Headline Malaysia baham Jepun, mara ke final Super 4
Language Malay
Media Tittle
Harian Metro Section/Page
No
Sukan
Date 31 Mei 2022 Journalist Aida Adilah Mat
Source https://www.hmetro.com.my/arena/hoki/202 2/05/847617/malaysia-baham-jepun-mara- ke-final-super-4
Remarks Sains Sukan
Malaysia baham Jepun, mara ke final Super 4
Aida Adilah Mat
Kuala Lumpur: Pasukan hoki negara menamatkan perlawanan terakhir peringkat 'Super 4' Piala Asia dengan melakar kemenangan besar mengatasi Jepun 5-0 hari ini seterusnya mara ke perlawanan akhir berdasarkan kelebihan jaringan.
Selepas sekadar seri dengan Korea Selatan 2-2 dan India (3-3), anak buah Arul Selvaraj membawa misi wajib menang ke atas Jepun untuk mara ke perlawanan akhir Piala Asia yang akhirnya berjaya direalisasikan.
Malaysian Tigers mula bertindak agresif seawal suku pertama apabila berjaya membuka jaringan menerusi Shello Silverius yang meledak gol padang minit ke-15.
Malaysia berjaya melebarkan kedudukan pada suku kedua apabila Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi meletakkan kedudukan Malaysia 2-0 dan kekal sehingga separuh masa pertama tamat.
Headline Malaysia baham Jepun, mara ke final Super 4
Language Malay
Media Tittle
Harian Metro Section/Page
No
Sukan
Date 31 Mei 2022 Journalist Aida Adilah Mat
Source https://www.hmetro.com.my/arena/hoki/202 2/05/847617/malaysia-baham-jepun-mara- ke-final-super-4
Remarks Sains Sukan
Kerakusan anak buat Arul memburu jaringan dapat dilihat selepas perlawanan memasuki suku ketiga dengan penjaring terbanyak kejohanan ketika ini, Muhammad Razie Abd Rahim
menyempurnakan pukul sudut penalti minit ke-35. Malaysia terus menambah derita Jepun apabila Muhammad Syafiq Hassan menambah jaringan buat kem negara dan Mohammad Asharan Hamsani melengkap kemenangan bergaya apabila menyempurnakan gol kelima minit ke-42.
Razie yang diumumkan pemain terbaik perlawanan buat kali kedua berkata apa yang penting adalah pasukan dapat mempamerkan corak yang diinginkan.
"Kami dah jalankan tugas kami. Kita menang perlawanan dengan Jepun yang paling penting adalah kami dapat main apa yang kami mahukan. Macam itu juga perlawanan akhir nanti. Kami perlu kerja kuat untuk pastikan kita bawa balik piala," katanya.
Sementara itu perlawanan di antara India dan Korea Selatan yang berakhir 4-4 membolehkan Korea Selatan menentang Malaysia dalam aksi final malam esok.
Disiarkan pada: Mei 31, 2022 @ 8:05pm