• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pelajar UniMAP Raih Anugerah Presiden REAM Projek Tahun Akhir Pelajar

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Pelajar UniMAP Raih Anugerah Presiden REAM Projek Tahun Akhir Pelajar"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

UKK Page 1

KENYATAAN MEDIA

PELAJAR UniMAP RAIH ANUGERAH PRESIDEN REAM PROJEK TAHUN AKHIR PELAJAR

Kangar , 24 Januari – Seorang pelajar Teknologi Kejuruteraan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dianugerahkan Anugerah Projek Tahun Akhir Kejuruteraan Awam Presiden Pertubuhan Kejuruteraan Jalan Malaysia (REAM), Sabtu baru-baru ini.

Pelajar itu, Muhammad Faiz Zainal berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000, piala dan sijil, satu tahun keahlian percuma REAM serta dapat mengikuti minimum enam bulan Latihan Kebolehpasaran Siswazah di syarikat sektor korporat dalam bidang kejuruteraan awam.

Muhamad Faiz berkata dia tidak menyangka terpilih menerima anugerah itu sebelum ini kerana tidak mengetahui adanya anugerah seperti itu kerana hanya mahu melakukan yang terbaik dalam hasil kajiannya.

Katanya, dia terkejut apabila dihubungi pihak universiti memaklumkan kejayaannya meraih anugerah itu sambil menyifatkan ia adalah hasil bimbingan penyelianya, Liyana Ahmad Sofri serta pensyarah-pensyarah Teknologi Kejuruteraan Awam selain keluarga dan rakan-rakan sekuliah.

“Saya cuma berharap kajian itu memberi impak kepada industri dan alam sekitar dengan tajuk kajian saya ialah“Use of Palm Kernel Shell from

Agriculture Waste as Partial Replacement for Course Aggregate in Hot Mix Asphalt”,” katanya ketika dihubungi selepas Majlis Makan Malam Gala Dinner REAM.

Dalam majlis itu , Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof

menyampaikan anugerah berkenaan kepada lima pelajar terbaik yang terpilih termasuk Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Pahang dan UniMAP sendiri.

Menurut Muhamad Faiz, tesis itu dihasilkan bertujuan bagi mengurangkan penggunaan batu baur kasar dalam pembinaan jalan raya dalam usaha memastikan sumber alam semulajadi tidak terancam.

“Selain itu tesis itu dihasilkan bagi mengurangkan bahan sisa seperti tempurung kelapa sawit agar tidak membawa pencemaran kepada alam sekitar.

(2)

UKK Page 2

“Hasilnya, bahan sisa itu dijadikan gantian separa untuk batu baur kasar dalam pembinaan jalan raya sekaligus dapat memelihara alam sekitar kita,”

katanya.

Selain Muhammad Faiz, tujuh pelajar UniMAP daripada 75 pelajar dari 10 Universiti Awam (UA) lain pula menerima sumbangan Dana Pendidikan REAM bernilai RM1,500 setiap orang.

REAM menyediakan insentif pendidikan dalam bentuk pemberian bantuan kewangan kepada pelajar cemerlang dari keluarga kurang berkemampuan dengan objektif dapat membantu melahirkan lebih ramai profesional yang berkebolehan khususnya dalam bidang kejuruteraan awam.

Disediakan oleh,

Aininulniza Mohd Yusof Pegawai Perhubungan Media Unit Komunikasi Korporat (UKK) Universiti Malaysia Perlis

Referensi

Dokumen terkait

Bahagian Media UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP RESEARCHERS EXCEL AT SIIF 2018 SOUTH KOREA KANGAR, 14 Nov - Universiti Malaysia Perlis UniMAP Researcher achieved 100 per cent

1 Unit Media KENYATAAN MEDIA UniMAP RAIH KEJAYAAN 100 PERATUS DI MTE 2017 Kuala Lumpur, 18 Februari – Universiti Malaysia Perlis UniMAP berjaya meraih kejayaan 100 peratus pada

ACCCIM Tawar Biasiswa kepada Pelajar UniMAP Kangar, 20 Julai – Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia ACCCIM menawarkan biasiswa kepada seorang pelajar Universiti

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA Pelajar UniMAP Kekal 100 peratus Dalam Kampus Kangar, 26 Ogos – Kesemua pelajar Universiti Malaysia Perlis UniMAP akan kekal 100

Bahagian Media UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA 16 Mei 2017 UniMAP WINS 100 PERCENT AWARDS AT ITEX 2017 Kuala Lumpur, 16 May – The Universiti Malaysia Perlis UniMAP researcher

Bahagian Media, UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP SASAR KEKALKAN KEJUARAAN SUKUM 2017 Kangar, 19 Julai – Universiti Malaysia Perlis UniMAP menyasarkan juara keseluruhan Kejohanan

UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP INTAI PELUANG KERJASAMA INDUSTRI SARUNG TANGAN Kangar , 22 Disember – Universiti Malaysia Perlis UniMAP mengintai ruang dan peluang kolaborasi

UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA PENSYARAH UniMAP TERPILIH PROGRAM CSR SAINS PENGKOMPUTERAN Kangar, 10 Januari – Tiga pensyarah Universiti Malaysia Perlis berjaya terpilih sebagai