• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kupasan Mutu Jawapan Bahasa Melayu Penulisan SJK UPSR 2017 - Sumber Pendidikan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kupasan Mutu Jawapan Bahasa Melayu Penulisan SJK UPSR 2017 - Sumber Pendidikan"

Copied!
36
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK

Kertas Bahasa Melayu Penulisan ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.

Bahagian A: Markah yang diperuntukan ialah 10. Bahagian B: Markah yang diperuntukan ialah 15.

(3)

PRESTASI TERPERINCI

Bahagian A SOALAN 1

(4)

Contoh Jawapan Cemerlang 1:

(5)

Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Skrip ini menunjukkan calon dapat memberikan jawapan yang cemerlang dengan idea yang menepati gambar mengikut kehendak soalan yang diberikan. Calon dapat membina lima ayat yang gramatis berkaitan keadaan di sebuah stesen bas. Ayat yang ditulis mengandungi subjek dan perluasan predikat.

Contoh: Encik Kamal menelefon adiknya yang tinggal di Johor Bahru sementara menunggu bas.

(6)

Contoh Jawapan Sederhana 1:

Calon masih dapat mengemukakan lima idea yang menepati kehendak soalan. Contoh: 1. …membeli tiket…

2. …membuang sampah…

3. …duduk…

4. …membawa…

5. …menggunakan telefon…

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesalahan penggunaan kosa kata dan ejaan dalam ayat yang dibina.

Contoh: Kita perlulah membuang sambah ke dalam tong sampah di mana-mana.

Calon terpengaruh dengan penggunaan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris, tetapi masih menjawab tugasan.

(7)

Contoh Jawapan Sederhana 2:

Calon hanya dapat mengemukakan empat idea yang tepat menggunakan ayat yang mudah. Terdapat satu idea yang tidak diterima.

(8)

Bahagian B SOALAN 1

(9)

Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah berdasarkan poster. Jawapan mengandungi idea yang sangat jelas, tersusun dan menarik serta dapat memberikan pendapat, pandangan dan menggunakan idea tersirat. Contoh: …agar kulitnya tidak mudah terlipat dan kelihatan kemas.

Ayat yang ditulis gramatis, penggunaan kata dan kosa kata yang baik serta ejaan dan tanda baca yang betul. Tiada kesalahan tatabahasa.

(10)

Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Contoh jawapan yang baik ini, mencakupi kehendak soalan. Jawapan yang ditulis mengandungi idea tersirat.

Contoh: …agar buku-buku kelihatan kemas dan cantik.

Calon juga dapat mengolah dan menyusun idea tersebut dengan baik. Selain itu, struktur ayat yang gramatis, penggunaan kosa kata yang tepat dan tiada kesalahan tatabahasa dalam jawapan calon.

(11)

Contoh Jawapan Sederhana 1:

Calon masih menjawab tugasan namun, terdapat idea yang tidak menepati tugasan. Contoh: …untuk menjamin kesejahteraan hidup.

Evidens calon ini menunjukkan penggunaan kosa kata yang terhad dengan susunan ayat yang mudah. Di samping itu, masih ada beberapa kesalahan imbuhan dalam jawapan calon.

(12)

Contoh Jawapan Sederhana 2:

Calon masih menjawab tugasan walaupun hanya menggunakan sepenuhnya bahan rangsangan yang diberi, tanpa mengemukakan idea tersirat dalam jawapan. Penggunaan kosa katanya terhad, di samping kesalahan tanda baca dan imbuhan yang agak ketara.

Contoh 1: Contohnya buku bahasa melayu, buku bahasa tamil, buku pendidikan jasmani dan sebagainya.

Contoh 2: Akhir sekali, kita ta bolehlah dikoyakkan atau diconteng di

(13)

Bahagian C SOALAN 1

(14)
(15)
(16)

Calon mampu memahami kehendak soalan iaitu menghasilkan karangan berformat laporan tentang lawatan sambil belajar ke pusat jualan kraf tangan seperti yang terdapat dalam maklumat yang diberi. Pengolahan idea disertakan dengan huraian dan contoh. Idea yang disampaikan juga jelas, tersusun dan menarik.

