Analisis Kesalahan Bahasa dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu Murid Sekolah Menengah
(Analysis of Language Errors in Secondary School Students’ Malay Essay Writing)
Chintela Tenggok1*, Nor Azwahanum Nor Shaid2
1 SMK Asyakirin Bintulu, Sarawak, Malaysia
2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia
*Pengarang Koresponden: [email protected]
Accepted: 15 March 2023 | Published: 31 March 2023
DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.27
_________________________________________________________________________________________
Abstrak: Kesalahan bahasa dalam penulisan karangan amat tidak asing dalam kalangan murid lebih-lebih lagi murid bukan penutur natif bahasa Melayu. Seramai 28 orang murid Iban tingkatan dua dari sebuah sekolah di Bintulu telah dipilih menggunakan persampelan rawak mudah. Dalam kajian ini, responden diminta untuk melengkapkan karangan naratif selama 45 minit. Hasil dapatan menunjukkan kesalahan aspek tanda baca seperti penggunaan tanda baca nokhtah dan koma pada tempat yang tidak tepat dalam ayat merupakan kesalahan yang paling tinggi dilakukan oleh responden yang terlibat. Kesalahan lain yang telah dikenal pasti adalah penggunaan imbuhan yang kurang tepat berdasarkan frasa yang ditulis. Secara keseluruhan, hasil kajian mendapati penulisan karangan bahasa Melayu murid Iban adalah pada tahap yang kurang memberangsangkan dan perlu digarap dengan lebih baik lagi. Oleh hal yang demikian, guru bahasa Melayu khususnya memainkan peranan yang amat penting agar murid dapat menguasai kemahiran menulis dengan lebih baik dengan menitik berat asas kemahiran menulis.
Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran kelemahan penulisan karangan bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan penutur natif bahasa Melayu.
Kata kunci: kesalahan bahasa, penulisan, karangan, sekolah menengah, penutur natif
Abstract: Language errors in writing essays are very common among students, especially students who are not native Malay speakers. A total of 28 second-grade Iban students from a school in Bintulu were selected using simple random sampling. In this study, respondents were asked to complete a narrative essay for 45 minutes. The results of the findings show that errors in aspects of punctuation such as the use of punctuation marks and commas in the wrong places in sentences are the highest errors committed by the respondents involved. Another error that has been identified is the use of less accurate affixes based on written phrases. Overall, the results of the study found that the writing of Malay language essays by Iban students is at a less encouraging level and needs to be worked on even better. Therefore, Malay teachers in particular play a very important role so that students can master writing skills better by emphasizing the basics of writing skills. The results of this study are expected to provide an overview of the weakness of Malay language essay writing among students who are not native Malay speakers.
Keywords: language errors, writing, essays, high school, native speakers
1. Pendahuluan
Kemahiran menulis adalah asas kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Kemahiran menulis dapat didefinisikan sebagai keupayaan seseorang murid untuk menulis dan menterjemahkan idea dalam pelbagai jenis penulisan. Oleh hal yang demikian, kemahiran menulis haruslah memberi penekanan terhadap beberapa aspek seperti ayat yang ditulis mestilah gramatis, penggunaan tanda baca dan ejaan yang betul, serta yang turut diberi penekanan adalah tulisan murid mestilah jelas dan kemas.
Abdul Rasid, Shamsudin, Azhar dan Juanes (2016) menjelaskan bahawa kemahiran menulis merupakan satu kemahiran bahasa yang sukar untuk dikuasai oleh murid kerana mereka perlu menggunakan aspek kognitif, iaitu kemampuan berfikir untuk menjana idea seterusnya menterjemahkannya di atas kertas. Perkara ini disokong oleh Che Zanariah dan Fadzilah (2011) yang menyatakan bahawa selain aspek bahasa yang betul, murid harus mempunyai pengetahuan yang mencukupi bagi membolehkan mereka mengeluarkan idea untuk menghasilkan penulisan yang menarik.
Kemahiran menulis karangan dalam kalangan murid amat penting kerana dengan menulis, murid-murid akan dilatih untuk melahirkan idea dan berhujah serta mengembangkan idea secara berterusan. Pada masa yang sama, kemahiran ini juga akan melatih murid-murid untuk mengembangkan karangan dengan menggunakan pemerengganan yang betul dan tersusun.
Sekiranya murid dapat menguasai kemahiran penulisan karangan, secara tidak langsung mereka akan dapat menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan jenis karangan yang dikehendaki. Dalam kajian ini, karangan yang dianalisis adalah karangan berbentuk terbuka, iaitu karangan naratif.
2. Ulasan Kajian Lepas
Kajian yang dijalankan oleh Anne Jeffrey dan Saidatul Nornis (2020) meneliti kepekaan murid- murid tingkatan empat di sekolah menengah luar bandar Daerah Tuaran, Sabah terhadap penggunaan tanda koma dan noktah dalam karangan. Kajian mendapati terdapat 66 daripada 70 hasil karangan murid sukar dibaca lantas mempengaruhi keseluruhan impresi terhadap karangan yang ditulis kerana murid tidak menggunakan tanda baca koma dan nokhtah dengan betul dalam penulisan karangan mereka. Hasil kajian merekodkan sebanyak 299 kesalahan yang melibatkan 196 kesalahan tanda baca koma dan 103 kesalahan tanda baca noktah. Hal ini jelas menunjukkan kelemahan penguasaan penggunaan tanda baca nokhtah dan tanda baca koma dalam kalangan murid masih berada pada tahap yang membimbangkan.
Yong Chyn Chye dan Vijayaletchumy (2012) telah menjalankan kajian bagi mengenal pasti kesilapan leksikal dan mengklasifikasikan jenis kesalahan dalam aspek fonologi yang dilakukan oleh pelajar asing dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing di Universiti Multimedia, Cyberjaya. Dalam kajian ini, ujian pemerhatian selama lapan minggu telah dilaksanakan dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian mendapati 182 kes kesilapan ortografi/ejaan. Analisis mendapati kesilapan yang dilakukan adalah berbeza antara pelajar mengikut latar belakang demografi, khasnya negara asal dan bahasa ibunda. Kajian ini membuktikan bahawa pelajar yang berbeza bangsa memerlukan penekanan atau bimbingan yang berbeza dalam pembelajaran bahasa Melayu.
Selain itu, Norsimah, Nadzrah dan Nor Hashimah (2012) contohnya, telah menjalankan kajian terhadap murid pelbagai kaum seperti, kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain di beberapa buah negeri di Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak. Kajian ini melihat kepada aspek pengungkapan idea dalam penulisan karangan bahasa Melayu murid bukan penutur natif.
