• Tidak ada hasil yang ditemukan

UniMAP Intai Peluang Kerjasama Industri Sarung Tangan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "UniMAP Intai Peluang Kerjasama Industri Sarung Tangan"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

UKK Page 1

KENYATAAN MEDIA

UniMAP INTAI PELUANG KERJASAMA INDUSTRI SARUNG TANGAN Kangar , 22 Disember – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengintai ruang dan peluang kolaborasi dengan syarikat pengeluar sarung tangan industri merangkumi bidang penyelidikan, peluang pekerjaan serta latihan industri.

Bagi merealisasikan hasrat itu UniMAP diketuai Naib Canselornya, Dato’

Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal mengadakan lawatan dan perbincangan ke Shorubber (Malaysia) Sdn Bhd disertai Pengarah Urusannya, Keizo Sato.

Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan UniMAP, Prof Madya Dr Khairel Rafezi Ahmad dan Pengarah Shorubber, Imran Ibrahim turut menyertai perbincangan itu.

Zul Azhar berkata, UniMAP menerusi Pusat Kerjasama Industri dan Agensi Kerajaan (CIGC) berhasrat menjalinkan kerjasama dengan industri itu adalah bagi meneroka aktiviti penyelidikan bersama di samping menempatkan kepakaran UniMAP sekaligus mewujudkan jaringan strategik yang efektif.

Katanya, UniMAP mempunyai kira-kira 3,500 pelajar yang mengikuti latihan industri bagi tahun 2017 justeru kerjasama strategik dengan rakan industri bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar tetapi dapat membantu industri membangunkan teknologi bersama di masa hadapan.

“Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersama pihak industri boleh membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan UniMAP dan menjadi platform terbaik bagi bakal graduan mengenal pasti peluang kerja yang bersesuaian serta mengikut kehendak industri masa kini,” kata beliau, di sini, semalam.

Delegasi UniMAP turut dibawa melawat bagi melihat sendiri pengendalian mesin-mesin bagi memproses pengeluaran sarung tangan syarikat itu yang juga anak syarikat Showa Glove Japan.

Sementara itu, Sato menyambut baik hasrat UniMAP dan teruja untuk berkolaborasi dengan universiti kejuruteraan itu dalam memperkasa manfaat bersama yang mampu memberi impak kepada bidang kepakaran yang dipelopori syarikatnya.

(2)

UKK Page 2 Menurutnya, sebelum ini ramai pelajar UniMAP yang mengikuti latihan industri di syarikat itu malah turut menceburi kerjaya mereka di situ.

Shorubber yang beroperasi di negeri Perlis sejak 1991 itu adalah sebuah syarikat pengeluar sarung tangan industri berasaskan getah asli, getah tiruan, PVC dan Polyurethane selain mempunyai hampir 1800 tenaga kerja tempatan manakala hampir 600 lagi merupakan tenaga kerja asing.

Produk yang dihasilkan syarikat itu adalah 100 peratus bagi pasaran luar dan diuruskan oleh Showa Group Company.

Disediakan oleh,

Aininulniza Mohd Yusof Pegawai Perhubungan Media Unit Komunikasi Korporat (UKK) Universiti Malaysia Perlis

Referensi

Dokumen terkait

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 19 Ogos 2016 UniMAP Universiti Pertama Terima Pensijilan MS ISO 9001:2015 KANGAR, 19 Ogos – Universiti Malaysia Perlis UniMAP melakar sejarah

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 14 Oktober 2016 UniMAP Johan Pertandingan Projek Penyelidikan Inovasi Nanoteknologi PIN Kangar, 14 Oktober: Universiti Malaysia Perlis UniMAP

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA Pelajar UniMAP Kekal 100 peratus Dalam Kampus Kangar, 26 Ogos – Kesemua pelajar Universiti Malaysia Perlis UniMAP akan kekal 100

KENYATAAN MEDIA 31 Ogos 2016 UniMAP RAIH KEJAYAAN KAWAD HARI KEBANGSAAN DUA TAHUN BERTURUT-TURUT Kangar, 31 Ogos – Kontinjen Universiti Malaysia Perlis UniMAP menjuarai kawad

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP RAIH 3 BINTANG DALAM PENILAIAN PENGURUSAN REKOD Kangar, 27 September 2016 – Universiti Malaysia Perlis UniMAP berjaya

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP Tuan Rumah COP 2016 KANGAR, 9 November - Universiti Malaysia Perlis UniMAP bakal menjadi Tuan Rumah bagi mesyuarat Council of Presidents COP

1 | P a g e KENYATAAN MEDIA UniMAP MANTAPKAN BIDANG AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN BERSAMA LUT, POLAND KANGAR, 24 November – Universiti Malaysia Perlis UniMAP mengorak langkah ke arah

UniMAP RAIH 14 PINGAT DAN 2 ANUGERAH KHAS DI SIIF 2016 KOREA Kangar, 4 Disember – Penyelidik Universiti Malaysia Perlis UniMAP merangkul 14 pingat dan 2 anugerah khas pada Pameran