• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kupasan Mutu Jawapan Matematik UPSR 2017 - Sumber Pendidikan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kupasan Mutu Jawapan Matematik UPSR 2017 - Sumber Pendidikan"

Copied!
59
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

015/025/035 MATEMATIK

Matematik 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

INSTRUMEN PENTAKSIRAN

Kod Mata Pelajaran : 015 (SK), 025 (SJKC), 035(SJKT)

Markah Penuh : 60

Masa : 60 minit

REKA BENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN

Mempunyai 15 soalan berstruktur – semua soalan mesti dijawab

Peruntukan Markah

Soalan Markah Penuh

(3)

Matematik 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

PRESTASI TERPERINCI

Soalan 1 (a)

Soalan ini calon dikehendaki membuat padanan berdasarkan rajah yang diberi.

Contoh Jawapan Cemerlang :

Kebanyakan calon dapat mengetahui pecahan tak wajar dan mampu memadankan

(4)

Matematik 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Soalan 1(b)

Bagi soalan ini calon ditugaskan untuk menukarkan pecahan tak wajar kepada nombor bercampur.

Contoh Jawapan Cemerlang :

Calon dapat menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan

menggunakan operasi bahagi.

SOALAN 2 (a)

(5)

Matematik 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang :

Calon dapat menyusun nombor lima digit terkecil dengan betul.

Soalan 2 (b)

Calon dikehendaki membundarkan nombor yang diberi kepada ratus terdekat.

Contoh Jawapan Cemerlang :

Calon boleh membundar nombor yang diberi dengan tepat.

SOALAN 3 (a)

Bagi soalan 3 (a), calon dikehendaki menyusun semula nombor diberi ke dalam kad

(6)

Matematik 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

Jawapan ini menunjukkan calon memahami kehendak soalan dengan mengisi kad

kosong dengan nilai yang betul. Seterusnya calon menunjukkan operasi tambah dan

bahagi yang tepat.

Contoh Jawapan Cemerlang 2 :

(7)

Matematik 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 1 :

Berdasarkan jawapan di atas, calon dapat melengkapkan kad kosong dengan betul. Walau bagaimanapun calon gagal menyelesaikan operasi bahagi dengan baik.

Contoh Jawapan Sederhana 2 :

Respon yang dikemukan calon bagi item ini, dimana calon hanya menterjemahkan

kehendak soalan dengan melengkapkan kad sahaja tanpa diikuti dengan jalan pengiraan untuk mendapatkan jawapan akhir.

Soalan 3 (b)

Bagi item 3 (b), calon diuji menulis nisbah wang simpanan Auni kepada wang

(8)

Matematik 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang :

Berdasarkan jawapan di atas, calon mempunyai pengetahuan dalam menulis nisbah

dengan baik.

SOALAN 4 (a)

Calon dikehendaki mencari bilangan tangki 1 000 liter yang dapat mengisi 0.35 juta liter

minyak petrol. Calon juga perlu menguasai kemahiran menukar perpuluhan juta liter

kepada nombor bulat.

Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

Calon berupaya membahagi 350 000 liter dengan 1 000 liter menggunakan cara

pemansuhan sifar dengan betul.

Contoh Jawapan Cemerlang 2 :

(9)

Matematik 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 4 (b)

Calon perlu menghitung jumlah muatan penuh tangki petrol bagi dua buah kereta dan sebuah bas.

Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

Calon berupaya membentangkan langkah pengiraan muatan penuh tangki petrol bagi

dua buah kereta dan diikuti dengan penambahan muatan penuh tangki petrol bagi

(10)

Matematik 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 2 :

Jawapan menunjukkan calon membuat kiraan jumlah muatan penuh tangki petrol bagi

dua buah kereta dengan cara penambahan dan diikuti dengan penambahan muatan

penuh tangki petrol bagi sebuah bas.