Hasil penelitian daripada beberapa kajian tersebut menunjukkan, murid bukan penutur natif mempunyai masalah dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Selain itu, kajian Christine dan Zamri (2018) serta Nancy dan Zamri (2017), merumuskan bahawa tahap penguasaan bahasa Melayu murid peribumi Sarawak terutamanya dalam aspek penulisan karangan berada pada tahap yang kurang memuaskan. Mereka menyatakan, secara umumnya penguasaan bahasa Melayu murid bukan Melayu masih berada pada tahap yang rendah lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah.
Terdapat juga murid yang gagal menguasai kemahiran asas menulis dan menyebabkan mereka tidak dapat menyiapkan sesuatu latihan penulisan karangan dengan baik. Keadaan ini mengakibatkan murid tidak memahami kehendak soalan seterusnya tidak mampu menghasilkan karangan dengan baik Berdasarkan dapatan kajian oleh Alhaadi dan Zaitul Azma ( 2018), Wan Muna et al. (2018), Nur Eliani dan Che Ibrahim (2017) serta Nor Hashimah &
Adriana Santa (2016), murid bukan penutur natif kerap melakukan kesalahan tatabahasa khususnya dalam aspek penggunaan imbuhan semasa menulis karangan. Selain itu, murid juga tidak menguasai aspek kohesi (tautan) dan koheran (runtutan) dalam penulisan karangan.
3. Pernyataan Masalah
Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran bahasa yang perlu dikuasai sejak dari sekolah rendah (Abdul Rasid, 2011). Namun hal yang demikian, masih terdapat murid yang lemah dalam penulisan karangan. Menurut Siti Faridah dan Fadilah Isnin (2016), perkara ini berlaku ekoran daripada masalah murid yang lemah untuk menyampaikan sesuatu maksud dalam bentuk yang tidak literal. Kelemahan ini paling ketara terutamanya dalam kalangan murid bukan penutur natif Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana proses untuk mempelajari Bahasa Melayu bukanlah suatu proses yang mudah terutamanya kepada murid yang jarang bertutur dalam bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan harian (Angela & Zamri, 2019).
Awang Sariyan (1996) berpendapat daripada kaca linguistik murni, tidak ada istilah ‘bahasa yang betul’ dan ‘bahasa yang salah’ kerana yang ada ialah pelbagai ragam bahasa yang digunakan menurut konteks tertentu oleh pengguna tertentu disebabkan pelbagai pengaruh seperti pendidikan, pekerjaan, kelas sosial dan umur. Oleh itu, istilah ‘bahasa yang betul’ dan
‘bahasa yang salah’ mestilah dilihat dari sudut pandangan yang tepat. Menurut beliau lagi, masalah kesalahan bahasa perlulah dibaiki kerana tuntutan zaman menjadikan bahasa Melayu perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi daripada bahasa-bahasa moden lain di dunia untuk menjadi alat komunikasi maju dan alat pembinaan budaya tinggi. Meskipun bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan, namun kedudukan ini masih lagi tergugat dengan kesalahan penggunaan dari segi bahasa.
Nik Safiah Karim (1992) menyatakan bahawa pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa Melayu yang salah pada peringkat formal iaitu apabila bahasa itu digunakan untuk tontonan atau pendengaran ramai (the public use of language) seperti dalam siaran-siaran radio dan televisyen, iklan-iklan, di papan kenyataan, dalam arahan-arahan serta nama kedai dan bangunan, dan juga dalam sari kata di panggung-panggung. Beliau juga menambah bahawa implikasi yang menakutkan ialah bahawa dengan membiarkan kesalahan-kesalahan ini terus
berlaku, secara yang paling sistematis kita sedang dalam proses menghasilkan generasi yang akan menggunakan bahasa Melayu yang salah.
Long (1990) telah mendefinisikan kesalahan bahasa sebagai bentuk-bentuk pertuturan yang menyimpang atau menyalahi bentuk-bentuk pertuturan penutur jati. Kesalahan ini meliputi semua aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan, sebutan, penggunaan perkataan, istilah, dan sebagainya. Kenyataan bahawa kesalahan bahasa merupakan fenomena biasa yang terjadi kepada penutur sama ada penutur asli atau sebaliknya kerana pengetahuan bahasa seseorang sentiasa berkembang sejak dia mula tahu bertutur sehinggalah ke akhir hayatnya dikemukan oleh Corder (1981) berkaitan dengan kesalahan bahasa. Selain itu, S. Nathesan (2010) telah menyatakan bahawa kesalahan bahasa berlaku dalam pelbagai aspek seperti kesalahan sebutan, ejaan, sebutan, perkataan, frasa, ayat, dan makna.
4. Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:
i. Mengenal pasti kesalahan bahasa dalam penulisan karangan bahasa Melayu dalam kalangan murid Iban.
ii. Mengenal pasti faktor ketidakcekapan penulisan karangan bahasa Melayu dalam kalangan murid Iban.
5. Persoalan Kajian
Kajian ini mengemukakan tiga persoalan kajian seperti berikut:
i. Apakah aspek kesalahan bahasa dalam penulisan karangan yang dilakukan oleh murid Iban dalam penulisan karangan bahasa Melayu?
ii. Apakah faktor ketidakcekapan penulisan karangan bahasa Melayu yang dilakukan oleh murid Iban dalam penulisan karangan bahasa Melayu?
6. Dapatan Kajian
Jadual 1: Demografi responden
Jantina Kekerapan Peratusan (%)
Lelaki 12 43
Perempuan 16 57
Jumlah 28 100
Dalam kajian ini, seramai 28 orang responden telah terlibat. Responden terdiri daripada murid tingkatan dua yang berbangsa Iban dari sebuah sekolah menengah di daerah Bintulu.
Responden lelaki yang terlibat adalah seramai 12 orang bersamaan 43 peratus manakala responden perempuan adalah seramai 16 orang iaitu sebanyak 57 peratus. Seterusnya tahap minat responden dinilai menggunakan skala likert 1 hingga 5, iaitu 1-Sangat Tidak Minat (STM), 2-Tidak Minat (TM), 3-Kurang Minat (KM), 4-Minat(M) dan 5-Sangat Minat (SM).
Jadual 2: Tahap minat responden terhadap penulisan karangan bahasa Melayu
Tahap Minat Jumlah Peratusan (%)
Sangat Tidak Minat 0 0
Tidak Minat 2 7
Kurang Minat 7 25
Minat 17 61
Sangat Minat 2 7
Jumlah 28 100
Berdasarkan Jadual 2, seramai 17 orang bersamaan 61 peratus memilih “minat” menulis karangan bahasa Melayu dan hanya dua responden memilih “sangat minat” menulis karangan bahasa Melayu. Tujuh orang responden memilih “tidak minat” menulis karangan bahasa Melayu manakala dua orang murid “tidak minat” menulis karangan bahasa Melayu.
