Headline Skuad wanita Pulau Pinang pamer aksi mantap
Language Malay
Media Tittle
Harian Metro Section/Page
No
Sukan
Date 12 November 2021 Journalist Aida Adilah Mat Source https://www.hmetro.com.my/aren
a/hoki/2021/11/776749/skuad- wanita-pulau-pinang-pamer-aksi- mantap
Remarks Sains Sukan
Skuad wanita Pulau Pinang pamer aksi mantap
Aida Adilah Mat
Kuala Lumpur: Empat lagi perlawanan aksi wanita saingan Piala Tun Abdul Razak berlangsung hari ini menyaksikan Pulau Pinang melakar kemenangan selesa apabila membelasah Terengganu 6-1 dalam aksi Kumpulan C.
Selain Pulau Pinang turut cemerlang adalah pasukan Selangor yang berjaya merangkul kemenangan kedua kumpulan B menewaskan Kedah 4-0.
ALLISYA Yushira Badri (kiri) cuba melepasi kawalan pemain Terengganu. FOTO Ihsan
Konfederasi Hoki Malaysia
Bagi kapten Pulau Pinang, Putri Nur Batrisyia Nornawawi, dia cukup berpuas hati dengan barisan pemain remaja yang menunjukkan kematangan mereka beraksi di atas padang.
Headline Skuad wanita Pulau Pinang pamer aksi mantap
Language Malay
Media Tittle
Harian Metro Section/Page
No
Sukan
Date 12 November 2021 Journalist Aida Adilah Mat Source https://www.hmetro.com.my/aren
a/hoki/2021/11/776749/skuad- wanita-pulau-pinang-pamer-aksi- mantap
Remarks Sains Sukan
Katanya, ia menjadikan kunci kekuatan pasukan dari Utara tanah air itu untuk terus mengorak langkah mengejar lebih banyak kemenangan selepas ini. "Syukur dan saya rasa berpuas hati dengan pemain.
Mereka menunjukkan satu kerjasama yang baik dan tidak bergantung kepada empat pemain senior yang ada dalam pasukan.
"Semangat itulah menjadikan kami kuat kerana semua pemain memikul tanggungjawab masing-masing," katanya.
Namun begitu Putri berharap semua pemain terus kekal fokus dan tidak berpuas hati dengan dua kemenangan yang diraih setakat ini.
"Masih ada kekurangan yang perlu diperbaiki. Saya harap kami dapat menajamkan struktur serangan agar lebih tajam.
"Pemain perlu kekal fokus kerana biarpun sudah menang dua perlawanan tapi perjuangan masih belum selesai," katanya.
Dua lagi perlawanan saingan wanita membabitkan PDRM menentang Perak dan Kuala Lumpur melawan Sarawak yang mana kedua-duanya berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.
Disiarkan pada: November 12, 2021 @ 9:47pm