Contoh Jawapan Sederhana 1 :

Calon masih tidak dapat memahami tugasan yang diberi mengenai had muatan penuh tangki petrol bagi dua buah kereta. Calon hanya menambah had muatan penuh tangki petrol sebuah kereta dan sebuah bas sahaja. Calon sepatutnya mengira untuk muatan penuh tangki petrol dua buah kereta dan sebuah bas.

Contoh Jawapan Sederhana 2 :

(11)

Matematik 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 5 (a)

(12)

Matematik 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang :

(13)

Matematik 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 5 (b)

Kefahaman dalam konsep paksi mencancang dan mengufuk pada satah

Cartes.diperlukan calon untuk menjawab soalan ini. Calon juga ditugaskan untuk mencari jumlah untuk mencari jumlah jarak mencancang dan mengufuk dari rumah Halim ke rumah Akmal melalui rumah Zain.

Contoh Jawapan Cemerlang :

Calon berjaya mengenal pasti dengan tepat paksi mengufuk dan paksi mencancang. Calon juga dapat mencari jumlah jarak bagi setiap paksi dan menulis jawapan yang tepat di dalam jadual yang disediakan.

Contoh Jawapan Sederhana :

Calon memahami tugasan yang diberikan tetapi tidak dapat mengenal pasti paksi

mengufuk dan paksi mencancang menyebabkan calon melakukan kesilapan menulis

(14)

Matematik 13 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 6 (a)

Calon perlu menulis nilai wang simpanan dalam bentuk angka berdasarkan soalan dalam bentuk perkataan.

Contoh Jawapan Cemerlang :

Calon dapat menulis semula nilai wang simpanan mengikut kehendak soalan.

SOALAN 6 (b)

Soalan ini memerlukan pemahaman calon tentang gandaan dan mempunyai kaitan

(15)

Matematik 14 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

Calon telah menunjukkan langkah kerja yang teratur. Calon memahami kehendak

soalan dan mengira mengikut langkah kerja yang betul.

Contoh Jawapan Cemerlang 2 :

Calon memahami tugasan yang diberi. Langkah pengiraan dengan menukarkan

(16)

Matematik 15 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 1 :

Calon membuat kecuaian semasa mengira. Kesilapan semasa proses mendarab dan

menambah

Contoh Jawapan Sederhana 2 :

Terdapat juga calon yang membuat kaedah pemansuhan namun melakukan kecuaian

(17)

Matematik 16 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 7 (a)

Item ini meminta calon menyatakan ukuran panjang sebatang kayu aiskrim yang di

letakkan bersebelahan dengan pembaris yang tidak lengkap.

Contoh Jawapan Cemerlang :

Berdasarkan jawapan, calon dapat menyatakan ukuran panjang batang aiskrim dengan

betul berdasarkan pembacaan pada pembaris. Calon digalakkan untuk menulis unit

(18)

Matematik 17 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 7 (b)

Item ini meminta calon membuat sebuah bingkai gambar berbentuk segi empat tepat

yang berperimeter 112 cm dengan menggunakan kayu aiskrim yang berukuran 8 cm.

Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

Calon dapat mengemukakan jawapan yang cemerlang apabila memahami kehendak

soalan. Langkah kerja yang dilakukan menghasilkan jawapan yang tepat.

Contoh Jawapan Cemerlang 2 :

(19)

Matematik 18 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 1 :

Berdasarkan jawapan yang diberi calon mengira senggatan pembaris iaitu 9 cm

sebagai ukuran panjang batang aiskrim. Seterusnya, calon memahani kehendak soalan

dengan menggunakan operasi bahagi dalam menyelesaikan soalan yang dikehendaki.

Namun begitu hasil jawapan calon adalah tidak tepat.