Kesalahan Aspek Ortografi
Aspek ortografi merupakan salah satu aspek penulisan yang dapat mengesan kemahiran menulis murid. Hal ini disokong oleh Dorkas Epa (2018), yang menyatakan bahawa kesalahan ortografi akan mengubah makna sesuatu perkataan. Kajian ini melihat kepada tiga aspek ortografi iaitu sistem ejaan, penggunaan huruf besar dan kecil serta penggunaan tanda baca dalam penulisan karangan.
Jadual 3: Jenis kesalahan aspek ortografi
Jenis kesalahan Kekerapan Kesalahan Peratusan (%)
Ejaan 49 25.52
Huruf besar/kecil 63 32.81
Tanda baca 80 41.67
Jumlah 192 100
Hasil kajian mendapati sejumlah 192 kesalahan ortografi yang merangkumi tiga sapek, iaitu kesalahan ejaan, kesalahan penggunaan huruf besar dan kecil serta kesalahan penggunaan tanda baca telah dikenal pasti dalam penulisan karangan responden. Jadual 3 menunjukkan kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh responden merupakan kesalahan penggunaan tanda baca yang mencatatkan 80 kesalahan, iaitu 41.67 peratus. Kesalahan aspek ini seterusnya diikuti kesalahan penggunaan huruf besar dan kecil, iaitu sebanyak 63 kesalahan bersamaan 32.81 peratus. Kesalahan yang paling kurang dilakukan adalah kesalahan ejaan, iaitu sebanyak 49 kesalahan (25.52 peratus).
Kesalahan ejaan
Jadual 4: Kesalahan ejaan
Responden Kesalahan ejaan Jenis kesalahan
R3
Tingal
Pengguguran huruf dalam perkataan Bersambun
Bersimbang
Pertukaran huruf dengan huruf lain Watuk
Tepenrangkap
R12
Menigalkan
Pengguguran huruf dalam perkataan Ruma
Perkerjaan Penambahan huruf dalam perkataan
Tv Menggunakan singkatan
R16
Adiku
Pengguguran huruf dalam perkataan Menelfon
Kesimpulanya
Hasil analisis terhadap karangan mendapati terdapat tujuh orang responden yang telah melakukan kesalahan ejaan. Berdasarkan jadual di atas, kesalahan ejaan yang dilakukan responden dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu pengguguran huruf dalam perkataan, penambahan huruf dalam perkataan dan pertukaran huruf dengan huruf lain. Analisis menunjukkan R3 melakukan kesalahan ejaan yang paling kerap, iaitu sebanyak tujuh kesalahan ejaan berbanding responden yang lain.
Antara kesalahan ejaan yang dilakukan oleh Responden 12 adalah perkataan “menigalkan”
yang seharusnya dieja “meninggalkan”, perkataan “rumah” yang mengalami pengguguran huruf dan telah dieja sebagai “ruma”, perkataan “pekerjaan” yang telah ditambah huruf menjadi
“perkerjaan” dan ejaan “televisyen” yang telah disingkatkan menjadi “tv”. Kesalahan ejaan akibat pertukaran huruf dengan huruf lain pula dilakukan secara kerap oleh Responden 5.
Kesalahan ejaan yang dilakukan adalah “kebederaan” yang seharusnya dieja “keberadaan”, ejaan “pingsan” lebih tepat adalah “pengsan”, dan ejaan “teruk” yang dieja “terok”.
Kesalahan penggunaan huruf besar dan kecil
Jadual 5: Kesalahan penggunaan huruf besar dan kecil
Responden Kesalahan penggunaan Jenis kesalahan
R1
ariell Huruf kecil - Kata nama khas
seharusnya ditulis dengan menggunakan huruf besar.
“ell. tolong lah jangan egois aku sudah…
“aku tahu diriku tidak patut membuat dirimu begitu.
aku berjanji tidak akan mengulanginya lagi” Menggunakan huruf kecil ketika memulakan ayat.
R16
kemudian, Sudah lama ku menunggu ibu dan ayah, saya cuba untuk menelfon …
Penggunaan huruf kecil pada awal ayat dan huruf besar dalam ayat.
aku tidak ingin memberitahu kepada adik-adiku kerana tidak ingin mereka merasa sedih.
Penggunaan huruf kecil pada awal ayat.
Ayah saya sedang mengulang kaji untuk berusaha dalam ujian spm.
Penggunaan huruf kecil bagi kata nama khas.
Berdasarkan analisis terhadap karangan responden yang terlibat, rata-rata responden melakukan kesalahan penggunaan huruf besar dalam ayat dan menggunakan huruf kecil untuk memulakan ayat. Hanya dua orang responden yang menggunakan huruf kecil untuk menulis kata nama khas, iaitu Responden 1 yang menulis nama orang sebagai “ariell” dan “ell” dan Responden 19 menulis “spm” yang seharusnya menulis akronim tersebut menggunakan huruf besar, iaitu “SPM” yang merujuk kepada Sijil Pelajaran Malaysia. Hasil analisis terhadap karangan Responden 4 mendapati responden ini paling ketara kesalahannya menggunakan huruf besar dan kecil dalam penulisan karangan. Selain daripada kesalahan penggunaan huruf besar dan kecil, responden ini turut menunjukkan kelemahan dari segi ejaan, penggunaan tanda baca dan struktur ayat. Hal ini dapat dilihat seperti dalam Rajah 1 di bawah.
Rajah 1: Karangan Responden 4
Antara kesalahan penggunaan huruf kecil pada awal ayat oleh responden adalah seperti:
a) “aku tahu diriku tidak patut membuat dirimu begitu. aku berjanji tidak akan mengulanginya lagi”
b) “ell. tolong lah jangan egois aku sudah menyesal tentang perbuatan ku itu” kata Athan c) “aku pamit. maaf kerana …”
Kesalahan penggunaan tanda baca
Jadual 7: Kesalahan penggunaan tanda baca
Responden Kesalahan penggunaan Pembetulan
R11 … aku membelikan permainan untuk kucing itu yang bernama sembu, aku amat senang kerana memiliki kucing itu.
… aku membelikan permainan untuk kucing yang bernama Sembu itu. Aku amat senang hati kerana memiliki kucing itu.
R16
Tiba-tiba adiku terbangun dari tidur lalu menanyakan ayah dan ibuku, aku cuba menenangkan adiku untuk tidak risaukan ayah dan ibu.
Tiba-tiba, adiku terbangun daripada tidur lalu menanyakan ayah dan ibuku. Aku cuba menenangkan adikku untuk tidak risau akan ayah dan ibu.
