Headline Malaysia 'smash' dua emas Language Malay
Media Tittle
Harian Metro Section/Page
No
Sukan
Date 28 Julai 2022 Journalist Syazwan Msar
Source https://www.hmetro.com.my/arena/badminto n/2022/07/865936/malaysia-smash-dua- emas
Remarks Sains Sukan
Malaysia 'smash' dua emas
Syazwan Msar
Ubon Ratchathani (Thailand): Kem badminton negara berjaya menebus kekecewaan 2018 di Myanmar apabila menyapu bersih dua emas dalam acara berpasukan di Sukan Universiti Asean (AUG) 2022, hari ini.
Beraksi di Dewan Badminton Universiti Ubon Ratchathani Rajabhat, dengan keadaan tidak ubah seperti sauna pasukan badminton negara lelaki tetap 'steady' meraih emas selepas menumpaskan Indonesia 3-0.
Malaysia meraih mata pertama menerusi pemain perseorangan Ng Jun Yan selepas menundukkan Muhammad Ferbriansyah 21-14, 21-4.
Rentak kemenangan diteruskan perseorangan kedua negara Tai Chuan Zhe apabila turut mencatatkan kemenangan straight set 21-18, 21-10 mengatasi Muhammad Rafi Zafran Ferary.
Headline Malaysia 'smash' dua emas Language Malay
Media Tittle
Harian Metro Section/Page
No
Sukan
Date 28 Julai 2022 Journalist Syazwan Msar
Source https://www.hmetro.com.my/arena/badminto n/2022/07/865936/malaysia-smash-dua- emas
Remarks Sains Sukan
Pingat emas sah milik Malaysia selepas perseorangan ketiga negara Faiz Rozain memenangi pertarungan menentang Muhammad Nendi Novatino Ferary 21-16, 11-1 (tarik diri).
Sementara itu, pasukan badminton wanita negara pula terpaksa berhempas pulas sebelum meraih kemenangan 3-2 ke atas Indonesia.
Malaysia yang pada awalnya ketinggalan 0-2 namun berjaya bangkit pada perlawanan ketiga sebelum memastikan pingat emas menjadi milik negara.
Ketua Jurulatih Badminton Negara Datuk Rashid Sidek berkata, walaupun pemain Malaysia berhadapan masalah kecederaan namun mereka tetap berusaha mempamerkan aksi terbaik untuk membawa pulang pingat emas.
"Sebenarnya tak sangka boleh menang ketiga-tiga perseorangan sebab ada antara pemain terbabit mengalami kecederaan. Mungkin kita bernasib baik pada hari ini kemenangan berpihak kepada Malaysia. Prestasi mereka secara keseluruhan, semuanya bersemangat untuk
memperkuatkan pasukan dan sudah pastinya mahu menang," katanya.
Disiarkan pada: Julai 28, 2022 @ 3:29pm