• Tidak ada hasil yang ditemukan

Harimau Malaya benam Hong Kong

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Harimau Malaya benam Hong Kong"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Headline Harimau Malaya benam Hong Kong Language Malay

Media Tittle

Harian Metro Section/Page

No

Sukan

Date 01 Jun 2022 Journalist Firdaus Hashim

Source https://www.hmetro.com.my/arena/bola- sepak/2022/06/847994/harimau-malaya- benam-hong-kong

Remarks Sains Sukan

Harimau Malaya benam Hong Kong

Firdaus Hashim

[email protected]

Kuala Lumpur: Dua gol menerusi situasi bola mati menyaksikan skuad Harimau Malaya meraih kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Dua jaringan menerusi sepakan penalti dan sepakan percuma dalam setiap babak

membolehkan skuad negara melangkah ke saingan Kelayakan Piala Asia 2023 minggu depan dengan motivasi tinggi.

Dalam aksi persahabatan kedua selepas membenam Brunei 4-0 Jumaat lalu, pengendali negara Kim Pan-gon hanya mengekalkan dua pemain iaitu Syamer Kutty Abba dan Dion Cools dalam kesebelasan utama.

(2)

Headline Harimau Malaya benam Hong Kong Language Malay

Media Tittle

Harian Metro Section/Page

No

Sukan

Date 01 Jun 2022 Journalist Firdaus Hashim

Source https://www.hmetro.com.my/arena/bola- sepak/2022/06/847994/harimau-malaya- benam-hong-kong

Remarks Sains Sukan

Malah, pemilihan empat penyerang iaitu Darren Lok, Arif Aiman, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid di bahagian depan nyata membawa impak berkesan dengan benteng pertahanan pelawat tidak senang duduk sepanjang aksi.

Safawi memulakan siri serangan negara pada minit kelima apabila dia meledak rembatan padu selepas menerima hantaran cantik Arif namun mudah dibaca penjaga gol Hong Kong, Argolo Cesar.

Pada minit me-12 pasukan tuan rumah datang lagi menerusi tandukan Corbin Ong yang sedikit melambung, sebelum percubaan Arif pula berjaya diselamatkan pertahanan lawan.

Malaysia yang tidak pernah menang ke atas Hong Kong sejak 2012 akhirnya memecah kebuntuan menerusi sepakan penalti Safawi pada minit ke-31 selepas Akhyar dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Fung Hing Wa.

Menuju ke bilik persalinan, Lok yang sudah menghimpun lima gol bersama Petaling Jaya City dalam saingan Liga Super musim ini hampir mencetak nama selaku penjaring tetapi

tandukannya sedikit tinggi.

Memasuki babak kedua, pelawat yang dibimbing jurulatih dari Norway, Jorn Andersen tampil lebih tersusun untuk memburu gol penyamaan.

Begitupun rentak tuan rumah sedikit kendur terutama selepas Pan-gon mengeluarkan Lok, Akhyar, Arif dan Safawi.

Kemasukan dua tonggak naturalisasi iaitu Guilherme de Paula dan Mohamadou Sumareh serta Safiq Rahim dan Faisal Halim kurang menyengat dan mudah dipatahkan benteng pelawat.

Namun gol tambahan yang dicari tetap hadir di minit 89 hasil sepakan percuma Safiq yang membias terkena benteng lawan untuk mengakhiri aksi dengan kemenangan.

Disiarkan pada: Jun 1, 2022 @ 11:05pm

Referensi

Dokumen terkait

Headline Gelaran treble kejayaan paling manis THT Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 19 Mac 2023 Journalist Zulkarnain Azman Source

Headline Joo Ven lakar kejutan Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 14 April 2022 Journalist Ferzalfie Fauzi Source

Headline Malaysia 'smash' dua emas Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 28 Julai 2022 Journalist Syazwan Msar Source

Headline Tak mahu pandang remeh lawan Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 17 Mac 2022 Journalist Syazwan Msar Source

Headline Justin juara Cabaran Antarabangsa Malaysia Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 18 Disember 2022 Journalist Zulkarnain Azman

Headline Skuad badminton cemerlang sumbang emas ketiga negara Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 03 Ogos 2022 Journalist Amirullah

Headline Beregu wanita negara lakar kejutan Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 5 Julai 2022 Journalist Ferzalfie Fauzi Source

Headline Wushu sapu dua emas Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 04 Ogos 2022 Journalist Syazwan Msar Source