Headline Zii Jia juara Asia Language Malay
Media Tittle
Harian Metro Section/Page
No
Sukan
Date 01 Mei 2022 Journalist Syazwan Msar
Source https://www.hmetro.com.my/arena/badminto n/2022/05/838034/zii-jia-juara-asia
Remarks Sains Sukan
Zii Jia juara Asia
Syazwan Msar
Kuala Lumpur: Penampilan sulung Lee Zii Jia dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) cukup bermakna buat pemain terbabit apabila meraih gelaran juara selepas
menewaskan pemain dari Indonesia Jonatan Christie sebentar tadi.
Jelas perlawanan yang berlangsung di Manila, Filipina itu menyaksikan Zii Jia mempamerkan aksi cukup bertenaga untuk memastikan kemenangan 21-17, 23-21 berpihak kepada pemain negara itu.
Pada perlawanan set pertama menyaksikan pemain berasal dari Alor Setar, Kedah itu lebih menguasai permainan sekali gus berjaya menidakkan sebarang serangan
daripada Jonatan untuk meraih kemenangan 21-17.
Headline Zii Jia juara Asia Language Malay
Media Tittle
Harian Metro Section/Page
No
Sukan
Date 01 Mei 2022 Journalist Syazwan Msar
Source https://www.hmetro.com.my/arena/badminto n/2022/05/838034/zii-jia-juara-asia
Remarks Sains Sukan
Melihat ketinggalan pada set pertama menyaksikan Jonatan yang juga pemain di ranking kelapan dunia cuba memberi tentangan sengit sehingga hampir memintas Zii Jia.
Namun, berbekalkan pengalaman, bekas juara Seluruh England itu bijak mengekalkan rentak permainan sebelum memastikan kemenangan berpihak kepadanya 23-21.
Sementara itu, rentak cemerlang Zii Jia gagal diikuti beregu utama negara, Aaron Chia- Soh Wooi Yik selepas tunduk kepada pasangan Indonesia, Pramudya
Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan 21-23,10-21.
Jelas sekali, pasangan utama negara itu terus kempunan untuk meraih gelaran di pertandingan antarabangsa pada musim apabila sekali lagi tumpas di peringkat akhir.
Terdahulu, pasangan negara itu berjaya meraih kemenangan di peringkat separuh akhir selepas menewaskan rakan sepasukan, Goh Sze Fei-Muhd. Izzuddin Rumsani 21-13, 21-15.
Disiarkan pada: Mei 1, 2022 @ 7:15pm