R22
Selepas saya tidur saya terus bangun kerana saya
ingin melihat cerita Oggy. i. Selepas saya tidur, saya terus bangun kerana saya ingin melihat cerita Oggy.
ii. Pada masa itu, saya sedang menunggu ibu bapa saya yang pergi ke pasar.
Pada masa itu saya sedang dan menunggu ibu bapa saya pergi ke pasar,
Kesalahan penggunaan tanda baca merupakan kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh responden bagi aspek ortografi. Seperti yang ditunjukkan dalam jadal di atas, kesemua responden mempunyai masalah untuk menggunakan tanda baca dalam ayat masing-masing.
Kesalahan lazim dilakukan responden adalah tidak meletakkan tanda koma dalam ayat menyebabkan struktur ayat yang dihasilkan kurang gramatis apabila pengkaji membaca karangan yang disediakan. Selain itu, terdapat beberapa orang responden yang tidak cekap menggunakan tanda nokhtah menyebabkan ayat yang dihasilkan panjang berjela. Perkara ini dapat dilihat secara ketara melalui karangan yang dihasilkan oleh Responden 3, Responden 4 (rujuk Rajah 1), Responden 8 (Rajah 2) dan Responden 25 (Rajah 3).
Rajah 2: Karangan Responden 8
Rajah 3: Karangan Responden 25
Kesalahan Aspek Kata
Kesalahan aspek kata lazimnya berlaku akibat ketidakcekapan murid untuk menguasai tatabahasa. Pada bahagian ini, pengkaji memfokuskan kepada empat aspek yang ketara kesalahannya dalam karangan responden, iaitu penggunaan imbuhan, penggunaan kata ganti nama diri singkatan, penggunaan kata hubung dan penggunaan partikel -lah, -kah dan -pun.
Jadual 8: Jenis kesalahan aspek kata
Jenis kesalahan Kekerapan keseluruhan Peratusan
Penggunaan imbuhan 50 49.02
Penggunaan kata ganti nama diri (KGN) singkatan 25 24.51
Penggunaan kata hubung 22 21.57
Penggunaan partikel (-lah, -kah, -pun) 5 4.90
Jumlah 102 100
Berdasarkan Jadual 8, terdapat 102 kekerapan kesalahan aspek kata secara keseluruhan yang dilakukan oleh responden. Aspek yang paling tinggi kesalahan oleh responden merupakan kesalahan penggunaan imbuhan, iaitu sebanyak 50 kesalahan (49.02 peratus). Kesalahan aspek kata yang ketiga tertinggi dengan jumlah 22 kekerapan (21.57 perastus) adalah kesalahan penggunaan kata hubung. Kesalahan penggunaan partikel pula hanya 4.90 peratus dengan jumlah lima kekerapan secara keseluruhan.
Kesalahan penggunaan imbuhan
Jadual 9: Kesalahan penggunaan imbuhan
Responden Kesalahan Imbuhan Jenis Kesalahan
R3
…supaya mereka tidak susahkan nenek dan atuk… Imbuhan akhiran
…menmagil mereka kerana makanan sudah siap di hidakan untuk
di makanan. Imbuhan awalan
R15 Mereka berkata bahawa kenderaan yang digunakan oleh mereka
telah rosak… Imbuhan awalan
R16 …aku cuba menenangkan adiku untuk tidak risaukan ayah dan ibu. Imbuhan akhiran
Berdasarkan analisis, terdapat 19 orang responden yang ketara kesalahan penggunaan imbuhan dalam penulisan karangan. Melalui aspek ini, Responden 3 didapati melakukan sekurang- kurangnya enam kesalahan penggunaan imbuhan. Antara kesalahan yang telah dikenal pasti adalah perkataan “susahkan” lebih tepat digantikan dengan menggunakan imbuhan apitan
‘meN-...-kan’, iaitu “menyusahkan”. Imbuhan apitan ‘di-...kan’ lebih tepat digunakan untuk menggantikan perkataan “di hidakan” menjadi “dihidangkan” dan imbuhan awalan ‘di-’ bagi perkataan “di makanan”. Dalam konteks ini, ayat yang lebih tepat adalah “...makanan sudah siap dihidangkan untuk dimakan.”
Kesalahan Penggunaan kata ganti nama diri (KGND) singkatan
Jadual 10: Kekerapan kesalahan penggunaan KGND singkatan
Jenis KGND singkatan Kekerapan kesalahan Peratusan (%)
nya 2 6.06
mu 3 9.09
ku 28 84.85
Jumlah 33 100
Jadual 10 menunjukkan bahawa terdapat 33 kesalahan penggunaan kata ganti nama diri singkatan yang dilakukan oleh responden. Daripada jumlah tersebut, 28 kesalahan merupakan kesalahan penggunaan KGND singkatan ku, bersamaan 84.85 peratus. Kesalahan penggunaan KGND singkatan mu dan nya, masing-masing adalah sebanyak tiga kali dan dua kali, bersamaan 9.09 peratus dan 6.06 peratus.
Jadual 11: Kesalahan penggunaan kata ganti nama diri singkatan
Jenis kesalahan Kesalahan penggunaan Responden
-nya …menghampiri diri nya apabila… R1
-mu …bayi yang terdapat dalam kandungan mu itu. R1
-ku Ibu mengatakan pada ku … R14
Analisis terhadap karangan responden yang terlibat mendapati rata-rata respoden melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama diri singkatan -nya, -mu dan -ku. 10 orang responden telah dikenal pasti melakukan kesalahan penggunaan KGND singkatan yang sama iaitu mengejanya secara jarak. Hal ini demikian kerana singkatan KGND tidak boleh berdiri sendiri dan perlu dieja secara rapat. Berdasarkan analisis, hanya Responden 1 dan Responden 4 melakukan kesalahan penggunaan singkatan -nya, iaitu diri nya (R1) dan rakan nya (R4).
Kesalahan penggunaan singkatan -mu pula hanya dilakukan oleh Responden 1, iaitu kandungan mu, mencintai mu, dan seperti mu. Kesalahan penggunaan singkatan -ku paling
kerap dilakukan oleh responden dalam penulisan karangan. Kesalahan yang paling kerap dilakukan ialah orang tua ku.
