• Tidak ada hasil yang ditemukan

Skuad badminton cemerlang sumbang emas ketiga negara

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Skuad badminton cemerlang sumbang emas ketiga negara"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Headline Skuad badminton cemerlang sumbang emas ketiga negara

Language Malay

Media Tittle

Harian Metro Section/Page

No

Sukan

Date 03 Ogos 2022 Journalist Amirullah Andi Nur

Source https://www.hmetro.com.my/arena/badminto n/2022/08/867717/skuad-badminton- cemerlang-sumbang-emas-ketiga-negara- metrotv

Remarks Sains Sukan

Skuad badminton cemerlang sumbang emas ketiga negara

Amirullah Andi Nur [email protected]

Birmingham: Kontinjen Malaysia meraih emas ketiga pada temasya Sukan Komanwel 2022 di sini, sebentar tadi, selepas skuad negara memenangi acara berpasukan campuran.

Pada saingan final di National Exhibition Center (NEC), skuad negara tampil bergaya

menumpaskan India dalam saingan sengit yang berkesudahan 3-1 untuk sekali gus menebus kekalahan pada aksi final temasya di Gold Coast, Australia pada 2018.

Kejayaan itu dalam masa meletakkan Malaysia di landasan tepat untuk terus memburu sasaran enam emas, selepas atlet angkat berat Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin menghadiahkannya menerusi kategori 55 kilogram (kg) dan 61kg.

SKUAD badminton negara tampil bergaya menumpaskan India dalam saingan sengit yang berkesudahan 3-1. FOTO AFP

(2)

Headline Skuad badminton cemerlang sumbang emas ketiga negara

Language Malay

Media Tittle

Harian Metro Section/Page

No

Sukan

Date 03 Ogos 2022 Journalist Amirullah Andi Nur

Source https://www.hmetro.com.my/arena/badminto n/2022/08/867717/skuad-badminton- cemerlang-sumbang-emas-ketiga-negara- metrotv

Remarks Sains Sukan

Pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong kembali meletakkan Malaysia di depan menerusi kemenangan tiga set ke atas K Srikath 21-19, 6-21, 21-16.

Pada perlawanan keempat, beregu wanita, M Thinaah-Pearly Tan, membuktikan keunggulan mereka apabila menundukkan Jolly Treesa-Gayatri Pullela, 21-18, 21-17 untuk memastikan Malaysia bergelar juara dan sekali gus merangkul emas pertama sukan badminton di temasya Sukan Komanwel 2022.

Terdahulu di peringkat separuh akhir Malaysia menewaskan England, 3-0 manakala India menjinakkan Singapura dengan keputusan sama.

Pada temasya di Gold Coast, Australia, empat tahun lalu pasukan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan perak selepas tewas kepada India 1-3.

Esok saingan individu pula akan bermula dengan pasukan negara berharap dapat meraih pingat lagi termasuk emas.

Disiarkan pada: Ogos 3, 2022 @ 6:34am

Referensi

Dokumen terkait

Headline Sasaran Zii Jia emas Olimpik 2024 Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 01 April 2021 Journalist Ferzalfie Fauzi Source

Headline Justin juara Cabaran Antarabangsa Malaysia Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 18 Disember 2022 Journalist Zulkarnain Azman