• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ee Yi, Yew Sin mara ke suku akhir

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Ee Yi, Yew Sin mara ke suku akhir"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Headline Ee Yi, Yew Sin mara ke suku akhir Language Malay

Media Tittle

Harian Metro Section/Page

No

Sukan

Date 12 Januari 2023 Journalist Ferzalfie Fauzi

Source https://www.hmetro.com.my/arena/badminto n/2023/01/925046/ee-yi-yew-sin-mara-ke- suku-akhir

Remarks Sains Sukan

Ee Yi, Yew Sin mara ke suku akhir

Ferzalfie Fauzi

[email protected]

Kuala Lumpur: Beregu badminton lelaki profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan wakil Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han pada pusingan kedua Terbuka Malaysia, hari ini.

Dalam aksi berlangsung di Axiata Arena itu, gandingan nombor tujuh dunia itu memerlukan masa lebih sejam bagi memastikan kemenangan dalam tiga set 17-21, 21-13, 21-14.

Menurut Ee Yi, sokongan padu penyokong sendiri berjaya membakar semangat mereka untuk bangkit daripada tumpas di set pertama dan memenangi dua set berikutnya, sekali gus mara ke suku akhir.

"Tewas dalam dua perlawanan terdahulu, kali ini sedikit berbeza kerana kami bermain di gelanggang sendiri.

(2)

Headline Ee Yi, Yew Sin mara ke suku akhir Language Malay

Media Tittle

Harian Metro Section/Page

No

Sukan

Date 12 Januari 2023 Journalist Ferzalfie Fauzi

Source https://www.hmetro.com.my/arena/badminto n/2023/01/925046/ee-yi-yew-sin-mara-ke- suku-akhir

Remarks Sains Sukan

"Kehadiran dan sokongan penyokong membuatkan kami lebih bersemangat dan dapat bermain lebih bagus," katanya.

Esok, Ee Yi-Yew Sin berpeluang menebus kekalahan kepada beregu nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto yang menewaskan mereka di pusingan suku akhir pada edisi tahun lalu.

Yew Sin menegaskan, mereka sedia untuk melakukan segala-galanya pada pertemuan esok bagi memastikan tempat di separuh akhir walaupun ada mengalami luka ketika bertemu Ching Yao-Po Han.

"Setiap kejohanan, kami akan guna strategi berlainan kerana keadaan angin dan sebagainya.

Mungkin kami akan bincang dulu dengan jurulatih sebelum turun ke gelanggang pada perlawanan esok.

"Semuanya akan jadi sukar terutama apabila masuk ke pusingan suku akhir. Kami tidak mahu fikir mengenai separuh akhir kerana fokus kami adalah untuk tampilkan aksi terbaik di suku akhir dahulu," katanya.

Disiarkan pada: Januari 12, 2023 @ 4:46pm

Referensi

Dokumen terkait

Headline Sasaran Zii Jia emas Olimpik 2024 Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 01 April 2021 Journalist Ferzalfie Fauzi Source

Headline Malaysia ada aura juara di BAMTC Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 10 Februari Journalist Ferzalfie Fauzi Source

Headline Malaysia baham Jepun, mara ke final Super 4 Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 31 Mei 2022 Journalist Aida Adilah Mat

Headline Harrif buru gelaran Tour Mevlana Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 17 Mac 2021 Journalist Ferzalfie Fauzi Source

Headline Hakim Danish lakar sejarah di Indonesia Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 13 November 2022 Journalist Ferzalfie Fauzi

Headline Aaron, Wooi Yik atasi halangan pertama Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 11 Januari 2023 Journalist Ferzalfie Fauzi Source

Headline Pemain muda cemerlang di Greece Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 5 September 2021 Journalist Ferzalfie Fauzi Source

Headline Kian Meng-Pei Jing juara Terbuka Korea Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 10 April 2022 Journalist Ferzalfie Fauzi Source