• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sasar kedudukan 100 terbaik dunia pada 2024

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Sasar kedudukan 100 terbaik dunia pada 2024"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Headline Sasar kedudukan 100 terbaik dunia pada 2024

Language Malay

Media Tittle

Harian Metro Section/Page

No

Sukan

Date 22 September 2022 Journalist Firdaus Hashim

Source https://www.hmetro.com.my/arena/bola- sepak/2022/09/886277/sasar-kedudukan- 100-terbaik-dunia-pada-2024

Remarks Sains Sukan

Sasar kedudukan 100 terbaik dunia pada 2024

Firdaus Hashim

[email protected]

PEMAIN Harimau Malaya bersorak selepas menewaskan Thailand pada aksi Piala Raja Thai ke-48. FOTO FB FAM

Kuala Lumpur: Misi untuk berada pada kedudukan ranking 100 dunia atau sekurang-kurangnya menyamai posisi seperti Tajikistan dan Thailand dilihat tidak mustahil serta bukan sebuah cerita dongeng.

Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon berkata, berdasarkan pemerhatiannya selepas berakhirnya kempen Piala Raja Thai ke-48 di Chiang Mai, beliau menyimpulkan

Malaysia sebenarnya mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan dua pasukan itu.

(2)

Headline Sasar kedudukan 100 terbaik dunia pada 2024

Language Malay

Media Tittle

Harian Metro Section/Page

No

Sukan

Date 22 September 2022 Journalist Firdaus Hashim

Source https://www.hmetro.com.my/arena/bola- sepak/2022/09/886277/sasar-kedudukan- 100-terbaik-dunia-pada-2024

Remarks Sains Sukan

Kata jurulatih dari Korea Selatan itu, beliau menyasarkan dua tahun dari sekarang iaitu 2024 untuk meletakkan pasukan negara di kelompok 100 dunia.

"Saya minta mereka (pemain) buktikan dalam pertandingan (Piala Raja Thai) ini untuk cuba bagi tentangan dengan pasukan yang pada tahap lebih tinggi di kedudukan 100.

"Jadi pemain tunjukkan yang mereka sebenarnya mampu dan kita boleh maju ke depan dan bersaing dengan pasukan lawan. Saya yakin untuk dua tahun lagi kita boleh capai tahap seperti itu," katanya yang dilantik sebagai pengendali negara pada Mac lalu bagi menggantikan Tan Cheng Hoe yang melepaskan jawatan, awal tahun ini.

Dalam saingan di Chiang Mai itu, skuad negara yang menghuni tangga ke-148 dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) hampir mengejutkan Thailand serta Tajikistan apabila mengikat kedua-dua pasukan itu.

Thailand yang berada di kedudukan 111 diikat Malaysia 1-1 dalam aksi pertama sebelum menang penentuan penalti 5-3 untuk mara ke final berdepan Tajikistan.

Di pentas akhir, lawan yang di tangga 109 itu turut gagal menewaskan skuad kendalian Pan- gon apabila seri tanpa jaringan, namun muncul pemenang menerusi penentuan sepakan penalti.

Dua keputusan positif itu bakal menyaksikan kedudukan pasukan negara melonjak naik untuk memperbaiki kedudukan ketika ini.

Setakat ini, Pan-gon sudah mengharungi sembilan perlawanan dengan lima kemenangan, dua seri dan dua kali tewas.

Dua kekalahan itu adalah kepada Bahrain pada Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional BUkit Jalil, Jun lalu serta di tangan Singapura dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Singapura, hujung Mac lalu.

Untuk rekod, skuad Harimau Malaya pernah menghuni tangga ke-75 dunia pada 1993 yang dianggap kedudukan paling tinggi pernah diraih, manakala tangga 178 adalah pencapaian paling buruk dicatatkan pasukan negara pada 2018.

Disiarkan pada: September 27, 2022 @ 5:23pm

Referensi

Dokumen terkait

Headline Gelaran treble kejayaan paling manis THT Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 19 Mac 2023 Journalist Zulkarnain Azman Source

Headline Kedah menang bergaya Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 27 September 2021 Journalist Izzali Ismal Source

Headline Justin juara Cabaran Antarabangsa Malaysia Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 18 Disember 2022 Journalist Zulkarnain Azman

Headline Skuad badminton cemerlang sumbang emas ketiga negara Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 03 Ogos 2022 Journalist Amirullah

Headline Beregu negara juara, tumbangkan pemenang emas Olimpik Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 24 Julai 2022 Journalist Aida

Headline Zii Jia kini ranking kelima dunia Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 24 Mei 2022 Journalist Saiful Affendy Sapran Source

Headline Wushu sapu dua emas Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 04 Ogos 2022 Journalist Syazwan Msar Source

Headline Syihan, Khuzaimi kebanggaan Negeri Sembilan Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 28 September 2022 Journalist Syazwan Msar