• Tidak ada hasil yang ditemukan

Liek Hou fokus layak ke Paris

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Liek Hou fokus layak ke Paris"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Headline Liek Hou fokus layak ke Paris Language Malay

Media Tittle

Harian Metro Section/Page

No

Sukan

Date 07 November 2022 Journalist Ferzalfie Fauzi

Source https://www.hmetro.com.my/arena/badminto n/2022/11/900901/liek-hou-fokus-layak-ke- paris

Remarks Sains Sukan

Liek Hou fokus layak ke Paris

Ferzalfie Fauzi

[email protected]

LIEK Hou muncul juara di Jepun.

Kuala Lumpur: Selepas merangkul gelaran dunia buat kali ketujuh semalam jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou semakin bersemangat mempertahankan emas Sukan Paralimpik di Paris 2024 nanti.

Menurut pemain berusia 34 tahun itu, fokusnya sekarang beralih kepada persiapan bagi mengharungi pusingan kelayakan ke Paris.

"Buat masa sekarang fokus saya untuk melayakkan diri dulu ke Sukan Paralimpik Paris. Saya perlu buat perancangan rapi," katanya selepas menundukkan musuh tradisinya, Dheva Anrimusthi dari Indonesia 21- 14, 21-12 pada aksi final kategori SU5.

(2)

Headline Liek Hou fokus layak ke Paris Language Malay

Media Tittle

Harian Metro Section/Page

No

Sukan

Date 07 November 2022 Journalist Ferzalfie Fauzi

Source https://www.hmetro.com.my/arena/badminto n/2022/11/900901/liek-hou-fokus-layak-ke- paris

Remarks Sains Sukan

Ujar Liek Hou, apa yang paling penting buat masa ini ialah perlu mengelak daripada mengalami sebarang kecederaan ketika latihan atau menyertai kejohanan.

"Ini disebabkan usia semakin meningkat proses pemulihan akan mengambil masa lama dan jika itu berlaku ia pastinya akan menjejaskan perancangan untuk layak ke Paris," katanya.

Semalam, Liek Hou meletakkan dirinya antara atlet Malaysia paling berjaya selepas merangkul gelaran juara buat kali ketujuh pada Kejohanan Badminton Para Dunia di Tokyo, Jepun.

Liek Hou yang juga pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 sebelum ini enam kali muncul juara dunia bermula pada edisi 2005 (Hsinchu, Taiwan), 2007 (Bangkok, Thailand), 2011 (Guatemala), 2013 (Dortmund, Jerman), 2015 (Stoke Mandeville, England) dan 2017 (Ulsan, Korea Selatan).

Bagaimanapun, dia terlepas peluang bagi meraih kejuaraan berganda pada edisi tahun ini apabila bersama pasangannya, Faris Ahmad Azri tewas di tangan gandigan Indonesia, Dheva-Hafizh Brilliansyah

Prawiranegara 13-21, 12-21 dalam aksi final beregu lelaki.

Liek Hou sebelum ini lima kali muncul juara dunia dalam acara beregu lelaki. Pemain yang mendapat bimbingan jurulatih Indonesia, Nova Armada itu, berkata kejayaan memenangi emas Paralimpik Tokyo tahun lalu memberikan motivasi buat dirinya untuk mempertahankan kejuaraan dalam setiap kejohanan yang disertainya.

"Apa yang saya capai pada Kejohanan Dunia kali ini disebabkan kejayaan memenangi emas Paralimpik Tokyo, tahun lalu yang memberi motivasi kepada saya untuk terus bekerja keras dan menampilkan prestasi terbaik.

"Selepas Paralimpik Tokyo semangat saya untuk mempertahankan setiap gelaran yang saya menangi cukup tinggi," katanya.

Disiarkan pada: November 7, 2022 @ 5:20pm

Referensi

Dokumen terkait

Headline TWSA fokus lahir pelayar OKU bertaraf dunia Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 11 Januari 2023 Journalist Malik Muhamad

Headline Tze Yong sasar 30 terbaik dunia Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 01 Januari 2022 Journalist Hamdan Saaid Source