• Tidak ada hasil yang ditemukan

PDF Harrif buru gelaran Tour Mevlana

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "PDF Harrif buru gelaran Tour Mevlana"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Headline Harrif buru gelaran Tour Mevlana Language Malay

Media Tittle

Harian Metro Section/Page No Sukan

Date 17 Mac 2021 Journalist Ferzalfie Fauzi

Source https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2021/03/68 5203/harrif-buru-gelaran-tour-mevlana

Remarks Sains Sukan

Harrif buru gelaran Tour Mevlana

Kuala Lumpur: Ketika pelumba tempatan Terengganu Cycling Team (TSG) lain sudah meninggalkan bumi Turki, jaguh berbasikal lebuh raya negara, Harrif Saleh masih mempunyai misi yang perlu dilaksanakan iaitu memburu juara peringkat Tour Mevlana.

Perlumbaan jelajah selama empat hari berstatus 2.2 itu dijadualkan berlangsung pada 1 hingga 4 April ini dan Harrif yang terkenal dengan nama timangan 'Mamat' sedang bertungkus-lumus mempersiapkan diri bersama tonggak import TSG.

Menurutnya, walaupun saingan berkenaan diputuskan pada saat akhir, ia tidak boleh dijadikan alasan untuknya sekadar memberikan persembahan ala kadar selepas berjaya muncul juara Grand Prix Manavgat bulan lalu.

"Perancangan ini dilakukan pada saat akhir selepas Jelajah Thailand ditunda, sekarang hanya tinggal saya seorang saja pelumba tempatan TSG di Turki tapi bagi saya tidak mengapa kerana sekurang-kurangnya saya ada perlumbaan untuk disertai," kata pelumba kelahiran Terengganu itu.

Jelas Harrif, ini adalah peluang untuknya terus mempersiapkan diri supaya berada pada prestasi terbaik sehingga hujung musim sekali gus mencatat keputusan cemerlang di Sukan Sea Vietnam 2021.

"Jadi bila ada lagi perlumbaan saya berasa bersemangat sikit untuk berlatih. Saya pun mendapat berita bahawa laluan di Sukan Sea nanti landai jadi ini peluang terbaik buat pelumba pecut.

"Menjelang perlumbaan Tour Mevlana mungkin ada perubahan sikit sebab kehadiran import baharu (Jeroen Meijers). Dia berkemungkinan menggantikan Artem (Ovechkin)," katanya.

Selain Harrif dan Meijers, TSG dijangka mempertaruhkan empat lagi tenaga import, Youcef Reguigui, Carlos Quintero, Metkel Eyob dan Goh Choon Huat.

Referensi

Dokumen terkait

Headline Sasaran Zii Jia emas Olimpik 2024 Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 01 April 2021 Journalist Ferzalfie Fauzi Source

Headline Malaysia ada aura juara di BAMTC Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 10 Februari Journalist Ferzalfie Fauzi Source

Headline Tak mahu pandang remeh lawan Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 17 Mac 2022 Journalist Syazwan Msar Source

Headline 3 beregu campuran teruskan kemaraan Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 03 Mac 2022 Journalist Aida Adilah Mat Source

Headline Ee Wei idam lebih banyak kejuaraan Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 30 Mac 2021 Journalist Aida Adilah Mat Source

Headline Beregu wanita tundukkan Thailand Language Malay Media Tittle Berita Harian Section/Page No Sukan Date 18 Mac 2021 Journalist Helmi Talkah Source

Headline UiTM HA idam lakar kejutan tundukkan THT Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 27 Mac 2022 Journalist Malik Muhamad Source

Headline Zii Jia benam Momota, mara ke separuh akhir Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 19 Mac 2022 Journalist Saiful Affendy Sapran