Contoh: Kami melawat ke Pusat Jualan Kraf Tangan pada pukul 10.00 pagi. Kami berpeluang untuk melihatkan pelbagai jenis kraf tangan seperti tikar, bakul-bakul yang dianyam daripada mengkuang. Kami juga melihat cara-cara menggunakan tanah luit untuk membuat pelbagai jenis pasu bunga. Kami disetujukan untuk membuat pasu bunga sendiri dan membeli pasu bunga yang dibuat sendiri.

Jawapan juga menggunakan pelbagai ayat yang gramatis, penggunaan imbuhan dan kosa kata yang ditulis dalam karangan adalah meluas. Terdapat sedikit kesalahan tanda baca dan penggunaan kata yang tidak menjejaskan karangan.

Contoh: Kami melawat ke Pusat Jualan Kraf Tangan pada pukul 10.00 pagi. Kami berpeluang untuk melihatkan pelbagai jenis kraf tangan

(17)
(18)
(19)

Calon menunjukkan kematangan dalam jawapan dengan mengemukakan idea yang bernas dalam format laporan yang tepat. Idea yang ditulis beserta huraian dan contoh yang menarik.

Contoh: Murid-murid melihat banyak jenis kraf tangan di sana. Contohnya bakul, tudung saji, seruling, labu sayung, bola dan lain-lain lagi. Semua kraf tangan di sana diperbuat daripada buluh.

Penggunaan kosa kata yang meluas dengan struktur ayat yang diolah secara tersusun dan gramatis.

Contoh: Mereka juga membeli kraf tangan yang sangat diminati sebagai kenangan. Terdapat beberapa kesalahan tanda baca, imbuhan dan penggunaan kata, di samping penggunaan simpulan bahasa yang tidak tepat.

(20)
(21)

Evidens calon tidak ditulis dalam format laporan. Calon hanya mengemukakan idea tanpa huraian dan contoh.

Contoh: Bayaran adalah tambang bas dan makan tengah hari. Kami bertolak pada 8.00 pagi dengan menaiki bas. Bilangan peserta ialah 40 orang murid.

Terdapat banyak kesalahan imbuhan, kosa kata, ejaan, dan tanda baca tetapi tidak menjejaskan keseluruhan karangan.

Contoh: Pada _ 11.15 pagi _ kami ada di dalam pusat jualan kraf tangan. Pada _ 11.50 pagi _ kami sedang membeli teket untuk masuk ke

dalam _ .

Ada juga kesalahan stuktur ayat namun tidak mengganggu idea yang hendak dikemukakan.

(22)
(23)
(24)

SOALAN 2

(25)
(26)

Jawapan ini menunjukkan calon menjawab tugasan yang diberi dengan cemerlang. Pengolahan idea tersusun, jelas dan menarik beserta huraian dan contoh yang tepat. Contoh: Salah satu aktiviti yang saya lakukan ialah bersenam di taman rekreasi.

Bersenam boleh mencerdaskan otak dan mencergaskan tubuh badan saya. Bersenam juga dapat menyihatkan tubuh badan saya. Oleh itu, mengisi lapang dengan bersenam sangat baik.

Calon berjaya menggunakan ayat yang gramatis dengan kosa kata yang meluas. Contoh: Bersenam boleh mencerdaskan otak dan mencergaskan tubuh badan

saya.

Gangguan kesalahan tatabahasa tidak menjejaskan keseluruhan karangan.

(27)
(28)

Evidens menunjukkan kemampuan calon mengolah karangan dengan cemerlang. Idea berjaya diolah dengan ayat yang gramatis, jelas dan menarik.

Contoh: Antaranya, saya bersukan untuk mengisi masa lapang saya. Apabila saya bersukan tubuh saya akan berpeluh. Secara tidak langsung, badan saya akan menjadi sihat. Sebagai contoh, saya bermain badminton kerana ia adalah antara senaman yang menjadikan tubuh sihat.

