• Tidak ada hasil yang ditemukan

UniMAP raih 100 peratus pingat di ITEX 2016

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "UniMAP raih 100 peratus pingat di ITEX 2016"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA

14 Mei 2016 UniMAP RAIH 100 PERATUS PINGAT DI ITEX 2016

Kuala Lumpur, 14 Mei – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) merangkul seratus peratus pingat pada 27th International Innovation Exhibition 2016 (ITEX’16) yang berlangsung bermula 12 hingga 14 Mei 2016 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

Menurut Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal jumlah peratusan pingat emas yang dicapai pada tahun ini adalah lebih baik berbanding tahun lepas iaitu 46 peratus bagi tahun 2016 berbanding 30 peratus pada tahun 2015.

“Berlaku peningkatan sebanyak 16 peratus bagi pingat emas yang diraih oleh penyelidik UniMAP dan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi kami di UniMAP,” katanya ketika dihubungi selepas pengumuman keputusan pingat ITEX’16.

UniMAP telah menghantar 15 produk dan berjaya meraih tujuh pingat emas, enam perak dan dua gangsa.

(2)

Unit Perhubungan Media Page 2 Ujarnya lagi, kemenangan ini bertambah manis apabila empat produk UniMAP yang meraih pingat emas dan dua produk pingat perak turut terpilih untuk tujuh anugerah khas yang disampaikan pada Malam Budaya Cipta yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental malam tadi.

Selain meraih pingat emas, produk Hybrid Fiber – Wireless (FI-WI) System Using Flexible Cross Correlation (FCC) Code For Future Access Networks oleh Dr. Mohd Rashidi Che Beson turut terpilih untuk menerima dua anugerah khas masing-masing dari Asia Invention Association dan Korea Invention Academy.

Produk MEMS Structure Realization Using KRF Excimer Laser Micromaching oleh Prof Madya Dr. Yufridin Wahab juga meraih anugerah khas dari Asia Invention Association.

Manakala produk penyelidikan Dr. Mohd Zakimi Zakaria bertajuk Stance Wheel Innovation of Supporter Chair for Disable Patient pula meraih anugerah khas dari Korea Invention Academy.

Produk hasil penyelidikan Dr. Muzamir Isa bertajuk Wireless Inductive Coil Sensor Based On Abs Material For Smart On-Line Partial Discharge Detection In High Voltage Power Cable menerima anugerah khas dari Taipie International Invention Show and Technomart (INST).

Walaupun meraih pingat perak, produk penyelidikan Dr Sam Sung Ting yang bertajuk EcoMulch Film turut juga menerima anugerah khas dari pihak Korea Invention Academy. Manakala produk penyelidikan bertajuk ZNODE: Novel Natural Dye DSSC From Fruit Mixtures For Nature’s Energy Conversion oleh Ili Salwani Mohamad pula berjaya meraih anugerah khas dari Association of Polish Inventions and Rationalizers.

ITEX’16 mempamerkan lebih 1000 penyelidikan oleh penyelidik universiti, pusat penyelidikan dalam dan luar Negara, sekolah rendah dan menengah, termasuklah sektor swasta dari 22 negara antaranya China, Jerman, Hong Kong, Indonesia, Iraq, Korea, Oman, Filipina, Poland, Rusia, Arab Saudi, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat, Vietnam, Malaysia dan banyak lagi.

(3)

Unit Perhubungan Media Page 3 Turut diadakan adalah Malaysian Young Inventors Exhibition (MYIE) yang menjadi platform kepada 152 penyelidik muda Negara untuk mempamerkan hasil penyelidikan mereka. Malah penyelidik muda ini juga turut berpeluang untuk bersaing dengan penyelidik muda antarabangsa melalui Asian Young Inventors Exhibition (AYIE).

ITEX’16 dibuka untuk dilawati orang ramai bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang (12 dan 13 Mei 2016) dan 9 pagi hingga 2 petang (14 Mei 2016).

Dikeluarkan Oleh : NURUL AIDA OTHMAN

Unit Perhubungan Media UniMAP ([email protected])

Referensi

Dokumen terkait

“SIIF 2015 merupakan antara pameran penyelidikan berprestij yang menghimpunkan lebih 400 produk penyelidikan dari seluruh dunia dan kejayaan meraih 100 peratus pingat amatlah

1 Unit Media KENYATAAN MEDIA UniMAP RAIH KEJAYAAN 100 PERATUS DI MTE 2017 Kuala Lumpur, 18 Februari – Universiti Malaysia Perlis UniMAP berjaya meraih kejayaan 100 peratus pada

Bagi acara bola tampar pula, UniMAP berjaya meraih mata bagi perlawanan pertama apabila pasukan bola tampar lelaki menundukkan pasukan tuan rumah Universiti Sains Islam Malaysia USIM

Sungguhpun begitu, ujar beliau, barisan atlit UniMAP berjaya memenangai dua pingat emas iaitu menerusi kategori lelaki dan wanita senior dan lebih membanggakan, UniMAP mengungguli

UniMAP SCORES 14 MEDALS AND 2 SPECIAL AWARDS AT SIIF 2016 KOREA Kangar, 4 December – Universiti Malaysia Perlis UniMAP researchers won 14 medals and two special awards at the Seoul

[Type text] [Type text] [Type text] KENYATAAN MEDIA 20 Januari 2016 UniMAP Sasar 10 Emas di SUKIPT 2016 KANGAR, 20 Januari— Universiti Malaysia Perlis UniMAP mensasarkan 10 pingat

EREKA 2016 menyaksikan sebanyak 154 produk telah terpilih meraih pingat dengan komposisi 62 pingat emas, 51 perak dan 41 gangsa dari 193 produk penyelidikan yang telah mengambil

“Dalam langkah untuk mencapai apa yang sasarkan oleh kerajaan dalam Pelan Transformasi Ekonomi dan Model Ekonomi Baharu yang menetapkan cabaran istimewa kepada rakyat terutamanya remaja