Kesalahan penggunaan kata hubung
Jadual 12: Jenis kesalahan penggunaan kata hubung
Jenis kata hubung Kekerapan penggunaan Peratusan(%)
dan 5 20.80
kalau 2 8.33
Lalu 16 66.70
bahawa 1 4.17
Jumlah 24 100
Berdasarkan Jadual 12, terdapat 24 kekerapan kesalahan penggunaan kata hubung secara keseluruhan. Kesalahan penggunaan kata hubung yang paling tinggi adalah kata hubung lalu, iaitu 16 kali penggunaan bersamaan 66.70 peratus. Kekerapan kesalahan penggunaan ini diikuti oleh kesalahan penggunaan kata hubung dan, iaitu 20.80 peratus dengan hanya lima kali kesalahan penggunaan. Kesalahan penggunaan kata hubung kalau pula adalah sebanyak dua kali bersamaan 8.33 peratus.
Jadual 13: Kesalahan penggunaan kata hubung
Jenis kesalahan Kesalahan Penggunaan Responden
KH “dan” …saya meletakkkan telefon dan saya duduk di sofa…
Dan saya pun akhirnya tidak boleh pulang… R5 KH “kalau”
…dan hospital mengatakan kalau aku perlu pergi ke hospital secepat mungkin…
…yang terjadi orang tuaku pun menceritakan kalau.
R7 KH “bahawa” Saya berasa lega bahawa ibu saya sudah terlihat sihat semula. R26
Kata hubung pancangan komplemen bahawa kurang sesuai dalam ayat tersebut (R26) kerana ayat yang cuba disampaikan oleh responden lebih terarah untuk menerangkan sesuatu. Oleh hal yang demikian, kata hubung pancangan keterangan yang lebih sesuai dalam ayat tersebut ialah kerana; Saya berasa lega kerana ibu saya sudah kelihatan sihat semula.
Kesalahan penggunaan kata hubung “kalau” hanya dilakukan oleh Responden 7. Kata hubung pancangan keterangan kalau kurang sesuai dalam ayat tersebut kerana tidak menunjukkan keterangan pada ayat seterusnya. Kata hubung yang lebih sesuai digunakan bagi ayat pertama merupakan kata hubung pancangan komplemen bahawa. Oleh hal yang demikian, ayat yang lebih baik adalah …dan (pihak) hospital mengatakan bahawa aku perlu pergi ke hospital secepat mungkin. Bagi ayat kedua pula, kesalahan ayat yang dihasilkan oleh responden tergantung dan tidak mempunyai makna; …yang terjadi orang tuaku pun menceritakan kalau.
Kesalahan yang paling banyak dilakukan oleh responden ialah kesalahan penggunaan kata hubung gabungan lalu. Kata hubung gabungan lalu juga bertujuan untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal atau lebih daripada dua ayat tunggal. Hasil analisis karangan mendapati enam orang responden melakukan kesalahan yang berulang dalam menggunakan kata hubung gabungan lalu. Keenam-enam responden ini menggunakan kata hubung gabungan lalu di pangkal ayat seperti yang disenaraikan dalam Jadual 13.
Kesalahan penggunaan partikel
Jadual 13: Kekerapan kesalahan penggunaan partikel
Jenis partikel Kekerapan penggunaan Peratusan (%)
-lah 3 60
-pun 1 20
-kah 1 20
Jumlah 5 100
Berdasarkan analisis terhadap karangan responden, pengkaji telah mengenal pasti tiga jenis partikel yang mempunyai kesalahan penggunaan dalam penulisan karangan. Penggunaan partikel -lah menunjukkan kekerapan kesalahan yang paling kerap dengan jumlah tiga kali, iaitu bersamaan 60 peratus dan diikuti penggunaan partikel -pun dan partikel -kah dengan peratusan masing-masing adalah 20 peratus.
Jadual 14: Kesalahan penggunaan partikel
Jenis kesalahan Kesalahan Penggunaan Responden
Partikel -lah “buka lah pintu mu…” R1
…saya tutup lah balik… R8
“Baik lah ibu…” R15
Partikel -pun Walau pun terlelap lama… R12
Partikel -kah “Dimanakah ibu saya? apakah dia tidak ikut dengan kita
kah? R6
Berdasarkan jadual, kesalahan penggunaan partikel oleh responden adalah pada tahap yang minimum. Hanya tiga kesalahan yang telah dikenal pasti, iaitu kesalahan penggunaan partikel -lah, -kah dan -pun. Partikel -lah merupakan kata tugas yang digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya. Oleh hal yang demikian, partikel -lah hendaklah dieja secara rapat dengan perkataan sebelumnya. Responden 1, Responden 8 dan Responden 15 melakukan kesalahan yang sama, iaitu menjarakkan partikel -lah dengan perkataan yang mendahuluinya seperti buka lah (R1), tutup lah (R8) dan baik lah (R15).
Kesalahan penggunaan partikel -pun pula hanya dilakukan oleh seorang responden, iaitu Responden 12. Kesalahan penggunaan partikel -pun yang dilakukan oleh Responden 12; walau pun. Walaupun merupakan kata yang telah mantap dan harus dieja rapat. Kesalahan penggunaan partikel -kah yang dilakukan oleh Responden 6; apakah dia tidak ikut dengan kita kah? Dalam ayat tersebut, Responden 12 seharusnya tidak mengulang partikel -kah di belakang ayat dan cukup sekadar adakah dia tidak ikut dengan kita?
Kesalahan Aspek Frasa
Jadual 15: Kekerapan kesalahan aspek frasa
Jenis kesalahan Kekerapan kesalahan Peratusan (%)
Frasa Sendi Nama (FSN) 30 59.18
Frasa Kerja (FK) 20 40.82
Jumlah 49 100
Merujuk Jadual 15, terdapat dua aspek frasa yang telah diteliti dalam penulisan karangan responden, iaitu aspek frasa sendi nama dan frasa kerja. Aspek frasa sendi nama mendominasi
30 kekerapan kesalahan dengan peratusan sebanyak 59.18 peratus. Aspek frasa kerja pula adalah sebanyak 20 kekerapan kesalahan, iaitu 40.82 peratus.
Kesalahan penggunaan frasa sendi nama (FSN)
Jadual 16: Kekerapan kesalahan penggunaan FSN
Jenis Frasa Sendi Nama Kekerapan keseluruhan Peratusan (%)
FSN dari 11 33.3
FSN daripada 1 3.0
FSN ke 2 6.1
FSN pada 2 6.1
FSN di 16 48.5
FSN kepada 1 3.0
Jumlah 33 100
Hasil analisis terhadap penulisan karangan responden, terdapat enam jenis kesalahan penggunaan frasa sendi nama yang dilakukan. Penggunaan frasa sendi nama yang mendahului adalah FSN di dengan kekerapan 16, iaitu sebanyak 48.5 peratus. Seterusnya diikuti FSN dari dengan jumlah kekerapan yang ketara, iaitu hanya 11 kekerapan (33.3 peratus) penggunaan yang salah. Kemudian diikuti penggunaan FSN ke sebanyak dua kali (6.1 peratus) dan FSN pada, dua kali bersamaan 6.1 peratus.
