• Tidak ada hasil yang ditemukan

Piala Thomas: Malaysia atasi England 5-0

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Piala Thomas: Malaysia atasi England 5-0"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Headline Piala Thomas: Malaysia atasi England 5-0

Language Malay

Media Tittle

Harian Metro Section/Page

No

Sukan

Date 09 Mei 2022 Journalist Syazwan Msar

Source https://www.hmetro.com.my/arena/badmin ton/2022/05/840004/piala-thomas- malaysia-atasi-england-5-0

Remarks Sains Sukan

Piala Thomas: Malaysia atasi England 5-0

Syazwan Msar

[email protected]

Kuala Lumpur: Langkah kanan buat pasukan badminton negara di Piala Thomas 2022 di Bangkok apabila mencatatkan kemenangan 5-0 ke atas England, hari ini.

Aksi konsisten dipamerkan barisan pemain negara memastikan Malaysia meraih kemenangan pertama, sekali gus menjadi tonik untuk perlawanan seterusnya.

Perseorangan utama negara, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah mencatatkan kemenangan ke atas Toby Penty 21-10, 21-15.

Pemain di ranking keenam dunia itu mengambil masa 36 minit untuk menewaskan lawannya di kedudukan ke-53 dunia.

(2)

Headline Piala Thomas: Malaysia atasi England 5-0

Language Malay

Media Tittle

Harian Metro Section/Page

No

Sukan

Date 09 Mei 2022 Journalist Syazwan Msar

Source https://www.hmetro.com.my/arena/badmin ton/2022/05/840004/piala-thomas- malaysia-atasi-england-5-0

Remarks Sains Sukan

Namun lain pula buat beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila mereka memerlukan tiga set untuk menundukkan Ben Lane-Sean Vendy 19-21, 21-15, 21-16, sekali gus menjadikan kedudukan Malaysia 2-0.

Mata kemenangan Malaysia diraih menerusi pemain perseorangan kedua negara, Ng Tze Yong selepas menundukkan Johnnie Torjussen 21-16, 19-21 dan 21-11.

Rentak kemenangan Malaysia diteruskan beregu kedua negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani apabila mudah menjinakkan lawannya Rory Easton-Zach Russ 21-13, 21-9.

Malaysia melengkapkan kemenangan 5-0 menerusi Leong Jun Hao apabila pemain muda itu tidak berhadapan masalah menundukan Cholan Kayan 21-11, 21-18.

Sementara itu, Chia yang juga kapten skuad negara berkata, dia masih kurang berpuas hati dengan corak permainan sehingga memerlukan tiga set menewaskan lawannya di ranking ke- 20 dunia.

"Saya melihat secara keseluruhan dan kurang berpuas hati dengan corak dan prestasi persembahan hari ini.

"Perlawanan ini cukup sengit namun kita berjaya meraih kemenangan pada perlawanan pertama ini," katanya.

Malaysia akan turun menentang Amerika Syarikat pada perlawanan kedua, 4 petang esok dan dijangka menang mudah untuk memburu slot ke suku akhir.

Disiarkan pada: Mei 9, 2022 @ 3:36pm

Referensi

Dokumen terkait

Headline Sasar empat pingat, kedudukan 2 teratas E-Sukan di Hanoi Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 11 Feb 2022 Journalist Bernama

Headline Tze Yong sasar 30 terbaik dunia Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 01 Januari 2022 Journalist Hamdan Saaid Source