Headline Liek Hou menang dua emas di Dubai Language Malay
Media Tittle
Harian Metro Section/Page
No
Sukan
Date 29 Mei 2022 Journalist Ferzalfie Fauzi
Source https://www.hmetro.com.my/arena/badminto n/2022/05/846956/liek-hou-menang-dua- emas-di-dubai
Remarks Sains Sukan
Liek Hou menang dua emas di Dubai
Ferzalfie Fauzi
Kuala Lumpur: Jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou berjaya membantu Malaysia meraih dua emas di Kejohanan Kali Keempat Para Badminton Antarabangsa Fazza Dubai sebentar tadi.
Liek Hou berjaya meraih dua emas dalam acara perseorangan dan beregu bagi kategori SU5, manakala dua lagi perak diraih melalui saingan kerusi roda yang ditunjangi Muhd Ikhwan Ramli.
Liek Hou menang dalam aksi final perseorangan selepas menumpaskan Taiyo Imai dari Jepun dengan kemenangan straight set 21-11, 21-19.
Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 itu meraih kejayaan kedua apabila mengalahkan pasangan Indonesia, Oddie Kurnia Dwi Listiant Putras-Suryo Nugroho 17-21, 21- 15, 21-9 ketika bergandingan bersama Muhd Fareez Anuar.
Headline Liek Hou menang dua emas di Dubai Language Malay
Media Tittle
Harian Metro Section/Page
No
Sukan
Date 29 Mei 2022 Journalist Ferzalfie Fauzi
Source https://www.hmetro.com.my/arena/badminto n/2022/05/846956/liek-hou-menang-dua- emas-di-dubai
Remarks Sains Sukan
Sementara itu, hasrat Muhd Ikhwan Ramli yang beraksi dalam final WH1 untuk mengikut jejak langkah Liek Hou tidak kesampaian apabila dia tumpas 8-21, 16-21 kepada wakil Korea Selatan, Choi Jungman.
Jungman sekali lagi menafikan impian Ikhwan yang beraksi bersama Noor Azwan Noorlan apabila dia dan rakan segandingan, Kim Jung Jun menang dalam aksi beregu 13-21, 12-21.
Disiarkan pada: Mei 29, 2022 @ 10:33pm