Contoh Jawapan Sederhana 2 :

Kesilapan calon menjawab soalan apabila mengemukakan maklumat yang salah iaitu

(20)

Matematik 19 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 7 (c)

Contoh Jawapan Cemerlang :

Berdasarkan item, calon mampu melukis dengan baik sebuah segi empat tepat yang

berkeluasan 24 cm2. Terdapat pelbagai bentuk segi empat yang boleh dilukis oleh

(21)

Matematik 20 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Salah :

Berdasarkan rajah yang dibina, calon gagal membina segi empat tepat yang

(22)

Matematik 21 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 8 (a)

Item ini memerlukan calon mencari berat botol tanpa berisi gula-gula. Calon perlu

mencari jisim 50 biji gula-gula sebelum membuat penolakan daripada jisim botol berisi

50 biji gula-gula.

Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

Berdasarkan jawapan calon dapat mengemukakan jawapan yang cemerlang apabila berjaya membuat kiraan jisim 50 biji gula-gula dan diikuti proses penolakan.

Contoh Jawapan Cemerlang 2 :

Kemampuan calon dapat ditunjukkan dengan membentangkan langkah pengiraan yang

tersusun. Calon mencari jisim 50 biji gula-gula dan diikuti dengan proses penolakan

(23)

Matematik 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 1 :

Jawapan calon menunjukkan bahawa calon tidak menguasai tugasan item. Calon sekadar mencari jisim 50 biji gula-gula sahaja. Calon tidak mencari jisim botol.

Contoh Jawapan Sederhana 2 :

(24)

Matematik 23 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 8 (b)

Bahagian item ini memerlukan calon membuat kiraan jisim botol dengan baki gula-gula setelah dikeluarkan sejumlah 20 biji gula-gula daripada botol tersebut.

Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

Calon memahami kehendak tugasan dengan mencari jisim 30 biji gula-gula melalui

operasi penolakan dan ditambah dengan jisim botol kosong.

Contoh Jawapan Cemerlang 2 :

Respon yang dikemukakan oleh calon ini menjurus kepada kehendak tugasan dimana

calon terus mengira jisim 30 biji gula-gula dan diikuti dengan penambahan jisim botol

(25)

Matematik 24 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Calon Jawapan Sederhana 1 :

Jawapan calon menunjukkan bahawa calon tidak menguasai tugasan item. Calon

sekadar mencari jisim 20 biji gula-gula sahaja melalui operasi pendaraban tanpa

meneruskan langkah kerja mencari jisim botol berisi 30 biji gula-gula(baki).

Calon Jawaoan Sederhana 2 :

(26)

Matematik 25 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 9 (a)

Soalan ini memerlukan calon menukar waktu dalam sistem 12 jam kepada sistem 24

jam.

Contoh Jawapan Cemerlang :

Jawapan di atas menunjukkan calon memahami konsep sistem 12 jam dan sistem 24 jam. Sebahagian besar calon dapat menukar sistem 12 jam kepada sistem 24 jam dengan tepat.

SOALAN 9 (b)

Soalan ini meminta calon mencari tempoh masa perjalanan Encik Maniam ke

(27)

Matematik 26 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

Berdasarkan respon yang ditunjukkan oleh calon, sebahagian besar calon dapat

memahami konsep tempoh masa. Calon juga mampu membezakan unit jam dan

minit berdasarkan waktu yang diberikan. Oleh itu, calon dapat menolak dan menambah masa dengan tepat dan tersusun.

Contoh Jawapan Cemerlang 2 :

Kebanyakan calon memahami kehendak soalan yang memerlukan calon mencari tempoh masa melibatkan lebih daripada satu hari. Calon telah cuba menambah jumlah jam pada hari pertama dan 4 jam pada hari kedua. Berdasarkan maklumat yang

diperolehi calon menolak waktu akhir dan waktu mula bagi mendapatkan tempoh

(28)

Matematik 27 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 1 :

Respon yang dikemukakan menunjukkan kebanyakan calon tidak memahami konsep

tempoh masa. Calon hanya menolak angka yang lebih besar dengan angka kecil bagi

mendapatkan tempoh masa tetapi tidak menyelesaikan tugasan yang dikemukakan

untuk mencari tempoh masa lebih daripada satu hari.