Jadual 17: Kekerapan kesalahan penggunaan FSN
Jenis Kesalahan Kesalahan Penggunaan Responden
Frasa Sendi Nama “dari” Aku terbangun dari lelapku. R2
Frasa Sendi Nama “daripada” …tidak jauh daripada kampung halaman saya R24 Frasa Sendi Nama “ke” …yang akan datang kesekolah untuk mengambil… R7
Frasa Sendi Nama “pada” …dan memreka berkata pada mereka… R3
Frasa Sendi Nama “di” …memikirkan lagi dimana mereka ibu dan ayah Saya ada. R4 Frasa Sendi Nama “kepada” …meminta tolong kepada jiran… R7
Dapatan kajian menunjukkan responden tidak mempunyai masalah yang ketara bagi penggunaan frasa sendi nama kepada dan daripada. Hanya satu kali penggunaan yang kurang tepat bagi kedua-dua frasa tersebut, iaitu meminta tolong kepada jiran (R7) dan tidak jauh daripada kampung halaman saya (R24). Kata.yang lebih tepat bagi ayat R7; meminta tolong daripada jiran dan R24; tidak jauh dari kampung halaman saya.
Kata sendi dari digunakan untuk menunjukkan tempat dan masa. Oleh hal yang demikian, pengggunaan kata dari dalam frasa seperti yang terdapat dalam Jadual 16 adalah kurang tepat.
Kata yang lebih tepat dalam frasa-frasa tersebut adalah daripada; menyatakan punca dan sumber atau asal sesuatu kejadian. Contohnya, Aku terbangun daripada lelapku. (R2), ...mengikuti perintah (arahan) daripada orang tuaku (R18), menunggu keputusan daripada gurunya (R19), dan ...membangunkan adiku (adikku) daripada tidurnya. (R23).
Kata sendi ke digunakan untuk tempat, masa dan benda konkrit tidak bernyawa. Dalam ayat yang ditulis oleh Responden 7 dan Responden 23, kedua-dua ayat menunjukkan frasa sendi yang salah kerana mengejanya secara rapat dengan kata yang mengikutinya. Contohnya seperti berikut; …yang akan datang kesekolah untuk mengambil… (R7) dan Aku dan adiku pulang kerumah… (R23). Kedua-dua responden harus mengejanya dengan meninggalkan jarak sebelum menulis perkataan seterusnya.
Kesalahan yang paling ketara bagi aspek frasa sendi nama adalah frasa sendi nama di yang digunakan untuk menunjukkan tempat. Kesalahan sama yang dilakukan oleh responden yang terlibat ialah merapatkan kata sendi nama di dengan perkataan yang mengikutinya. Contohnya dalam ayat yang ditulis oleh Responden 13, menjaga diri dirumah kalau tiada saya dirumah dan ...juga tidak mengangkat barang berat dirumah...
Kesalahan penggunaan frasa kerja
Jadual 18: Kekerapan kesalahan penggunaan FSN
Responden Kesalahan penggunaan Jenis kesalahan
R1 …kata Ariell sambil menutup selimut. menutup
Arka telah memohon kepada Areill supaya menjadi isterinya. Memohon R12 Aku berharap mereka akan segera datang ke rumah kerana ada sesuatu yang
pelik sedang berlaku. Datang
…saya membuka tv untuk menunggu orang tua ku datang Membuka
…orang tua ku masih belum datang ke rumah. Datang
R22 …dia pun terus pulang kerana pintu kami tidak boleh dibuka.
Pulang Selepas pencuri pulang kami pun terus menelfon ibu bapa bahawa pencuri
itu sudah pulang.
Hasil kajian mendapati bahawa responden telah menggunakan frasa kerja yang tidak tepat dalam penulisan karangan. Penggunaan frasa kerja yang tidak tepat menyebabkan kekeliruan dalam memahami isi penting yang ingin dinyatakan. Contohnya, Responden 1 menggunakan frasa kerja menutup selimut yang sepatutnya ditulis menarik selimut. Selain itu, frasa kerja memohon yang digunakan oleh Responden 1 turut kurang tepat dalam konteks sintaksis ayat yang cuba disampaikan. Dalam konteks ayat tersebut, frasa kerja melamar lebih sesuai berdasarkan situasi yang cuba diterangkan dalam penulisan. Frasa kerja menyebutkan yang digunakan oleh Responden 5 lebih tepat sekiranya ditukarkan kepada frasa kerja memberitahu.
Kata kerja pulang yang digunakan dalam frasa yang ditulis oleh Responden 22 lebih sesuai sekiranya menggunakan kata beredar dalam frasa agar lebih gramatis. Contoh ayat adalah seperti berikut:
a) …dia pun terus beredar kerana pintu kami tidak boleh dibuka.
b) Selepas pencuri beredar, kami pun terus menelfon (menelefon/menghubungi) ibu ayah dan menceritakan bahawa pencuri itu sudah beredar.
c) Ibu bapa kami pun terus lega kerana pencuri itu sudah beredar.
Kesalahan penggunaan frasa kerja ini lazimnya terjadi kerana kelemahan kosa kata dan menyebabkan mereka tidak mahir menggunakan istilah yang betul bagi membina ayat yang gramatis.
Kesalahan Aspek Ayat
Bahasa Melayu mempunyai pelbagai jenis aspek ayat, namun dalam kajian ini, pengkaji melihat aspek ayat kepada dua bahagian. Pertama, struktur ayat dari segi keterbalikan ayat yang berkait dengan susunan perkataan serta struktur ayat dari segi penyampaian makna. Kedua, struktur ayat saduran iaitu penggunaan perkataan bahasa Inggeris atau bahasa lain dalam sesuatu pembinaan ayat. Awang Sariyan (1984) menyatakan bahawa struktur ayat saduran ialah pengaruh kata atau ayat bahasa Inggeris yang digunakan dalam sintaksis bahasa Melayu.
Jadual 19: Kekerapan kesalahan dari aspek ayat
Jenis Kesalahan Kekerapan kesalahan Peratusan (%)
Kesalahan struktur ayat 102 90.27
Kesalahan ayat saduran 11 9.73
Jumlah 113 100
Jadual 19 secara keseluruhan menunjukkan terdapat 113 kekerapan kesalahan yang telah dilakukan oleh responden yang terlibat dalam pembinaan ayat yang lengkap. Daripada jumlah tersebut, majoriti responden melakukan kesalahan bagi membina struktur ayat yang lengkap dan bermakna. Terdapat 102 kekerapan kesalahan yang telah dilakukan dengan peratusan sebanyak 90.27 peratus. Bagi kesalahan ayat saduran pula, hanya 11 kekerapan kesalahan (9.73 peratus) yang dilakukan oleh beberapa orang responden.
