• Tidak ada hasil yang ditemukan

UniMAP sasar 10 emas di SUKIPT 2016

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "UniMAP sasar 10 emas di SUKIPT 2016"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

[Type text] [Type text] [Type text]

KENYATAAN MEDIA 20 Januari 2016

UniMAP Sasar 10 Emas di SUKIPT 2016

KANGAR, 20 Januari— Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mensasarkan 10 pingat emas pada Sukan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SUKIPT) 2016 yang bakal berlangsung pada 25 Januari hingga 5 Februari 2016 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor.

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin berkata, sasaran tersebut ditetapkan dalam usaha mengekalkan pencapaian dengan memperoleh tempat 10 terbaik pada SUKIPT 2014 lalu.

“Pada tahun 2014 lalu, kita meraih kedudukan keempat keseluruhan dan pada penyertaan kali ini saya mengharapkan UniMAP dapat mengekalkan kedudukan atau memperbaiki kedudukan yang lebih baik lagi pada kejohanan kali ini.

“Saya percaya kita akan mampu mencapai sasaran 10 pingat emas, sembilan perak dan lapan gangsa sekiranya para atlet berusaha sehabis baik,”katanya ketika berucap pada majlis Penyerahan bendera Kontinjen UniMAP ke SUKIPT 2016 di Kampus Kubang Gajah UniMAP, di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Dato’.

Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan dan Pengarah Pusat Sukan UniMAP, merangkap Ketua Kontinjen SUKIPT UniMAP 2016, Suhizaz Sudin.

Ujar beliau , antara acara yang disasarkan menjadi penyumbang emas ialah Karate Do, Olahraga, Bola Tampar Pantai dan Petanque.

(2)

[Type text] [Type text] [Type text]

“Kita akan menyertai 10 acara daripada 25 acara yang dipertandingkan dan UniMAP menghantar kontinjen seramai 132 orang atlit termasuk pegawai yang bakal menggalas cabaran SUKIPT 2016 kali ini.

“Saya yakin, semua atlet telah melakukan persedian yang tebaik dan bersedia untuk mengharumkan nama universiti pada kejohanan kali ini,”katanya.

Antara acara yang akan disertai UniMAP adalah Bola Baling (L), Boling Padang,Karate Do, Silat, Taekwando, Tenis,Petanque, Olahraga, Memanah dan Bola Tampar Pantai

Untuk rekod, pada SUKIPT 2014 yang diadakan di Universiti Teknologi MARA lalu, UniMAP berjaya mengutip 15 emas, enam perak dan lapan gangsa bagi meraih tempat keempat keseluruhan.

Dikeluarkan Oleh :

Mohd Basri Basir ([email protected]) Penolong Pegawai Perhubungan Media UniMAP

Referensi

Dokumen terkait

UniMAP Perbaiki Kedudukan Dalam QS University Rankings: Asia 2016 Kangar, 15 Jun – Universiti Malaysia Perlis UniMAP terus memperbaiki kedudukan dalam kajian QS University Rankings:

Unit Perhubungan Media Page 1 MEDIA STATEMENT 11 August 2016 UniMAP EXPANDS COLLECTION OF SUKUM 2016 GOLD MEDALS Nilai, 11 August – Universiti Malaysia Perlis UniMAP continues its

1 SIARAN MEDIA PENERBIT UniMAP BAKAL LANCAR BUKU DI PESTA BUKU ANTARABANGSA INDONESIA 2016 Kangar, 27 September 2016 - Penerbit Universiti Malaysia Perlis UniMAP buat julung

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP Raih Tempat Ketiga Pesta Pantun Terbuka Perlis KANGAR, 30 September 2016 - Wakil Universiti Malaysia Perlis UniMAP berjaya meraih

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP Tuan Rumah COP 2016 KANGAR, 9 November - Universiti Malaysia Perlis UniMAP bakal menjadi Tuan Rumah bagi mesyuarat Council of Presidents COP

UniMAP SCORES 14 MEDALS AND 2 SPECIAL AWARDS AT SIIF 2016 KOREA Kangar, 4 December – Universiti Malaysia Perlis UniMAP researchers won 14 medals and two special awards at the Seoul

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA Atlet UniMAP gondol 13 pingat di Kejohanan Karate-do terbuka 2017 Kangar, 9 Mac – 12 atlet Karate Universiti Malaysia Perlis UniMAP telah berjaya

UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA PENSYARAH UniMAP TERPILIH PROGRAM CSR SAINS PENGKOMPUTERAN Kangar, 10 Januari – Tiga pensyarah Universiti Malaysia Perlis berjaya terpilih sebagai