Contoh Jawapan Sederhana 2 :

Sebahagian calon memahami kehendak soalan iaitu untuk mencari tempoh masa

selama dua hari, tetapi tidak menguasai kaedah untuk mencari tempoh masa

dengan langkah yang betul. Calon hanya menolak masa yang diberikan tanpa

(29)

Matematik 28 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 10 (a)

Rajah membentangkan gabungan segi empat tepat dan segi tiga. Calon perlu menguasai proses mencari luas, mencipta garisan baru dan mengenal pasti luas yang paling besar.

Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

Calon dapat mengira luas dengan tepat dan menggunakan rumus dengan betul

berdasarkan pemahaman pada rajah.

Contoh Jawapan Cemerlang 2 :

Calon menguasai kemahiran mengira dan konsep luas. Langkah pengiraan calon

(30)

Matematik 29 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 1 :

Penyelesaian soalan untuk jawapan ini tidak tidak tepat. Calon ini berjaya mencari luas segitiga PQM tetapi calon telah mencari jumlah keluasan dua buah segitiga tersebut.

Contoh Jawapan Sederhana 2 :

(31)

Matematik 30 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 10 (b)

Item ini memerlukan calon membina satu garisan lurus. Calon perlu menguasai

pemahaman tentang rajah bagi menghasilkan satu garisan baru. Seterusnya calon perlu menghitung luas segitiga.

Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

Jawapan yang dikemukankan calon merupakan terus kepada proses mengira dan mendapatkan jawapan. Calon memahami kehendak soalan yang menjurus kepada mencari luas segi tiga berdasarkan garisan baru yang dibina dengan tepat.

Contoh Jawapan Cemerlang 2 :

Calon dapat membentuk segi tiga bedasarkan garisan baharu untuk mendapatkan

panjang NQ. Pemahaman calon mengenai mencari luas segi tiga mengikut urutan

(32)

Matematik 31 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 1 :

Jawapan yang dikemukakan oleh calon tidak tepat walaupun langkah pengiraan

adalah betul. Calon cuai dalam penulisan unit persegi.

Contoh Jawapan Sederhana 2 :

(33)

Matematik 32 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 10 (c)

Item memerlukan murid membuat perbandingan luas mana yang lebih besar.

Contoh Jawapan Cemerlang :

Calon mengira luas setiap segi tiga yang disenaraikan. Calon dapat mengenal pasti

(34)

Matematik 33 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 11 (a)

Item menunjukkan sebuah carta pai dengan pecahan peratusan agihan pendapatan Prakash. Hanya peratusan sewa rumah tidak dinyatakan.

Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

(35)

Matematik 34 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 11 (b)

Calon dikehendaki mencari jumlah pendapatan Prakash.

Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

Calon berjaya menterjemah kehendak soalan yang mencari jumlah anu melalui ayat

matematik. Langkah pengiraan pemansuhan dan pendaraban telah diterjemahkan

dengan baik.

Contoh Jawapan Cemerlang 2 :

(36)

Matematik 35 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 1 :

Calon tidak memahami kehendak soalan dengan mengira 20% daripada RM850 dan menambahkan hasil dengan RM850.

Contoh Jawapan Sederhana 2 :

Jawapan calon tidak menunjukkan untuk mencari jumlah pendapatan yang sebenar.

(37)

Matematik 36 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 11 (c)

Berdasarkan soalan, calon dikehendaki mencari jumlah bayaran bil setelah peratusan

bayaran bil telah meningkat sebanyak 3 %.

Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

Calon menunjukkan pengiraan mencari jumlah peratusan selepas peningkatan 3%.

Seterusnya calon menunjukkan langkah pengiraan yang betul untuk mencari nilai bayaran bil terbaru.

