Headline Malaysia ada aura juara di BAMTC Language Malay
Media Tittle
Harian Metro Section/Page
No
Sukan
Date 10 Februari Journalist Ferzalfie Fauzi
Source https://www.hmetro.com.my/arena/badminto n/2023/02/934629/malaysia-ada-aura-juara- di-bamtc
Remarks Sains Sukan
Malaysia ada aura juara di BAMTC
Ferzalfie Fauzi
AARON (kiri) dan Soh Wooi Yik turut terpilih beraksi di Dubai. FOTO Aswadi Alias
Kuala Lumpur: Pemain beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia optimis Malaysia
berpeluang besar menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2023 (BAMTC) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 14 hingga 19 Februari ini.
Menurut Aaron, atas kertas Malaysia boleh meraih kejuaraan sulung pada BAMTC memandangkan skuad kali ini menampilkan barisan pemain kuat antaranya jaguh
perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia serta beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah.
Headline Malaysia ada aura juara di BAMTC Language Malay
Media Tittle
Harian Metro Section/Page
No
Sukan
Date 10 Februari Journalist Ferzalfie Fauzi
Source https://www.hmetro.com.my/arena/badminto n/2023/02/934629/malaysia-ada-aura-juara- di-bamtc
Remarks Sains Sukan
"Saya rasa kali terakhir menang acara berpasukan campuran adalah pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, jadi kejayaan itu memberi motivasi tinggi kepada kami di BAMTC,"
katanya.
Malaysia selaku pilihan keempat kejohanan di Dubai diundi dalam Kumpulan B bersama-sama India, Kazakhstan dan pasukan tuan rumah.
Dalam pada itu, Aaron berkata dia sememangnya sudah bersedia untuk digandingkan bersama mana-mana pemain beregu lelaki lain pada BAMTC kali ini iaitu Ong Yew Sin atau Teo Ee Yi.
"Saya rasa sentiasa bersedia kerana acara berpasukan siapa pun boleh turun bermain sebagai gandingan yang dipecahkan," katanya.
Aaron sebelum ini pernah digandingkan bersama Ee Yi ketika membawa cabaran negara dalam Piala Thomas bagi edisi 2022 dan 2018.
Skuad badminton negara dijangka bertolak esok ke Dubai dan antara pemain lain yang
tersenarai ialah Leong Jun Hao bagi menggalas tugas dalam acara perseorangan lelaki selain Goh Jin Wei dan Wong Ling Ching (perseorangan wanita); Teo Mei Xing-Go Pei Kee (beregu wanita); Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran).
Disiarkan pada: Februari 10, 2023 @ 4:37pm