• Tidak ada hasil yang ditemukan

UniMAP Raih 100 Peratus Pingat di ITEX 2017

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "UniMAP Raih 100 Peratus Pingat di ITEX 2017"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Bahagian Media UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA

16 Mei 2017 UniMAP RAIH 100 PERATUS PINGAT DI ITEX 2017

Kuala Lumpur, 16 Mei – Delegasi penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus melakar kecemerlangan apabila meraih seratus peratus pingat pada 27th International Innovation Exhibition 2017 (ITEX’16) yang berlangsung mulai 11 hingga 13 Mei 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

Menurut Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal jumlah peratusan pingat emas yang dicapai pada tahun ini juga menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu 10 pingat emas daripada 15 produk yang mengambil bahagian atau 67 peratus.

Ujar beliau, kejayaan itu nyata sesuatu yang cukup bermakna selepas prestasi yang agak sederhana pada dua siri ITEX terdahulu iaitu 46 peratus kejayaan pingat emas pada tahun 2016 dan 30 peratus kejayaan pingat emas pada tahun 2015.

“Kejayaan ini membuktikan, kualiti penyelidikan yang ditonjolkan pleh penyelidik UniMAP semakin menunjukkan peningkatan dan ia pastinya merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi kami di UniMAP,”

katanya ketika dihubungi selepas pengumuman keputusan pingat ITEX’17.

Selain itu, delegasi penyelidik UniMAP turut berjaya meraih lima pingat perak dan tiga Anugerah Khas.

Dua produk emas UniMAP iaitu FCC Code OCDMA System for Internet of Things (IOT) Communication oleh Dr. Mohd Rashidi Che Beson dan A

(2)

Bahagian Media UKK Page 2 Method of Controlling SN – Whiskers Formation For Aerospace Electronic Interconnect Application oleh Dr. Mohd Arif Anuar Mohd Salleh terpilih menerima anugerah khas World Invention Intellectual Property Associations (WIIPA) dari Taiwan.

Manakala satu produk pingat perak UniMAP iaitu Novel Multiplex Diagnostic Kit For E.Coli, Salmonella And Listeria hasil penyelidikan Prof.

Dr. Uda Hashim menerima Anugerah Khas dari Tisias and iCAN-Toronto Kanada.

ITEX’17 mempamerkan lebih 1000 penyelidikan oleh penyelidik universiti, pusat penyelidikan dalam dan luar Negara, sekolah rendah dan menengah, termasuklah sektor swasta dari lebih 20 negara antaranya Indonesia, Taiwan, Korea Selatan, Arab Saudi, Iran, Thailand, Mesir, Kuwait, Bahrain, Poland dan Malaysia.

Dikeluarkan Oleh :

NURUL AIDA OTHMAN Bahagian Media

Unit Komunikasi Korporat UniMAP ([email protected])

Referensi

Dokumen terkait

Bahagian Media UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP RESEARCHERS EXCEL AT SIIF 2018 SOUTH KOREA KANGAR, 14 Nov - Universiti Malaysia Perlis UniMAP Researcher achieved 100 per cent

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA SUTRAMAYA UniMAP RAIH TEMPAT KETIGA DI FESTIVAL TARI 1MALAYSIA MAKUM 2017 Sintok, 22 April – Universiti Malaysia Perlis UniMAP

Unit Perhubungan Media Page 1 MEDIA STATEMENT 11 August 2016 UniMAP EXPANDS COLLECTION OF SUKUM 2016 GOLD MEDALS Nilai, 11 August – Universiti Malaysia Perlis UniMAP continues its

Unit Perhubungan Media Page 1 MEDIA STATEMENT UniMAP Students In Campus Maintained at 100 Percent Kangar, 26 August – All Universiti Malaysia Perlis UniMAP students living on

KENYATAAN MEDIA 31 Ogos 2016 UniMAP RAIH KEJAYAAN KAWAD HARI KEBANGSAAN DUA TAHUN BERTURUT-TURUT Kangar, 31 Ogos – Kontinjen Universiti Malaysia Perlis UniMAP menjuarai kawad

UniMAP SCORES 14 MEDALS AND 2 SPECIAL AWARDS AT SIIF 2016 KOREA Kangar, 4 December – Universiti Malaysia Perlis UniMAP researchers won 14 medals and two special awards at the Seoul

1 Unit Media UNIMAP SCORED 100 PERCENT SUCCESS IN MTE 2017 Kuala Lumpur, 18 February - Universiti Malaysia Perlis UniMAP scored 100 percent of success in Malaysia Technology Expo

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP 2017 LOGO REBRANDING Kangar, March 17 - Universiti Malaysia Perlis UniMAP had launched an addition to the UniMAP logo, now bearing the