Headline Zii Jia benam Momota, mara ke separuh akhir
Language Malay
Media Tittle Harian Metro Section/Page
No
Sukan
Date 19 Mac 2022 Journalist Saiful Affendy Sapran
Source https://www.hmetro.com.my/arena/badmi nton/2022/03/822519/zii-jia-benam- momota-mara-ke-separuh-akhir
Remarks Sains Sukan
Zii Jia benam Momota, mara ke separuh akhir
Saiful Affendy Sapran
Kuala Lumpur: Jaguh perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia mempamer aksi bertenaga untuk menumbangkan sensasi Jepun, Kento Momota 21-7, 13-21, 21-11 pada aksi suku akhir Seluruh England awal pagi tadi.
Berlangsung di Utilita Arena Birmingham, Zii Jia dilihat tenang mengawal permainan ketika bertemu juara dunia dua kali itu dengan bangkit semula di set penentuan selepas tewas pada set kedua.
Kejayaan melangkah ke separuh akhir bermakna pilihan keenam kejohanan itu semakin hampir untuk mempertahankan takhta kejuaraan yang dimenanginya tahun lalu.
Headline Zii Jia benam Momota, mara ke separuh akhir
Language Malay
Media Tittle Harian Metro Section/Page
No
Sukan
Date 19 Mac 2022 Journalist Saiful Affendy Sapran
Source https://www.hmetro.com.my/arena/badmi nton/2022/03/822519/zii-jia-benam- momota-mara-ke-separuh-akhir
Remarks Sains Sukan
Dengan kemenangan itu, Zii Jia akan bertemu Lakshya Sen dari India pada aksi separuh akhir, hari ini.
"Momota tidak dapat mengawal bola dengan baik di set pertama. Saya hanya terus beraksi dengan corak menyerang.
"Kemenangan ini memberi lebih keyakinan kepada saya. Pada perlawanan seterusnya saya akan bertemu Lakshya yang sedang berada dalam prestasi terbaik.
"Saya perlu menikmati permainan saya dan beraksi dengan cara tersendiri. Lakshya bermain dengan sangat baik dan akan menjadi pemain terbaik pada masa hadapan,"
katanya.
Zii Jia menjadi wakil tunggal negara mara ke separuh akhir selepas beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing gagal meneruskan perjuangan apabila tewas 15-21, 15-21 kepada gandingan China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong.
Terdahulu beregu wanita negara, Pearly Tan- M Thinaah tewas 21-15, 17-21, 9-21 kepada beregu Kore Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong pada aksi suku akhir.
Disiarkan pada: Mac 19, 2022 @ 8:08am