~~t~u~~~tiit~ diniuclcunuu~voiuopu"~~~dw"ad~zpItd ~In%u \&iimue~uwuqii$ 4.1 unr turuprii/ 4.2