Kesalahan struktur ayat
Jadual 20: Kesalahan struktur ayat
Responden Kesalahan struktur ayat Jenis kesalahan
R3
Tiba-Tiba ibu dan Ayahnya pulang ke rumah dan memreka berkata pada mereka supaya tingal bersama nenek dan atuk, pada suatu hari ada tiga adik-beradik yang ada di kampung, kerana ibu dan Ayahnya suruh mereka tiga untuk tingal bersama nenek dan atuk di kampung kerana ibu dan ayahnya ada urusan du luar negara.
Keterbalikan ayat dan makna
R4
tiba-tiba, Saya di rumah Saya Seorang Diri di rumah dan pada malam itu dan pada malam itu ibu dan ayah keluar rumah ke rumah rakan nya tepi sudah jauh malam ibu dan ayah belum pulang lagi dan Saya memikirkan keadaan mereka berdua Saya…
Struktur ayat lewah
R7
…selepas sahaja sampai dekat bilik wad saya langsung menanyakan kepada orang tuaku apa yang terjadi kepada mereka berdua apa yang terjadi orang tuaku pun menceritakan kalau.
Struktur ayat tidak jelas makna
Kesalahan struktur ayat merupakan kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh responden yang terlibat. Hal ini menunjukkan tahap penguasaan penulisan karangan bahasa Melayu responden berada pada tahap yang lemah. Perkara ini dapat dibuktikan melalui struktur ayat seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 20.
Kesalahan ayat saduran
Jadual 21: Kekerapan kesalahan ayat saduran
Jenis kesalahan Kekerapan kesalahan Peratusan (%)
Penggunaan perkataan bahasa Indonesia 3 27.27
Penggunaan perkataan bahasa Iban 1 9.10
Penggunaan perkataan bahasa Inggeris 7 63.63
Jumlah 11 100
Hasil kajian mendapati terdapat 11 kekerapan kesalahan ayat saduran yang dilakukan oleh beberapa orang responden dalam penulisan karangan. Kesalahan yang paling ketara adalah penggunaan perkataan bahasa Inggeris, iaitu dengan kekerapan sebanyak 11 kali bersamaan 63.63 peratus. Kesalahan penggunaan perkataan bahasa Indonesia turut dikenal pasti dalam penulisan karangan responden dengan kekerapan sebanyak tiga kali bersamaan 27.27 peratus.
Terdapat 9.10 peratus iaitu seorang responden yang menggunakan satu perkataan bahasa Iban dalam penulisan karangan. Kesalahan penggunaan ayat saduran ini lazimnya dipengaruhi oleh keadaan sekeliling seperti bahasa yang digunakan dalam pertuturan seharian mahupun bahasa yang digunakan dalam media sosial.
Jadual 22: Kesalahan ayat saduran
Responden Kesalahan ayat saduran Jenis kesalahan
R1 …kandungan Ariell semasa itu adalah barusan 7 bulan. Penggunaan perkataan bahasa Indonesia
R6 …pergi ke hutan untuk mencari bala lauk… Penggunaan perkataan bahasa Iban
R10 …menelefon mereka tetapi signal internet telah terputus.
Penggunaan perkataan bahasa Inggeris
R13 …dengan oran tuaku dan check tangan nya yang Patah…
R21 Ibu pergi membawa kami ke mall untuk membeli barang keperluan.
R26 …ayah saya memohon kepada doctor yang sedang merawat ibu…
Berdasarkan Jadual 22, Responden 1 dikenal pasti dipengaruhi penggunaan bahasa Indonesia dalam penulisan karangan. Antara kesalahan ayat saduran yang dilakukan oleh Responden 1 adalah seperti menggunakan perkataan barusan, egois, dan pamit. Perkataan barusan boleh digantikan dengan perkataan baru berusia atau baru menginjak. Seterusnya perkataan egois sepatutnya sekadar dieja sebagai ego dan perkataan pamit pula boleh digantikan dengan perkataan minta diri. Responden 6 pula menggunakan perkataan bahasa Iban dalam ayat seperti berikut; ...pergi ke hutan untuk mencari bala lauk. Perkataan bala dalam ayat tersebut boleh digugurkan; pergi ke hutan untuk mncari lauk.
Kesalahan ayat saduran yang paling ketara dilakukan oleh beberapa orang responden adalah penggunaan bahasa Inggeris dalam ayat. Perkataan signal yang digunakan oleh Responden 10 menunjukkan kekeliruan penggunaan istilah bahasa Melayu yang tepat. Hal ini demikian kerana signal dalam bahasa Melayu ialah rangkaian. Kekeliruan ini terjadi akibat pengaruh bahasa pasar yang digunakan oleh masyarakat. Seterusnya perkataan check dalam ayat Responden tersebut merujuk kepada memeriksa.
Faktor Ketidakcekapan Penulisan Karangan Dalam Kalangan Murid Iban
Hasil analisis mendapati terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi ketidakcekapan penulisan karangan bahasa Melayu dalam kalangan murid Iban. Antara faktor yang telah dikenal pasti adalah faktor pengajaran dan pembelajaran, faktor individu dan faktor persekitaran. Hasil kajian kemudiannya dibincangkan dalam bentuk tematik.
Faktor pengajaran dan pembelajaran (PdP)
Hasil kajian mendapati terdapat seorang responden memilih sangat setuju (SS) bahawa PdP yang dijalankan oleh guru kurang menarik manakala 12 orang responden (42.85 peratus) memilih sangat tidak setuju (STS). Bagi A2; saya kurang memahami teknik penulisan karangan yang diajar oleh guru, seramai 17 orang responden (60.71 peratus) memilih tidak setuju (TS) bagi pernyataan ini. Seterusnya bagi pernyataan saya mendapati penerangan guru mengenai teknik penulisan karangan terlalu ringkas, seramai 14 orang responden (50 peratus) memilih tidak setuju dan sembilan lagi responden memilih sangat tidak setuju. Seramai tiga orang murid memilih setuju dan seorang memilih sangat setuju bahawa mereka sukar mengingat kosa kata dan istilah yang diajar oleh guru. Soalan A5; saya mendapati guru kurang memberi penekanan
Faktor individu
Hasil kajian mendapati 28.57 peratus responden (lapan orang) setuju bahawa mereka tidak tahu menggunakan istilah dan kosa kata yang sesuai dalam ayat. Namun hal yang demikian, sejumlah responden yang sama (lapan orang) menyatakan kurang setuju dengan pernyataan tersebut. Tujuh orang responden memilih setuju dan lima orang responden memilih sangat setuju dengan pernyataan bahawa mereka mempunyai kemahiran bahasa yang lemah. Bagi pernyataan saya tidak mempunyai minat untuk menulis karangan pula, seramai 15 orang responden (53.57 peratus) memilih kurang setuju manakala tujuh orang memilih setuju dan seorang memilih sangat setuju. Seramai 16 orang responden (57.14 peratus) memilih kurang setuju dengan pernyataan saya mempunyai idea yang terhad semasa menulis karangan manakala lima orang memilih setuju dan dua orang responden memilih sangat setuju.
