Headline UiTM HA idam lakar kejutan tundukkan THT
Language Malay
Media Tittle
Harian Metro Section/Page
No
Sukan
Date 27 Mac 2022 Journalist Malik Muhamad
Source https://www.hmetro.com.my/arena/hoki/202 2/03/825480/uitm-ha-idam-lakar-kejutan- tundukkan-tht
Remarks Sains Sukan
UiTM HA idam lakar kejutan tundukkan THT
Malik Muhamad
Kuala Terengganu: Pasukan hoki UiTM HA idam untuk melakar kejutan menundukkan juara bertahan, Pasukan Hoki Terengganu (THT) pada aksi separuh akhir kedua Piala TNB di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, esok.
Sekiranya menang, skuad kendalian Shaiful Azli Abd Rahman itu bakal melangkah ke pentas final untuk bertemu sama ada Maybank ataupun Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi penentuan juara Piala TNB musim ini.
Headline UiTM HA idam lakar kejutan tundukkan THT
Language Malay
Media Tittle
Harian Metro Section/Page
No
Sukan
Date 27 Mac 2022 Journalist Malik Muhamad
Source https://www.hmetro.com.my/arena/hoki/202 2/03/825480/uitm-ha-idam-lakar-kejutan- tundukkan-tht
Remarks Sains Sukan
Pada aksi separuh akhir pertama Jumaat lalu, skuad universiti itu hampir melakar kejutan sebelum diikat 1-1 oleh pasukan The Turtles kendalian Roslan Jamaluddin di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
"Peluang kami untuk menempah tiket ke perlawanan akhir masih terbuka luas kerana kami berjaya mengikat skuad THT pada aksi separuh akhir pertama.
"Lagipun saya percaya dengan kebolehan pemain dan ditambah semua pemain bebas daripada sebarang kecederaan, jadi impian untuk melakar kejutan ke atas juara
bertahan itu tidak pernah padam walaupun kita tahu skuad itu mantap di setiap posisi,"
katanya.
Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun akui masih memikirkan strategi terbaik untuk diterapkan kepada anak buahnya memandangkan aksi berkenaan adalah begitu penting buat pasukannya.
"Bertemu pasukan pilihan untuk muncul juara bukannya tugas mudah, saya perlu memikirkan strategi terbaik untuk menyekat lawan daripada mencipta jaringan selain mengelak mereka daripada mendominasi permainan.
"Jika pemain mengikut perancangan yang diatur dan tidak membiarkan lawan menguasai permainan, peluang kita untuk melakar kejutan pasti cerah," katanya.
Pada aksi liga pusingan pertama di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, kedua-dua pasukan terikat 1-1 sebelum skuad UiTM HA tumpas 1-4 pada aksi kedua liga di Stadium Hoki Batu Buruk (SHBB), Kuala Terengganu.
Disiarkan pada: Mac 27, 2022 @ 12:22pm