Headline Syihan, Khuzaimi kebanggaan Negeri Sembilan
Language Malay
Media Tittle
Harian Metro Section/Page
No
Sukan
Date 28 September 2022 Journalist Syazwan Msar
Source https://www.hmetro.com.my/arena/bola- sepak/2022/09/886559/syihan-khuzaimi- kebanggaan-negeri-sembilan
Remarks Sains Sukan
Syihan, Khuzaimi kebanggaan Negeri Sembilan
Syazwan Msar
SYIHAN beraksi cemerlang menjaga gawang gol skuad Harimau Malaya di Piala Raja Thai.
FOTO FAM
Kuala Lumpur: Hadir ke Negeri Sembilan sebagai pemain biasa, kini mereka sudah menjadi luar biasa di atas padang terutama ketika mewakili skuad Harimau Malaya.
Itu pandangan Ketua jurulatih Negeri Sembilan, K Devan apabila melihat prestasi penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi dan pertahanan, Ahmad Khuzaimi Piee terus menunjukkan
kecemerlangan bersama pasukan kebangsaan terutama di kejohanan jemputan Piala Raja Thai yang berakhir, Ahad lalu.
Headline Syihan, Khuzaimi kebanggaan Negeri Sembilan
Language Malay
Media Tittle
Harian Metro Section/Page
No
Sukan
Date 28 September 2022 Journalist Syazwan Msar
Source https://www.hmetro.com.my/arena/bola- sepak/2022/09/886559/syihan-khuzaimi- kebanggaan-negeri-sembilan
Remarks Sains Sukan
Beliau berkata, komitmen dan semangat juang g dipamerkan dua pemain terbabit membolehkan mereka ketika ini menjadi perhatian penyokong bola sepak tempatan berdasarkan kepada prestasi di peringkat antarabangsa.
Katanya, situasi itu sememangnya membanggakan Negeri Sembilan kerana semasa mereka hadir pada awal musim, kedua-duanya hanyalah berstatus sebagai pemain 'biasa-biasa' yang tidak pernah berada dalam radar pasukan kebangsaan.
"Saya bersama pihak pengurusan sememangnya berbangga kerana Negeri Sembilan berjaya membentuk dua pemain yang boleh mewakili pasukan negara dan ini sesuatu yang baik untuk masa depan mereka.
"Semasa mereka hadir ke sini, mereka belum lagi berstatus pemain kebangsaan tetapi atas kecemerlangan semasa menyarung jersi Negeri Sembilan, mereka terpilih.
"Malah mereka berdua tampil dengan prestasi terbaik di peringkat antarabangsa dan ini sesuatu yang positif kerana secara tidak langsung membawa nama baik kepada Negeri Sembilan FC yang membantu mereka sampai ke tahap ini," katanya.
Pada kejohanan kejohanan jemputan Piala Raja Thai, Khuzaimi yang diberi tanggungjawab di barisan pertahanan negara cukup cemerlang menyekat kemaraan pihak lawan terutama ketika beraksi menentang tuan rumah.
Selain itu, Syihan juga hanya dibolosi satu gol saja apabila kecekapannya berjaya menafikan percubaan pihak lawan sekali gus membantu skuad Harimau Malaya meraih gelaran naib juara kejohanan terbabit.
Disiarkan pada: September 28, 2022 @ 4:05pm