• Tidak ada hasil yang ditemukan

Beregu wanita tundukkan Thailand

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Beregu wanita tundukkan Thailand"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Headline Beregu wanita tundukkan Thailand Language Malay

Media Tittle

Berita Harian Section/Page

No

Sukan

Date 18 Mac 2021 Journalist Helmi Talkah

Source https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2021/03/7973 01/beregu-wanita-tundukkan-thailand

Remarks Sains Sukan

Beregu wanita tundukkan Thailand

KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah terus mencipta sensasi di bumi Eropah.

Selepas menjuarai Terbuka Switzerland, minggu lalu, pasangan muda negara itu kali ini mencipta kejutan dengan menumbangkan pilihan keempat dari Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai 21-17, 23-21 dalam aksi pusingan pertama Seluruh England yang berlangsung di Birmingham, awal pagi tadi.

Mereka yang berada di ranking ke-22 dunia dijangka tidak berdepan masalah dalam misi melangkah ke suku akhir apabila dijadual bertemu pasangan ranking ke-466 dari England, Jenny Moore-Jessica Hopton pada pusingan kedua, hari ini.

Sementara itu, pemain perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia turut mengesahkan tempat ke pusingan kedua selepas menewaskan Brian Yang dari Kanada 21-13, 21-10.

(2)

Headline Beregu wanita tundukkan Thailand Language Malay

Media Tittle

Berita Harian Section/Page

No

Sukan

Date 18 Mac 2021 Journalist Helmi Talkah

Source https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2021/03/7973 01/beregu-wanita-tundukkan-thailand

Remarks Sains Sukan

Dia akan bertemu pemain Denmark, Hans-Kristian Solberg Vittinghus bagi perebutan tempat ke suku akhir, hari ini.

Dalam aksi beregu lelaki, dua pasangan profesional, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin turut mengatasi lawan masing-masing bagi melangkah ke pusingan kedua.

V Shem-Wee Kiong menang ke atas pasangan Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Seidel 21-11, 21-18 dan akan bertemu Mathias Christiansen-Niclas Nohr dari Denmark untuk merebut tempat ke kelompok lapan terbaik.

Ee Yi-Yew Sin pula yang menang ke atas beregu India, M R Arjun-Dhruv Kapila 21-13, 21-12 di pusingan pertama akan menentang pilihan keempat dari Jepun, Hiroyuki Endo- Yuta Watanabe, hari ini.

Referensi

Dokumen terkait

Headline Sasaran Zii Jia emas Olimpik 2024 Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 01 April 2021 Journalist Ferzalfie Fauzi Source

Headline Skuad negara benam England 3-2 Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 27 September 2021 Journalist Aida Adilah Mat Source