• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pensyarah UniMAP Terpilih Program CSR Sains Pengkomputeran

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Pensyarah UniMAP Terpilih Program CSR Sains Pengkomputeran"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

UKK Page 1

KENYATAAN MEDIA

PENSYARAH UniMAP TERPILIH PROGRAM CSR SAINS PENGKOMPUTERAN

Kangar, 10 Januari – Tiga pensyarah Universiti Malaysia Perlis berjaya terpilih sebagai Jurulatih Utama (Master Trainer) bagi memberikan latihan kepada 100 guru-guru sekolah di seluruh negeri ini.

Mereka adalah Dr Syed Zulkarnain Syed Idrus dan Dr Wan Nor Ashiqin Wan Ali dari Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (iKOM) serta Dr Hasnah Ahmad dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan (PPKKP) UniMAP.

Program berkenaan adalah salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) ,Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan UniMAP bagi mengintegrasikan modul pemikiran komputasi dan sains pengkomputeran ke dalam kurikulum sekolah.

Naib Canselor UniMAP, Dato‟ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata, program itu adalah antara program tanggung jawab sosial universiti (USR)

„mega‟ UniMAP kepada komuniti di negeri ini khasnya guru-guru.

“Program CSR ini sekaligus memberi peluang kepada UniMAP berkongsi kepakaran yang dimiliki dalam bidang sains komputer untuk manfaat warga pendidik di negeri ini,” katanya.

Tambahnya, menerusi program itu, UniMAP turut dipilih sebagai pusat kursus pengembangan Profesional (Continous Professional Development) berdasarkan saranan industri untuk meningkatkan kesediaan pendidik.

“Pusat itu berperanan bagi program Sijil Pengajaran Sains & Komputer untuk guru di negeri Perlis serta meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru dalam pengajaran sains komputer.

“Selain itu, pusat berkenaan turut merangkumi program jangkauan

berdasarkan konsep pembuat digital, pengaturcaraan dan robotik kepada pelajar sekolah selain sebagai titik rujukan untuk „Digital Hub‟ di zon utara khususnya negeri Perlis,” kata beliau dalam sebuah kenyataan di sini.

Terdahulu, Dekan PPKKP, Dr Azremi Abdullah Al-Hadi berkata sebelum itu, setiap pensyarah UniMAP yang terpilih perlu melalui bengkel hands-on selama lima hari di Cyberjaya.

(2)

UKK Page 2

“Pensyarah yang terpilih ini perlu melengkapkan tugasan untuk kelayakan sebagai Jurulatih Utama pada 21 hingga 26 Januari ini bagi Pensijilan Kemahiran Komputasional dan Komputer Sains Dalam PdP ,” katanya ketika dihubungi di sini.

Pada tahun lalu, seramai 35 pensyarah dari enam Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh negara telah diiktiraf sebagai Jurulatih Utama untuk melatih guru bagi kursus pensijilan yang sama sebelum menambah lapan lagi IPTA bagi tahun ini.

Disediakan oleh,

Aininulniza Mohd Yusof Pegawai Perhubungan Media Unit Komunikasi Korporat (UKK) Universiti Malaysia Perlis

Referensi

Dokumen terkait

UniMAP CSR PROGRAMME DONATES SOLAR PANEL TECHNOLOGY Tumpat, 24 January – Universiti Malaysia Perlis UniMAP continued its commitment in carrying out corporate social responsibility CSR

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 19 Ogos 2016 UniMAP Universiti Pertama Terima Pensijilan MS ISO 9001:2015 KANGAR, 19 Ogos – Universiti Malaysia Perlis UniMAP melakar sejarah

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 14 Oktober 2016 UniMAP Johan Pertandingan Projek Penyelidikan Inovasi Nanoteknologi PIN Kangar, 14 Oktober: Universiti Malaysia Perlis UniMAP

KENYATAAN MEDIA 31 Ogos 2016 UniMAP RAIH KEJAYAAN KAWAD HARI KEBANGSAAN DUA TAHUN BERTURUT-TURUT Kangar, 31 Ogos – Kontinjen Universiti Malaysia Perlis UniMAP menjuarai kawad

Kangar, 6 Sept – A second year Universiti Malaysia Perlis UniMAP Diploma in Mechatronic Engineering student became among 28 participants nationwide chosen to attend the 43rd Ship for

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP Tuan Rumah COP 2016 KANGAR, 9 November - Universiti Malaysia Perlis UniMAP bakal menjadi Tuan Rumah bagi mesyuarat Council of Presidents COP

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP SERAH SUMBANGAN 3,449 PERABOT KEPADA 23 SEKOLAH Kangar, 14 Disember 2016 – Universiti Malaysia Perlis UniMAP telah menyumbangkan

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP 2017 LOGO REBRANDING Kangar, March 17 - Universiti Malaysia Perlis UniMAP had launched an addition to the UniMAP logo, now bearing the