• Tidak ada hasil yang ditemukan

Justin juara Cabaran Antarabangsa Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Justin juara Cabaran Antarabangsa Malaysia"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Headline Justin juara Cabaran Antarabangsa Malaysia

Language Malay

Media Tittle

Harian Metro Section/Page

No

Sukan

Date 18 Disember 2022 Journalist Zulkarnain Azman

Source https://www.hmetro.com.my/arena/badminto n/2022/12/916593/justin-juara-cabaran- antarabangsa-malaysia

Remarks Sains Sukan

Justin juara Cabaran Antarabangsa Malaysia

Zulkarnain Azman [email protected]

JUSTIN merangkul gelaran ketiga musim ini. FOTO Ihsan Persatuan Badminton Malaysia Kuala Lumpur: Bintang badminton dalam pembikinan negara, Justin Hoh mencipta kejutan apabila dinobatkan juara perseorangan lelaki kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Malaysia 2022 selepas menewaskan seniornya, Aidil Sholeh Ali Sadikin pada perlawanan akhir.

Pada aksi yang berlangsung di Arena Badminton Perak, Ipoh, Justin bangkit dari tewas pada set pertama, 18-21 sebelum memenangi dua set berikutnya, 21-16, 21-17 dalam tempoh satu jam 14 minit.

Untuk rekod, ini gelaran ketiga buat Justin pada tahun ini selepas menjadi juara kejohanan Bonn Antarabangsa di Jerman dan Terbuka Croatia sebelum ini.

Turut mencipta kejutan, adalah pasangan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing yang menewaskan rakan senegara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

(2)

Headline Justin juara Cabaran Antarabangsa Malaysia

Language Malay

Media Tittle

Harian Metro Section/Page

No

Sukan

Date 18 Disember 2022 Journalist Zulkarnain Azman

Source https://www.hmetro.com.my/arena/badminto n/2022/12/916593/justin-juara-cabaran- antarabangsa-malaysia

Remarks Sains Sukan

Turun selaku pilihan keenam kejohanan, Pang Ron-Mei Xing bagaimanapun terpaksa bermandi peluh sebelum menoktahkan kemenangan 18-21, 21-15, 21-19 dalam tempoh 51 minit.

Dalam acara beregu lelaki, pilihan kelima kejohanan, Muhammad Haikal Nazri yang

bergandingan bersama Nur Izzudin Mohd Rumsani menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah menewaskan lawannya, Goh Boon Zhe-Goh Sze Fei menerusi kemenangan straight set 21-17, 21-16.

Sementara itu hasrat perseorangan profesional wanita negara, K Letshanaa untuk melakar kejutan tidak kesampaian selepas akur tumpas straight set kepada wakil Indonesia, Yulia Yosephine Susanto 16-21, 19-21.

Bagi kategori beregu wanita, pilihan pertama kejohanan dari Singapura, Jin Yujia-Crystal Wong dinobatkan sebagai juara selepas menumbangkan wakil Thailand Ornnicha Jongsathapornparn- Atitaya Povanon 21-12, 21-15.

Disiarkan pada: Disember 18, 2022 @ 8:23pm

Referensi

Dokumen terkait

Headline Zii Jia singkir juara Seluruh England, Tze Yong turut mara Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 23 mac 2023 Journalist Helmi