• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penyelidik Wanita UniMAP Teruskan Kecemerlangan di EUROINVENT 2018 di Romania

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Penyelidik Wanita UniMAP Teruskan Kecemerlangan di EUROINVENT 2018 di Romania"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA PENYELIDIK WANITA UniMAP TERUSKAN KECEMERLANGAN DI EUROINVENT

2018 DI ROMANIA

Kangar,19 Mei – Penyelidik wanita Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus cemerlang apabila mendominasi pingat emas di pameran inovasi antarabangsa „Europian Fair of Creativity and Innovation (EUROINVENT 2018) di Iasi , Romania.

Mereka adalah Prof Madya Dr Noorhafiza Muhammad menerusi penyelidikannya „Potato Starch Nano-Composites As An Alternative Materials for Coronary Stent Applications yang turut meraih Anugerah Penyelidik Wanita Terbaik EUROINVENT dan Anugerah Khas Korea,dan Dr Zarina Yahya dengan tajuk Geopolymer Underwater Concrete in Marine Construction.

Seorang lagi penyelidik wanita UniMAP yang berjaya meraih pingat emas ialah Liyana Jamaludin menerusi penyelidikan „Novel Multipurpose Geopolymer Coating for High Temperature Applications.

Ketua delegasi UniMAP, Pengurus Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CeGeoGTech) Prof Madya Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah berkata selain tiga penyelidik wanita itu, seorang lagi penyelidik UniMAP Dr Mohd Fathullah Ghazli berjaya meraih pingat emas dan Anugerah Khas Thailand dengan penyelidikan beliau, New Discovery of Sm3+ in Reducing Cost for Red Phosphor in White LED Applications.

Menurutnya, kejayaan itu begitu bermakna kepada mereka memandangkan penyertaan di EUROINVENT 2018 membabitkan lebih 500 penyelidik dari lebih 20 negara sekaligus memberi saingan hebat di pameran berkenaan.

“Lebih manis, penyelidik wanita UniMAP dapat meneruskan kecemerlangan di EUROINVENT 2018 sepertimana tahun tahun terdahulu di pameran sama,” kata beliau yang turut meraih Excellence Innovation Award (the Prestigious Activity in The Field of Innovation & Invention) dari University Politechnica of Bucharest Romania.

EUROINVENT 2018 berlangsung mulai 17 Mei lalu dan dirasmikan oleh Menteri Penyelidikan dan Inovasi Romania, Nicolae Burnette.

(2)

Unit Perhubungan Media Page 2

Terdahulu, Dr Mohd Mustafa dan seorang pensyarah CeGeoGTech, Dr Mohd Arif Anuar Mohd Salleh turut dijemput sebagai pensyarah kunjungan di Georghe Asachi Technical University of Iasi, Romania.

Beberapa topik turut dikongsi kepada pelajar pascasiswazah universiti itu seperti “Current Geopolymer Research” oleh Dr Mohd Mustafa dan “Leadfree Solder Materials” oleh Dr Mohd Arif yang merupakan sebahagian aktiviti ERASMUS.

ERASMUS merupakan program di bawah Kesatuan Eropah untuk pendidikan, latihan , belia dan sukan. Ia berlangsung selama tujuh tahun bermula 2014 hingga 2020 manakala UniMAP memperolehi program berkenaan selama empat tahun.

Dikeluarkan Oleh :

Aininulniza Mohd Yusof ( [email protected]) Pegawai Perhubungan Media UniMAP

Tel : 04-9798860

Referensi

Dokumen terkait

Walaupun wujud kajian berkaitan wanita berkerjaya, namun kajian mengenai wanita Melayu Muslim dalam industri media kreatif tidak terlalu mendapat tempat di hati para penyelidik di

Unit Media Page 1 MEDIA STATEMENT 24 August 2016 UniMAP SUKSIS CORPS RECOGNISED THE BEST IN MALAYSIA Kangar – Universiti Malaysia Perlis UniMAP Police Undergraduate Voluntary Corps

Unit Perhubungan Media Page 1 MEDIA STATEMENT 25 August 2016 80 UniMAP International Students Receive IEC Graduation Certificates Pauh Putra, 25 August – 80 Universiti Malaysia

Page 1 KENYATAAN MEDIA 1 Mac 2016 UniMAP ANJUR PERTANDINGAN TARIAN, KEBAYA TRADISIONAL Kangar,1 Mac – Bertemakan Melestarikan Tarian Tradisional Perlis, Pusat Kajian Istitusi Raja