Faktor persekitaran
Bagi faktor persekitaran pula, 13 orang responden (46.42 peratus) memilih setuju dengan pernyataan saya tidak selelsa ketika sesi pembelajaran kerana suasana kelas yang terlalu bising manakala tiga orang responden memilih sangat setuju terhadap pernyataan ini. Bagi pernyataan saya mudah terpengaruh dengan rakan yang malas belajar pula, seramai empat orang responden memilih sangat setuju dan seorang responden memilih setuju. Sepuluh orang responden memilih kurang setuju dengan pernyataan saya mendapati waktu pengajaran bahasa Melayu yang dilaksanakan pada waktu petang kurang sesuai. Namun hal yang demikian, terdapat tiga orang murid yang memilih setuju dengan pernyataan tersebut. Bagi pernyataan saya bosan dengan suasana pembelajaran bahasa Melayu di kelas semata-mata, seramai empat orang responden memilih setuju manakala seorang responden memilih sangat setuju dengan pernyataan tersebut.
7. Perbincangan dan Kesimpulan
Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, khususnya bagi aspek kemahiran menulis semakin dititik berat sehingga ke hari ini. Berdasarkan hasil analisis dapatan kajian yang telah dibincangkan, dapat dikesan bahawa pengaruh sosial telah mempengaruhi penulisan karangan bahasa Melayu murid bukan penutur natif bahasa Melayu. Pengaruh faktor sosial yang ditekankan adalam kajian ini adalah faktor pengajaran dan pembelajaran serta faktor persekitaran dan diri individu itu sendiri.
Dapatan kajian secara keseluruhan merumuskan bahawa murid pada masa kini sudah tidak begitu mementingkan pembelajaran bahasa dan menganggap pembelajaran bahasa sekadar digunakan semasa bercakap dengan rakan sekerja. Sehubungan dengan itu, guru perlu mencari inisiatif untuk mengatasi kelemahan yang dihadapi oleh murid-murid tanpa putus asa. Aziz (2000) menyatakan bahawa kelemahan murid dalam aspek bahasa itu pelbagai. Beliau menambah bahawa semua kelemahan itu sebagai kelemahan bahasa dalam bentuk penulisan.
Semasa belajar bahasa kedua, pengetahuan kosa kata adalah komponen yang paling penting, kerana perbendaharaan kata memainkan peranan penting dalam semua jenis kemahiran bahasa (mendengar, bertutur, membaca, dan menulis). Berdasarkan dapatan soal selidik jelas menunjukkan faktor individu terhadap pengusaan kosa kata bahasa Melayu yang terhad menyebabkan murid tidak mampu menulis karangan dengan baik.
Berdasarkan dapatan kajian dan perbincangan, dapat disimpulkan bahawa antara kesalahan sistem bahasa yang sering dilakukan oleh murid Iban dalam penulisan karangan adalah kesalahan aspek ayat iaitu dari segi kesalahan struktur ayat. Kesalahan-kesalahan dari aspek struktur ayat berlaku apabila ayat-ayat tunggal membentuk gabungan yang tidak digabungkan
dengan betul dan kesalahan penggunaan struktur ayat saduran. Justeru, berdasarkan analisis yang dilakukan mampu membantu guru-guru bahasa kedua khasnya dalam mengenal pasti kesalahan yang kerap dilakukan oleh pelajar-pelajar yang mempelajari bahasa kedua.
Rujukan
Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 1-12.
Alhaadi Ismail & Norimah Zakaria. (2019). Faktor yang mempengaruhi motivasi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid di SJKC Chung Hwa Teluk Kemang. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu, 7(3), 23–30.
Angela Pamela Anak Singi & Zamri Mahamod. (2019). Penggunaan cerita kartun untuk meningkatkan pencapaian kemahiran menulis jenis cerita murid Kenyah. Proceeding:
International Conference on Education, Language and Psychology (ICELP 2019), 167–178. Kelantan: Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd.
Anthony Aloysius & Yahya Othman. (2017). Keberkesanan peta pemikiran dalam meningkatkan kemahiran menulis esei bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Tingkatan 6. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1), 44–45.
Awang Had Salleh. (1985). Adat Sopan dan Budi Bahasa. Bandar Darulaman UUM.
Penerbitan Sesukala.
Chew F. P. (2016). Masalah pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu –JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEL), 6(2), 10-22.
Hassan Ahmad. (2001). Akal dan Budi. Dewan Budaya. Julai, 42-43.
Mary Ganam, Yahya Othman & Zamri Mahamod. (2017). Terampil pertukaran kod dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar Dusun daerah Tuaran. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu Sabah & Sarawak (Eksekutif) Kali Ke-6, 201, 365–384. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nahar, N. (2020). Penguasaan kemahiran membaca dan menulis bahasa melayu dalam kalangan murid bukan penutur natif di sekolah jenis kebangsaan (SJK). Issues In Language Studies, 9(1),107-123.
Noor Habsah Ali. (2018). Strategi pembelajaran kemahiran menulis bahasa Melayu sebagai bahasa Kedua dalam kalangan pelajar Melanau daerah Daro. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (Malay Language Education Journal (MyLEJ), 8(1), 33-41.
Norsimah Mat Awal, Nadrah Abu Bakar, & Norhashimah Jalaluddin. (2012). Pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua: Pengungkapan idea dalam penulisan pelajar sekolah menengah di Malaysia. Jurnal Melayu, 9, 227-240.
Shaline Sanmugam & Alizah Lambri. (2021). Keberkesanan strategi pembelajaran peribahasa bahasa Melayu menggunakan bahan multimodal. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(2), 80-87.
Syed Ali, Aman Shah, Mahamod, Zamri & Mis, Mohammed. (2021). Masalah penulisan karangan bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan penutur natif di sekolah rendah. Konferen Konvensyen Bahasa Melayu 2021. IPG Kampus Bahasa Melayu.
Yong Chyn Chye & Vijayaletchumy. (2012). Analisis Kesilapan Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Oleh Pelajar Asing. Journal of Language Studies.Volume 12(2).
Zanariah Abdol. (2016). Peribahasa WATAFA. Edisi Keempat. Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.