• Tidak ada hasil yang ditemukan

Zii Jia singkir juara Seluruh England, Tze Yong turut mara

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Zii Jia singkir juara Seluruh England, Tze Yong turut mara"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Headline Zii Jia singkir juara Seluruh England, Tze Yong turut mara

Language Malay

Media Tittle

Harian Metro Section/Page

No

Sukan

Date 23 mac 2023 Journalist Helmi Talkah

Source https://www.hmetro.com.my/arena/badminto n/2023/03/948823/zii-jia-singkir-juara- seluruh-england-tze-yong-turut-mara

Remarks Sains Sukan

Zii Jia singkir juara Seluruh England, Tze Yong turut mara

Helmi Talkah

[email protected]

ZII Jia teruskan kemaraan. FOTO Badminton Photo

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mencetus kebangkitan sensasi apabila menyingkirkan juara Seluruh England dari China, Li Shi Feng, semalam bagi

mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Terbuka Switzerland.

Walaupun tewas set pertama 18-21, Zii Jia membuktikan tahap keyakinannya kini semakin 'pulih' apabila berjaya bangkit dengan kemenangan 21-18 di set kedua sekali gus mengheret permainan ke set penentuan pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di St Jackobshalle di Basel itu.

(2)

Headline Zii Jia singkir juara Seluruh England, Tze Yong turut mara

Language Malay

Media Tittle

Harian Metro Section/Page

No

Sukan

Date 23 mac 2023 Journalist Helmi Talkah

Source https://www.hmetro.com.my/arena/badminto n/2023/03/948823/zii-jia-singkir-juara- seluruh-england-tze-yong-turut-mara

Remarks Sains Sukan

Set ketiga menyaksikan persaingan sengit antara kedua-dua pemain apabila saling mengejar mata namun tuah memihak kepada Zii Jia yang menyaksikan dia mencatat kemenangan 23-21 untuk melangkah ke kelompok 16 terbaik.

Zii Jia dijadual bertemu pemain Ireland, Nhat Nguyen bagi perebutan tiket ke suku akhir, malam ini.

Sementara itu, seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong berdepan detik cemas sebelum berjaya 'menghantar pulang' rakan senegara, Soong Joo Ven untuk

mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua.

Pada aksi pusingan pertama, Tze Yong diberi tentangan sengit oleh Joo Ven yang berjaya mengheret permainan hingga set penentuan.

Tze Yong tewas 23-25 di set pertama sebelum bangkit memenangi set kedua 21-17 dan

dinobatkan sebagai pemenang selepas Joo Ven terpaksa menarik diri ketika ketinggalan 4-13 di set ketiga susulan masalah kecederaan.

Kemenangan itu membolehkan Tze Yong menempah pertemuan dengan seorang lagi pemain negara, Cheam June Wei yang melangkah ke pusingan kedua menerusi kemenangan ke atas 'jurulatih Lee Zii Jia', Liew Daren 21-14, 21-13.

Disiarkan pada: Mac 23, 2023 @ 11:32am

Referensi

Dokumen terkait

Headline Skuad negara benam England 3-2 Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 27 September 2021 Journalist Aida Adilah Mat Source