Headline NS Girls juara LHM Language Malay
Media Tittle
Harian Metro Section/Page
No
Sukan
Date 13 Mac 2022 Journalist Mohd Amin Jalil
Source https://www.hmetro.com.my/arena/hoki/202 2/03/820619/ns-girls-juara-lhm
Remarks Sains Sukan
NS Girls juara LHM
Mohd Amin Jalil
Seremban: Negeri Sembilan (NS) Girls mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan selaku juara Liga Hoki Malaysia (LHM) 2022 selepas merakam kemenangan bergaya menewaskan Mutiara Impian, 8-0, pada aksi terakhir di Stadium Hoki Bertam, Pulau Pinang, petang ini.
NS Girls yang mengumpul 28 mata turut menjadi satu-satunya pasukan yang mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan liga dengan gawang mereka hanya bolos dua kali.
Skuad bimbingan K Rajan itu terlalu unggul buat tuan rumah apabila sudah
merakamkan 6-0 pada separuh masa pertama sebelum melengkapkan dua gol lagi pada separuh masa kedua.
Headline NS Girls juara LHM Language Malay
Media Tittle
Harian Metro Section/Page
No
Sukan
Date 13 Mac 2022 Journalist Mohd Amin Jalil
Source https://www.hmetro.com.my/arena/hoki/202 2/03/820619/ns-girls-juara-lhm
Remarks Sains Sukan
Kapten NS Girls, Nor Adila Malek, berkata misi mereka untuk melakar kejayaan dengan menjulang kejuaraan LHM tahun ini ternyata di luar dugaan.
Menurutnya, walaupun sasaran itu diletakkan pada peringkat awal saingan liga, namun dia tidak menyangka pasukannya dapat merealisasikannya sasaran berkenaan tanpa sebarang masalah besar.
"Perlawanan terakhir liga hari ini nampak mudah, tapi kami tetap diberikan saingan sengit oleh pasukan tuan rumah.
"Alhamdulillah, kerja keras dan semangat serta keazaman dalam kalangan rakan-rakan dalam pasukan sejak perlawanan pertama, membantu kami mencapai kemenangan.
"Kejayaan ini adalah sesuatu yang amat dinantikan kerana Negeri Sembilan sudah lama tidak mengecapi kejayaan dalam LHM," katanya.
Sementara itu, Noramira Shakirah Zulkifli, yang muncul penjaring terbanyak liga dengan 18 gol, ternyata amat gembira kerana berjaya membantu NS Girls melakar sejarah tersendiri dalam LHM.
Pemain kebangsaan itu berkata, komitmen rakan sepasukan yang sama-sama ingin menjulang nama pasukan menjadi asas kepada usaha dan kejayaan yang dicapai.
Setiausaha Kehormat Persatuan Hoki Negeri Sembilan (PHNS) Tamil Selvan pula berkata selaku juara, NS Girls bakal meraih hadiah RM30,000 dan trofi.
Menurutnya, skuad berkenaan akan meneruskan cabaran pada peringkat separuh akhir menentang National Development Team di Stadium Bukit Jalil, Rabu ini.
Disiarkan pada: Mac 13, 2022 @ 10:09pm