• Tidak ada hasil yang ditemukan

UniMAP cemerlang 100 peratus di PECIPTA 2019 UTHM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "UniMAP cemerlang 100 peratus di PECIPTA 2019 UTHM"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

KENYATAAN MEDIA

UniMAP CEMERLANG 100 PERATUS DI PECIPTA 2019 UTHM

Kangar, 23 Sept – Produk penyelidikan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya memperolei pencapaian cemerlang seratus peratus pingat di

Persidangan dan Ekspo Antarabangsa Ciptaan Institut Pengajian Tinggi (PECIPTA) 2019 yang berlangsung di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Lebih manis, penyelidikan tiga penyelidik UniMAP berjaya meraih pingat emas di pertandingan itu iatu Prof Madya Dr Midhat Nabil Ahmad Salimi dengan produk Downflow Gas Contactor (DGC) Reactor : Environmental Green Technology Device, Dr Alida Abdullah dengan Fly Ash Lightweight Geopolymer Aggregate (LIGA) dan Muhamad Izuan Fahmi Romli dengan produk Green Electric Vehicle (EV) Using Supercapator As Main Energy Source.

Naib Canselor UniMAP Prof Ir Ts Dr R Badlishah Ahmad berkata lebih membanggakan produk penyelidik wanita, Dr Alida turut meraih Anugerah Khas di pameran persidangan itu yang bermula 22 hingga 23 September.

Katanya, produk Dr Alida itu dihasilkan dengan kaedah pemprosesan suhu yang rendah dan memperoleh sifat mekanikal yang sangat baik serta nilai kekonduksian haba yang rendah.

“Ia adalah bahan binaan ringan yang mampu mengurangkan pemindahan haba dan ia adalah ciri penting dalam penyediaan keadaan selesa samada seseorang itu tidak merasa terlalu panas atau terlalu sejuk dalam sesuatu bangunan,” kata beliau ketika dihubungi, hari ini.

Selain tiga pingat emas berkenaan, 12 penyelidik UniMAP yang lain turut berjaya meraih pingat perak dan satu pingat gangsa di pameran tahunan itu.

Tambah beliau, delegasi penyelidik UniMAP yang diketuai Timbalan Pengarah Pusat Pengkomersilan Harta Intelek (CIPC) UniMAP

mempertandingkan 15 produk penyelidikan di PECIPTA 2019.

(2)

“Kesemua penyelidik tidak pulang dengan tangan kosong sekaligus menjadikan ia kejayaan cemerlang seratus peratus UniMAP,” katanya.

PECIPTA merupakan pameran dwitahunan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama rakan institusinya sejak 2011 secara bergilir.

Bagi penganjuran kali ini, UTHM terpilih sebagai tuan rumah membawa tema “Innovation Beyond Imagination” dengan penyertaan lebih 500 produk penyelidikan dan inovasi dari pelbagai institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Dikeluarkan Oleh : Bahagian Media

Unit Komunikasi Korporat Universiti Malaysia Perlis

Referensi

Dokumen terkait

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 14 Oktober 2016 UniMAP Johan Pertandingan Projek Penyelidikan Inovasi Nanoteknologi PIN Kangar, 14 Oktober: Universiti Malaysia Perlis UniMAP

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP RAIH 3 BINTANG DALAM PENILAIAN PENGURUSAN REKOD Kangar, 27 September 2016 – Universiti Malaysia Perlis UniMAP berjaya

1 | P a g e KENYATAAN MEDIA UniMAP MANTAPKAN BIDANG AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN BERSAMA LUT, POLAND KANGAR, 24 November – Universiti Malaysia Perlis UniMAP mengorak langkah ke arah

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA Atlet UniMAP gondol 13 pingat di Kejohanan Karate-do terbuka 2017 Kangar, 9 Mac – 12 atlet Karate Universiti Malaysia Perlis UniMAP telah berjaya

Bahagian Media UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA 16 Mei 2017 UniMAP WINS 100 PERCENT AWARDS AT ITEX 2017 Kuala Lumpur, 16 May – The Universiti Malaysia Perlis UniMAP researcher

UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA PENSYARAH UniMAP TERPILIH PROGRAM CSR SAINS PENGKOMPUTERAN Kangar, 10 Januari – Tiga pensyarah Universiti Malaysia Perlis berjaya terpilih sebagai

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA ASG 2017 CELEBRATES 164 EXCELLENT STAFF AT UniMAP Kangar, March 29- 164 Universiti Malaysia Perlis UniMAP staff were celebrated in the

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 14 May 2016 UniMAP SCORES 100 PERCENT OF AWARDS AT ITEX 2016 Kuala Lumpur, 14 May – Universiti Malaysia Perlis UniMAP swept up the