(29)
(30)

Jawapan calon ini masih menepati kehendak soalan yang diberi. Idea yang diberikan tidak dapat dihurai dengan jelas kerana kesilapan penggunaan kosa kata yang tidak sesuai dan bercampur aduk dengan bahasa Inggeris.

Contoh: Pada hari Sabtu, saya mengambil masa lapang untuk membaca buku-buku kerana tahun enam akan peperiksaan UPSR. Target

saya ialah tiga A.

(31)
(32)

Penulisan evidens calon masih menepati tugasan. Idea dinyatakan tetapi tidak disertakan dengan huraian dan contoh.

Contoh: Tengahari, saya melakukan aktiviti bermain bola sepak dan

badminton di padang sekolah. Selepas saya bermain saya pulang ke rumah.

Ayat yang digunakan juga kurang variasi dan terdapat pengulangan frasa dalam beberapa perenggan. Contoh: saya melakukan aktiviti.

Penggunaan ayat yang tidak gramatis.

Contoh: Saya sudah bermain saya merehatkan otak saya setengah jam.

(33)

SARANAN KEPADA CALON

Bahagian A

1. Calon mestilah membaca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan. Mereka perlu mengenal pasti maklumat yang terdapat dalam gambar sebelum menulis ayat.

2. Tandakan aktiviti yang dilakukan oleh pelaku (watak) dalam gambar. Calon perlu mengenal pasti dan mempelbagaikan subjek dalam ayat.

3. Tulis dan catat kata kerja yang tepat berkaitan gambar. Kemudian, bina lima ayat yang lengkap. Elakkan menulis dalam bentuk penceritaan.

4. Calon boleh menggunakan nama pada watak atau pelaku yang terdapat dalam gambar atau bahan rangsangan.

5. Calon perlu membina ayat yang mengandungi perluasan subjek dan predikat atau salah satu daripadanya serta bervariasi.

6. Banyakkan membaca serta menjawab latihan bagi meningkatkan tahap penguasaan kosa kata.

7. Jadikan buku teks yang dibekalkan oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidkan Malaysia sebagai satu sumber rujukan utama dan bahan pembelajaran.

8. Penanda wacana tidak diperlukan.

Bahagian B

1. Arahan dan kehendak soalan perlu difahami oleh calon dengan jelas. 2. Sebelum menulis ulasan, garisi kata kunci pada soalan.

3. Calon perlu menggunakan idea tersurat yang terdapat dalam poster.

4. Jawapan calon perlu mengandungi pendapat, pandangan atau idea tersirat berdasarkan poster.

5. Calon perlu menulis ulasan yang jelas, tersusun dan menarik berdasarkan poster.

6. Calon perlu menulis ayat yang gramatis, penggunaan imbuhan, kata ganda, kata majmuk dan kosa kata yang meluas.

7. Bagi menghasilkan jawapan yang baik, calon perlu menggunakan penanda wacana yang sesuai seperti di samping itu, selain itu, seterusnya dan sebagainya.

8. Ulasan mesti ditulis dalam bentuk perenggan.

9. Semak semula setiap jawapan yang telah ditulis supaya tiada kesalahan ejaan dan tanda baca.

(34)

4. Bagi karangan yang berformat, hendaklah menulis karangan dengan format yang lengkap.

5. Sebelum menulis, bina rangka karangan atau peta minda berdasarkan kehendak soalan. Karangan mestilah dimulakan dengan pendahuluan, pemerengganan isi dan diakhiri dengan penutup.

6. Kemukakan sekurang-kurangnya tiga isi disertakan dengan huraian dan contoh dengan pengolahan idea yang sangat baik, penyampaian yang jelas, tersusun dan menarik.

7. Guna penanda wacana untuk merangkaikan ayat dengan ayat dan perenggan dengan perenggan sebagai kesinambungan tugasan.

(35)

SARANAN KEPADA GURU

Bahagian A

1. Guru perlu menggunakan buku teks dalam pengajaran serta bahan rujukan lain sebagai panduan. Penggunaan Buku Daftar Kata yang dibekalkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum haruslah dititikberatkan bagi peluasan kosa kata murid.

