• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dua pasukan UniMAP ungguli Kejohanan Tenpin Boling Terbuka UniMAP/CEN-D 2017

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Dua pasukan UniMAP ungguli Kejohanan Tenpin Boling Terbuka UniMAP/CEN-D 2017"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

KENYATAAN MEDIA

DUA PASUKAN UniMAP UNGGULI KEJOHANAN TENPIN BOLING TERBUKA UniMAP/CEN-D 2017

Subang, 18 September – Dua pasukan dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengungguli Kejohanan Tenpin Boling Terbuka UniMAP/CEN-D 2017 apabila mencatatkan jatuhan pin tertinggi keseluruhan mengatasi 55 pasukan lain yang mengambil bahagian pada kejohanan selama tiga hari yang berakhir semalam.

Dalam kejohanan tersebut, pasukan UniMAP CEN-D yang diwakili oleh Nurakmal Ramli, Mohd. Zul Fauzi Mohd. Sawal dan dan Mahadzir Ali membuat 6,321 jatuhan pin untuk muncul juara keseluruhan sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM8,000.

Pasukan UniMAP Utagha pula yang turut dibarisi oleh Nurakmal, Mohd. Zulfauzi dan Mohd. Bakri Hussin menduduki tempat kedua dengan 6,316 jatuhan pin manakala pasukan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang diwakili oleh Kang Bo Long, Wan Syahmi Razin dan Dzikri Adam di tempat ketiga dengan 6,245 jatuhan pin.

Kedua-dua pasukan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM4,000 dan RM2,000 yang disampaikan oleh Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal pada majlis penutup di Ampang Superbowl, The Summit USJ di Subang Jaya di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Minda Teguh Trading yang mengeluarkan produk kesihatan CEN-D dan merupakan penaja kejohanan, Azizi Ali serta Pengarah Pusat Sukan UniMAP, Suhizaz Sudin.

(2)

Kejohanan disertai oleh lebih 200 pemain dari 55 pasukan mengambil bahagian termasuk pasukan-pasukan ternama antaranya pasukan dari SUKMA negeri-negeri, Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Majlis Bandaraya serta pasukan dari Universiti.

Permainan adalah berkonsepkan trio di mana setiap pasukan terdiri dari tiga pemain akan mengambil bahagian dalam acara individu, berpasangan serta tiga sepasukan yang dijalankan mengikut blok-blok yang telah ditetapkan.

Pemenang keseluruhan akan dikira berdasarkan jatuhan pin tertinggi bagi kesemua acara, manakala pemenang bagi setiap kategori acara yang dipertandingkan turut menerima hadiah berasingan.

Kejohanan turut disertai oleh 30 pemain dari pasukan media yang mengambil bahagian dalam kategori jemputan khas yang berlangsung sebelum majlis penyampaian hadiah.

Mohd. Jamilul Anbia Md. Denim, dari Harian Metro mengungguli kategori media dengan jatuhan 393 jatuhan pin; Boyd Madsam dari RTM di tempat kedua dengan 360 jatuhan pin manakala Rikiman Yusof dari KOSMO di tempat ketiga dengan 349 jatuhan pin.

Dikeluarkan Oleh : Suhana Abdul Mutalib

Pensyarah IKOM merangkap Pegawai Perhubungan Media Naib Canselor ([email protected])

012-9704209

Referensi

Dokumen terkait

KENYATAAN MEDIA 31 Ogos 2016 UniMAP RAIH KEJAYAAN KAWAD HARI KEBANGSAAN DUA TAHUN BERTURUT-TURUT Kangar, 31 Ogos – Kontinjen Universiti Malaysia Perlis UniMAP menjuarai kawad

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 8 September 2016 Pusat Islam UniMAP Bakal Anjur Program Jom Baca Al Quran PAUH PUTRA, 8 September: Pusat Islam Universiti Malaysia Perlis UniMAP

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP RAIH 3 BINTANG DALAM PENILAIAN PENGURUSAN REKOD Kangar, 27 September 2016 – Universiti Malaysia Perlis UniMAP berjaya

Unit Perhubungan Media Page 1 MEDIA STATEMENT UniMAP TOPS THREE CATEGORIES IN UniMAP WOODBALL OPEN 2016 Pauh Putra, 27 September 2016 – The Universiti Malaysia Perlis UniMAP team

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP 2017 LOGO REBRANDING Kangar, March 17 - Universiti Malaysia Perlis UniMAP had launched an addition to the UniMAP logo, now bearing the

Bahagian Media UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA 16 Mei 2017 UniMAP WINS 100 PERCENT AWARDS AT ITEX 2017 Kuala Lumpur, 16 May – The Universiti Malaysia Perlis UniMAP researcher

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP SASAR 4 EMAS DI MASUM 2017 PAUH PUTRA, 3 Julai – Universiti Malaysia Perlis UniMAP mensasarkan empat pingat emas pada Karnival Sukan

BAHAGIAN MEDIA PNC KENYATAAN AKHBAR / PRESS RELEASE UniMAP KEKAL KUASA OLAHRAGA SUKUM Tanjung Malim, 30 Julai - Pasukan olahraga Universiti Malaysia Perlis UniMAP memulakan