• Tidak ada hasil yang ditemukan

Skuad wanita menang jua akhirnya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Skuad wanita menang jua akhirnya"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Headline Skuad wanita menang jua akhirnya Language Malay

Media Tittle

Harian Metro Section/Page

No

Sukan

Date 10 Mei 2022 Journalist Syazwan Msar

Source https://www.hmetro.com.my/arena/badminto n/2022/05/840485/skuad-wanita-menang- jua-akhirnya

Remarks Sains Sukan

Skuad wanita menang jua akhirnya

Syazwan Msar

[email protected]

Kuala Lumpur: Skuad wanita negara akhirnya berjaya memperbaiki reputasi mereka pada saingan Piala Uber apabila mencatat kemenangan 5-0 ke atas Mesir dalam aksi terakhir Kumpulan C di Bangkok, Thailand, sebentar tadi.

Kemenangan itu sekali gus menyelamat maruah Malaysia daripada menghuni

kedudukan tercorot kumpulan selepas tewas dalam dua perlawanan awal sebelum ini di tangan Denmark dan Thailand.

Dua kekalahan berturut-turut itu menutup pintu skuad wanita negara untuk melangkah ke suku akhir sekali gus mengulangi skrip tahun lalu apabila turut terkandas di peringkat kumpulan.

(2)

Headline Skuad wanita menang jua akhirnya Language Malay

Media Tittle

Harian Metro Section/Page

No

Sukan

Date 10 Mei 2022 Journalist Syazwan Msar

Source https://www.hmetro.com.my/arena/badminto n/2022/05/840485/skuad-wanita-menang- jua-akhirnya

Remarks Sains Sukan

Malaysia layak beraksi secara merit di Piala Uber tahun ini selepas mara sehingga separuh akhir saingan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC), Februari lalu.

Pada pertemuan dengan Mesir, Malaysia yang dibarisi pemain muda tidak berdepan masalah apabila Myisha Mohd Khairul yang diberi peranan selaku perseorangan utama berjaya menyumbang mata pertama pasukan menerusi kemenangan ke atas Doha Hany 21-5, 21-19.

Perseorangan kedua, Tan Zhing Yi melebarkan kedudukan buat pasukan negara apabila menundukkan Nour Ahmed Youssri 21-12, 21-14 sebelum Chen Wen Tsen menyumbang mata ketiga selepas mengatasi Hana Tarek Zaher 21-16, 21-16.

Beregu wanita, Low Yee Yuan-Valeree Siow memberi mata keempat selepas

menewaskan Jana Ashraf-Jana Hesham Mohamed Abdelkader 21-6, 21-10 sebelum gandingan Teoh Mei Xing-Anna Cheong melengkapkan kemenangan skuad negara dengan menundukkan Nour-Hana 21-5, 21-4.

Disiarkan pada: Mei 10, 2022 @ 11:28pm

Referensi

Dokumen terkait

Headline Emas kedua Tze Liang, ketiga buat negara Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 09 Mei 2022 Journalist Syazwan Msar Source

Headline Piala Thomas: Malaysia atasi England 5-0 Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 09 Mei 2022 Journalist Syazwan Msar Source

Headline Beregu wanita tundukkan Thailand Language Malay Media Tittle Berita Harian Section/Page No Sukan Date 18 Mac 2021 Journalist Helmi Talkah Source

Headline Beregu wanita negara lakar kejutan Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 5 Julai 2022 Journalist Ferzalfie Fauzi Source

Headline Skuad hoki wanita ranking ke-19 dunia Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 21 Julai 2022 Journalist Saiful Affendy Sapran

Headline Harrif buru gelaran Tour Mevlana Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 17 Mac 2021 Journalist Ferzalfie Fauzi Source

Headline Bukan mustahil tumbangkan Tajikistan Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 24 September 2022 Journalist Firdaus Hashim Source

Headline Zii Jia kini ranking kelima dunia Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 24 Mei 2022 Journalist Saiful Affendy Sapran Source