2. Guru hendaklah memastikan murid dapat mengenal pasti idea yang tepat berpandukan bahan rangsangan.

3. Guru perlu memandu murid untuk membina ayat yang mengandungi perluasan subjek dan predikat atau salah satu daripadanya serta bervariasi.

4. Guru perlu membimbing murid membina lima ayat yang gramatis.

Bahagian B

1. Guru perlu menjelaskan kepada murid perbezaan antara idea tersurat dan idea tersirat berpandukan bahan rangsangan.

2. Guru perlu kreatif dalam mencipta teknik yang mudah difahami oleh murid untuk mencari idea tersirat.

3. Guru perlu membimbing murid memberikan pendapat atau pandangan sendiri berdasarkan idea tersurat untuk menulis ulasan.

4. Murid perlu didedahkan dengan pelbagai bentuk latihan dan bahan rangsangan. 5. Guru perlu menyesuaikan kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan serta

(36)

Bahagian C

1. Pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik boleh digunakan oleh guru dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan bagi menarik minat murid. Teknik membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang mantap dan menarik.

2. Bagi membantu murid mengatasi kelemahan dalam penulisan, guru perlulah memberi bimbingan secara terperinci berkaitan kekuatan dan kelemahan tugasan yang dihasilkan oleh murid. Hasil-hasil karangan yang cemerlang dipamerkan di sudut bacaan atau di ruangan bahasa sebagai satu rangsangan kepada murid lain untuk dijadikan contoh.

3. Dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan, setiap kemahiran dengar tutur, membaca dan menulis perlu dilaksanakan bagi memastikan murid menguasai kemahiran asas bagi menghasilkan karangan yang baik. Guru perlu memberi perhatian kepada murid yang masih belum menguasai penulisan dengan memberikan pelbagai bentuk latihan seperti karangan berpandu, karangan separa berpandu, karangan terkawal, karangan separa terkawal serta karangan bebas mengikut tahap kemampuan murid.

4. Kepelbagaian jenis karangan wajar didedahkan kepada murid dengan memberi contoh-contoh sebagai bahan rangsangan.

Referensi

Dokumen terkait

(2) Untuk mendeskripsikan nilai-nilai karakter yang dikembang melalui program wajib shalat dhuha di SDIT Alam IKM Al-Muhajirin Palangka Raya. Penelitian ini menggunakan

Sehingga, dapat disimpulkan bahwa secara simultan terdapat pengaruh penerapan PSAK 50/55 (Revisii 2014) berbasis IFRS tahun 2015 (SAK) dan kualitas audit terhadap praktik

Puji syukur kepada Tuhan Yang Maha Kuasa, karena atas berkat-Nya maka skripsi dengan judul “Perancangan Sistem Tabungan dan Deposito Berbasis Teknologi Informasi Dengan

Mutta työlläni on myös käytännöllinen puolensa, sillä kaiken tämän teorioissa käytetyn ajan jälkeen saan uudenlaisen käsityksen siitä, mistä maineen käsite

tingkat partisipasi politik masyarakat Kecamatan Kelam Permai, 2) Apa yang menjadi kendala dalam partisipasi politik pada masyarakat Kecamatan Kelam Permai, 3) Upaya

Jika setiap pasang harus naik pada mobil yang sama, maka banyaknya cara pengaturan penumpang kedua buah mobil tersebut

New Syllabus Mathematics 3, Teh Keng Seng BSc, Dip Ed & Looi Chin Keong BSc.. New Syllabus Mathematics 4, Teh Keng Seng BSc, Dip Ed & Looi Chin

5.1.4 Mengkombinasikan beragam pendekatan/ strategi/ metode/ teknik pembelajaran IPA untuk mencapai tujuan pembelajaran (produk, proses, dan sikap ilmiah). Berikut adalah