• Tidak ada hasil yang ditemukan

UniMAP dan YTSP taja pelajar ke Taiwan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "UniMAP dan YTSP taja pelajar ke Taiwan"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Media Page 1

KENYATAAN MEDIA

UniMAP DAN YTSP TAJA PELAJAR KE TAIWAN

Kangar, 18 November – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bersama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) akan menaja dua pelajar untuk menyertai Kaohsiung International Invention and Design Expo yang bakal berlangsung di Taiwan bermula 3 hingga 7 Disember nanti.

Perkara tersebut diumumkan oleh Naib Canselor UniMAP, Brig. Jeneral Datuk Prof. Emeritus Dr Kamarudin Hussin ketika sesi penyampaian pingat kepada pemenang yang menyertai Perlis Engineering Research Learning &

Innovation Symposium (PERLIS) 2015 di Dewan Kapitol UniMAP, di sini semalam.

“Tajaan tersebut adalah kolaborasi UniMAP bersama YTSP bagi bertujuan menyuntik semangat kepada pelajar untuk lebih mencintai bidang rekacipta.

“Dua pelajar yang masing-masing mewakili Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SMSTSP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Lailatul Shahreen terpilih selepas produk mereka muncul sebagai produk terbaik sekaligus mewakili UniMAP ke pameran di Taiwan nanti,”

katanya.

Produk pertama yang terpilih adalah Hydro Fertilizer hasil penyelidikan oleh Puteri Nurfarahliana Mansor dan Sara Nurdini Sabry dari SMSTSP.

Manakala produk kedua adalah Tennis Ball Collector oleh Shafiq Rezal; Foo Sher Lee; Wan Muhammad Hazim Wan Noor Azairi; dan Muhammad Aidil Kashul dari SMK Tuanku Lailatul Shahreen.

(2)

Unit Media Page 2 Sebanyak 24 produk dari 21 sekolah telah mengambil bahagian dalam pameran yang julung kali diadakan oleh Institut Kepimpinan Strategik dan Komuniti (IKSK) UniMAP dengan kerjasama Malaysian Research &

Innovation Society (MyRIS), YTSP dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Selain itu, menurut Datuk Kamarudin, UniMAP juga akan menjalinkan hubungan bersama sekolah-sekolah lain di Perlis bagi memastikan bidang TVET akan mendapat tempat di hati masyarakat sekaligus menangkis stigma TVET adalah kelas kedua.

“Ini adalah merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial universiti (USR) untuk manfaat rakyat secara keseluruhannya.

“Pada masa yang sama adalah untuk merealisasikan hasrat kita yang ingin berkongsi apa sahaja kepakaran kita demi kesejahteraan masyarakat,”

katanya.

Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra hadir merasmikan majlis penutup program tersebut.

Turut hadir Raja Puan Muda Perlis merangkap Pro Canselor UniMAP, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tidak ketinggalan adalah Setiausaha YTSP, Dato’ Johari Mohd Darus; dan Ketua Sektor Pembangunan Manusia wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Perlis, Amran Rejab.

Dikeluarkan Oleh : Nurul Aida Othman

Penolong Pegawai Perhubungan Media UniMAP

Referensi

Dokumen terkait

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 19 Ogos 2016 UniMAP Universiti Pertama Terima Pensijilan MS ISO 9001:2015 KANGAR, 19 Ogos – Universiti Malaysia Perlis UniMAP melakar sejarah

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 14 Oktober 2016 UniMAP Johan Pertandingan Projek Penyelidikan Inovasi Nanoteknologi PIN Kangar, 14 Oktober: Universiti Malaysia Perlis UniMAP

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP RAIH 3 BINTANG DALAM PENILAIAN PENGURUSAN REKOD Kangar, 27 September 2016 – Universiti Malaysia Perlis UniMAP berjaya

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP Raih Tempat Ketiga Pesta Pantun Terbuka Perlis KANGAR, 30 September 2016 - Wakil Universiti Malaysia Perlis UniMAP berjaya meraih

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP SERAH SUMBANGAN 3,449 PERABOT KEPADA 23 SEKOLAH Kangar, 14 Disember 2016 – Universiti Malaysia Perlis UniMAP telah menyumbangkan

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP GERAK MISI OPS BANJIR PANTAI TIMUR FASA 1 KE KELANTAN Kangar , 26 Januari –Universiti Malaysia Perlis UniMAP menggerakkan misi

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP 2017 LOGO REBRANDING Kangar, March 17 - Universiti Malaysia Perlis UniMAP had launched an addition to the UniMAP logo, now bearing the

Bahagian Media, UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP SASAR KEKALKAN KEJUARAAN SUKUM 2017 Kangar, 19 Julai – Universiti Malaysia Perlis UniMAP menyasarkan juara keseluruhan Kejohanan