Headline Tze Yong sasar 20 terbaik dunia Language Malay
Media Tittle
Harian Metro Section/Page
No
Sukan
Date 08 Januari 2023 Journalist Zulkarnain Azma
Source https://www.hmetro.com.my/arena/badminto n/2023/01/923589/tze-yong-sasar-20- terbaik-dunia
Remarks Sains Sukan
Tze Yong sasar 20 terbaik dunia
Zulkarnain Azman [email protected]
TZE Yong ketika sesi latihan menjelang Kejohanan PETRONAS Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena Bukit Jalil, hari ini. FOTO Bernama
Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong diumumkan sebagai duta syarikat minuman isotonik terkenal 100PLUS, hari ini.
Perkembangan itu dilihat seolah tonik buat pemain berusia 22 tahun itu menjelang saingan Terbuka Malaysia 2023 yang bermula Selasa ini.
Tze Yong yang kini menghuni ranking ke-25 dunia berkata, pelantikan sebagai duta 100PLUS itu membakar semangatnya untuk memulakan aksi menentang pemain Ireland, Nhat Nguyen di pusingan pertama Terbuka Malaysia.
Headline Tze Yong sasar 20 terbaik dunia Language Malay
Media Tittle
Harian Metro Section/Page
No
Sukan
Date 08 Januari 2023 Journalist Zulkarnain Azma
Source https://www.hmetro.com.my/arena/badminto n/2023/01/923589/tze-yong-sasar-20- terbaik-dunia
Remarks Sains Sukan
"Saya rasa sangat gembira dan terima kasih kepada 100Plus atas tajaan yang diberikan. Sudah tentu saya akan cuba tampilkan aksi terbaik dalam setiap kejohanan disertai pada tahun ini.
"Sudah tentu saya menghasilkan keputusan yang baik bagi membalas kepercayaan penaja dan kalau boleh, saya mahu berada dalam kelompok 20 terbaik dunia," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Arena Axiata Bukit Jalil di sini, hari ini.
Untuk rekod, Tze Yong, yang menandatangani kontrak selama dua tahun menyertai lima lagi pemain badminton negara yang lain sebagai duta syarikat minuman berkenaan.
Sebelum ini, 100PLUS turut melantik Lee Zii Jia, Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Pearly Tan dan M Thinaah sebagai duta mereka.
Sementara itu, Pengarah Perniagaan F&N, Leong Wai Yin berkata, 100PLUS sentiasa komited menyokong arena sukan badminton negara terutamanya bagi membantu perkembangan pemain-pemain muda mencapai potensi masing-masing.
Disiarkan pada: Januari 8, 2023 @ 6:23pm