• Tidak ada hasil yang ditemukan

Atlet UniMAP cipta kejutan raih emas olahraga IPT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Atlet UniMAP cipta kejutan raih emas olahraga IPT"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Atlet UniMAP Cipta Kejutan Raih Emas Olahraga IPT

Ditulis Oleh Aininulniza

KANGAR , 24 Mac 2022 – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mencipta kejutan apabila meraih pingat emas acara 200 meter menerusi Mohamad Raimi Mustaffa Kamal sekaligus menumpaskan atlet-atlet elit kebangsaan di Kejohanan Olahraga Institut Pengajian Tinggi (IPT) Sirkit 1 2022, baru-baru ini.

Kejuaraan pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik (FTKE) UniMAP itu dalam acara berkenaan dengan catatan masa 22.2s manakala atlet Universiti Putra Malaysia (UPM) Muhammad Saiful Safwan Saifuddin memperoleh perak dengan catatan masa 22.24s dan pingat gangsa buat Muhammad Aqil Yasmin dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan catatan masa 22.31s.

Mohamad Raimi berkata walaupun pesaingnya adalah daripada kalangan atlet kebangsaan namun tidak mematahkan semangat beliau untuk melakukan yang terbaik berbekalkan semangat jurulatih dan keluarga.

“Sebelum ini saya dan rakan-rakan atlet berdepan cabaran seperti tidak dapat menggunakan trek untuk menjalani latihan berikutan pandemik selain saya juga diuji dengan COVID-19 menyebabkan saya terpaksa berkuarantin selama 14 hari dan hanya mampu menjalani latihan ringan sahaja di rumah.

“Saya juga hanya sempat membuat persiapan dalam lima hari sahaja berikutan kecederaan

‘hamstring’ tetapi saya percaya dapat melakukannya dengan baik sekaligus mampu menyumbang pingat emas kepada universiti,” ujarnya.

Selain Mohamad Raimi, dua emas UniMAP lagi disumbangkan oleh Teoh Kim Chyi menerusi acara 800 meter wanita dan acara 400 meter wanita.

Tambah Mohamad Raimi, beliau meletakkan sasaran untuk melayakkan diri ke Sukan Universiti Dunia di China pada Jun ini serta Sukan Asia, justeru beliau akan memberi tumpuan terhadap program latihan yang diberikan jurulatihnya, Muhammad Idris Zakaria yang juga kakitangan UniMAP.

Sementara itu, Naib Canselor UniMAP, Prof Ts. Dr Zaliman Sauli berkata pasukan UniMAP berjaya membawa pulang tiga emas, dua perak dan satu gangsa sekaligus meletakkan UniMAP di kedudukan ke-3 keseluruhan kejohanan berkenaan yang diadakan di Kompleks Sukan Negeri Johor.

Ujarnya, prestasi pasukan olahraga UniMAP amat membanggakan UniMAP dan berharap momentum berkenaan dikekalkan sekaligus mendominasi kejohanan berkenaan di masa akan datang.

(2)

“Saya percaya walaupun bukan dalam kalangan atlet kebangsaan, namun hasil latihan yang baik daripada jurulatih berpengalaman UniMAP dapat mencipta lebih banyak kejutan selepas ini,” kata beliau.

Kejohanan Olahraga IPT 2022 Sirkit yang bermula Jumaat lalu sehingga 20 Mac itu menyaksikan seramai 244 atlet yang mewakili 26 IPT menyertai 25 acara dipertandingkan.

Referensi

Dokumen terkait

1 Unit Media KENYATAAN MEDIA UniMAP RAIH KEJAYAAN 100 PERATUS DI MTE 2017 Kuala Lumpur, 18 Februari – Universiti Malaysia Perlis UniMAP berjaya meraih kejayaan 100 peratus pada

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 11 Ogos 2016 UniMAP TAMBAH KOLEKSI KUTIPAN PINGAT EMAS SUKUM 2016 Nilai, 11 Ogos – Universiti Malaysia Perlis UniMAP terus melakar

KENYATAAN MEDIA 31 Ogos 2016 UniMAP RAIH KEJAYAAN KAWAD HARI KEBANGSAAN DUA TAHUN BERTURUT-TURUT Kangar, 31 Ogos – Kontinjen Universiti Malaysia Perlis UniMAP menjuarai kawad

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP SASAR 4 EMAS DI MASUM 2017 PAUH PUTRA, 3 Julai – Universiti Malaysia Perlis UniMAP mensasarkan empat pingat emas pada Karnival Sukan

Unit Perhubungan Media Page 2 Ujarnya lagi, kemenangan ini bertambah manis apabila empat produk UniMAP yang meraih pingat emas dan dua produk pingat perak turut terpilih untuk tujuh