• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pelajar PPK Mikroelektronik UniMAP raih Anugerah CAS tiga tahun berturut-turut

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Pelajar PPK Mikroelektronik UniMAP raih Anugerah CAS tiga tahun berturut-turut"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

KENYATAAN MEDIA

28 OKTOBER 2015

PELAJAR PPK MIKROELEKTRONIK UniMAP RAIH ANUGERAH CAS TIGA TAHUN BERTURUT-TURUT

Tronoh, 28 Oktober – Seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terpilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Inovasi „Circuits and Systems Society‟ (CAS) oleh Institut Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik (IEEE) Circuit and Systems Malaysia di Universiti Teknologi Petronas (UTP), di sini hari ini.

Pelajar jurusan Elektronik Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Mikroelektronik berkenaan, Muhammad Rizwan Che Noh di bawah seliaan pensyarah UniMAP, Mohd Natashah Norizan dan Ili Salwani Mohamad menerima anugerah berkenaan di majlis “2015 IEEE CAS Malaysia Chapter Hi-Tea”.

Dalam majlis yang bertemakan “Internet of Things (IoT) for Sustainable Living”

ini, Rizwan telah menerima wang tunai sebanyak RM 100 beserta sijil Anugerah Inovasi daripada IEEE CAS menerusi projeknya “Development of Samrt Cleaning System for Photovoltaic Module”.

Dua lagi pemenang yang juga telah menerima anugerah berkenaan ialah Suraya Nafila Binti Ruzaidi (UTP) dan Lee Xin Yi dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

(2)

Untuk rekod, sejak dua tahun lalu, pelajar UniMAP Leong Ming Pei dari jurusan dan PPK yang sama turut meraih anugerah itu di bawah seliaan pensyarah Siti Zarina Md Naziri dengan tajuk “Image Encyption using FPGA”

pada 2013 manakala Lim Yen Nee meraih anugerah berkenaan dengan tajuk

“FPGA Based Fisheries Monitoring System for Tilapia” pada 2014.

Anugerah Inovasi CAS oleh IEEE Circuit and Systems Malaysia itu adalah satu anugerah yang mengiktiraf tiga projek tahun akhir cemerlang dari institusi- institusi pengajian tinggi awam dan swasta dari seluruh Negara yang menerapkan unsur-unsur inovasi dalam teori dan aplikasi litar serta rekabentuk.

Selain daripada slot anugerah ini, majlis ini telah dimeriahkan lagi dengan sesi syarahan IoT daripada Professor Dr Hiroo Sekiya dari Universiti Chiba, Jepun, Ketua Pengarah Eksekutif REDtone IoT Dr Mazlan Abbas dan Professor Madya Dr. Ku Zilati Binti Ku Shaari dari UTP.

Dikeluarkan Oleh :

Aininulniza Mohd Yusof ( [email protected] ) Pegawai Perhubungan Media UniMAP

Referensi

Dokumen terkait

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP Terima 46 Buah Bas Baharu Bagi Kegunaan Pelajar PAUH PUTRA, 15 Ogos - Universiti Malaysia Perlis UniMAP menerima 46 buah bas dalam

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA Pelajar UniMAP Kekal 100 peratus Dalam Kampus Kangar, 26 Ogos – Kesemua pelajar Universiti Malaysia Perlis UniMAP akan kekal 100

Bahagian Media UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA 16 Mei 2017 UniMAP RAIH 100 PERATUS PINGAT DI ITEX 2017 Kuala Lumpur, 16 Mei – Delegasi penyelidik Universiti Malaysia Perlis UniMAP terus

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA KERJASAMA PROJEK TAHUN AKHIR PELAJAR UniMAP DENGAN KERAJAAN NEGERI PERLIS Arau, 9 November – Sebagai satu inisiatif menjayakan program

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA PROJEK BAS BALIK RAYA UniMAP HANTAR 263 PELAJAR PULANG BERAYA Pauh Putra, 13 Jun – Seramai 263 pelajar Universiti Malaysia Perlis UniMAP tidak

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA “PROJEK BAS BALIK RAYA UniMAP” PROGRAMME SENDS 263 STUDENTS HOME FOR RAYA CELEBRATION Pauh Putra, 13th June – 263 Universiti Malaysia Perlis