• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ee Wei idam lebih banyak kejuaraan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Ee Wei idam lebih banyak kejuaraan"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Headline Ee Wei idam lebih banyak kejuaraan Language Malay

Media Tittle

Harian Metro Section/Page No Sukan

Date 30 Mac 2021 Journalist Aida Adilah Mat

Source https://www.hmetro.com.my/arena/badminton/202 1/03/689663/ee-wei-idam-lebih-banyak-kejuaraan

Remarks Sains Sukan

Ee Wei idam lebih banyak kejuaraan

Kuala Lumpur: Kejayaan meraih gelaran di kejohanan badminton Terbuka Poland dalam acara beregu campuran memberi petanda positif buat pemain muda negara, Toh Ee Wei.

Bagi Ee Wei, banyak pengalaman diraihnya sepanjang beraksi di kejohanan berkenaan termasuk turut beraksi dalam acara beregu wanita.

Membawa gelaran juara beregu campuran sangat bermakna kepada dirinya kerana ia adalah gelaran yang pertama diraihnya di peringkat antarabangsa dalam acara beregu campuran.

"Saya gembira dengan kejayaan ini. Saya harap saya dapat meraih lebih banyak gelaran dan kejayaan di Poland ini diharapkan satu permulaan untuk lebih banyak kejuaraan selepas ini.

"Banyak perkara saya pelajari di Poland ini. Terutama apabila diberi peluang beraksi dalam dua acara. Ia membuatkan saya teruja," katanya.

Dalam aksi di Hala Widowiskowo-Sportowa, Ee Wei yang berpasangan bersama Choong Hon Jian meraih kemenangan mengatasi pasangan Switzerland, Nicolas A Mueller-Ronja Stern 21-16, 21-12 dalam tempoh 28 minit.

Ditanya apakah perancangannya selepas ini, Ee Wei menyerahkan sepenuhnya kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mengatur jadual pertandingan kerana dia masih belum dimaklumkan kejohanan seterusnya selepas ini.

Referensi

Dokumen terkait

Headline Sasaran Zii Jia emas Olimpik 2024 Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 01 April 2021 Journalist Ferzalfie Fauzi Source

Headline Malaysia 'smash' dua emas Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 28 Julai 2022 Journalist Syazwan Msar Source