Contoh Jawapan Cemerlang 2 :

Calon dapat mengemukakan jalan pengiraan yang cemerlang berpandukan kehendak

(38)

Matematik 37 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 1 :

Berdasarkan kepada respon yang dikemukakan di dapati calon memahami kehendak soalan. Langkah yang ditunjukkan terarah, tetapi calon telah menggunakan maklumat yang salah daripada penyelesaian soalan 11b, menyebabkan calon tidak dapat memberi jawapan yang tepat.

Contoh Jawapan Sederhana 2 :

Calon memahami maksud peningkatan peratusan. Seterusnya calon membina ayat

(39)

Matematik 38 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 12 (a)

(40)

Matematik 39 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Calon Jawapan Cemerlang 1 :

Calon memahami tugasan item dimana calon telah mendarab dengan jumlah telur

yang dibeli oleh Encik Tan.

Calon Jawapan Cemerlang 2 :

Calon cemerlang ini melakukan operasi darab bagi mencari jumlah telur yang dibeli oleh Encik Tan menggunakan kaedah kekisi dan hasilnya dibahagi dengan dua. Calon ini menunjukkan kematangannya dalam membentangkan jawapan yang tepat,

Calon Jawapan Cemerlang Sederhana 1 :

Calon memahami kehendak tugasan dimana calon telah mengira jumlah telur yang

dibeli oleh Encik Tan. Namun begitu calon melakukan kesilapan dalam menyelesaikan

operasi darab. Kesalahan hasil darab telah mengakibatkan jawapannya salah

(41)

Matematik 40 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Calon Jawapan Cemerlang Sederhana 2 :

Jawapan yang dikemukakan calon menunjukkan calon memahami kehendak tugasan

item. Calon dapat mengira jumlah telur yang dibeli oleh Encik Tan dengan tepat.

Langkah seterusnya calon telah mendarab jumlah telur tersebut dengan . Namun

(42)

Matematik 41 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 12 (b)

Calon dikehendaki mencari pecahan telur gred C.

Calon Jawapan Cemerlang 1 :

Calon menunjukkan kematangan dalam membentangkan jawapan mengikut kehendak

tugasan item. Calon mencari jumlah telur gred B dan C. Calon seterusnya

membahagi kepada tiga untuk mendapat jumlah telur gred C. Calon berjaya menulis pecahan dan permudahkan pecahan dengan tepat.

Calon Jawapan Cemerlang 2 :

Calon memahami kehendak tugasan ini dengan baik. Calon dapat mengemukakan

jawapan dengan baik dan dan tersusun. Calon mencari jumlah telur gred C dan

(43)

Matematik 42 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Calon Jawapan Sederhana 1 :

.

Calon berjaya mengira bilangan telur gred C dengan tepat. Walau bagaimanapun

calon tidak mencari pecahan, sebaliknya mencari peratus bilangan telur gred C.

Calon Jawapan Sederhana 2 :

Calon mengetahui bagaimana untuk mencari jumlah telur gred B dan C tetapi tidak

(44)

Matematik 43 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 13 (a)

Berdasarkan jadual yang diberikan calon dikehendaki mencari min kehadiran murid untuk tempoh lima hari.

Calon Jawapan Cemerlang 1 :

Secara keseluruhan, calon dapat mengaplikasikan rumus untuk mencari min iaitu

(45)

Matematik 44 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Calon Jawapan Cemerlang 2 :

Respon yang dikemukakan oleh calon adalah sangat jelas, dimana calon telah

memindahkan data ke dalam rumus kemudian menyelesaikannya dengan

menggunakan operasi berdasarkan kepada operasi yang dinyatakan dalam rumus

tersebut dengan tepat dan teratur.

Calon Jawapan Sederhana 1 :

Berdasarkan kepada jawapan yang dikemukakan oleh calon menunjukkan bahawa calon

memahami konsep untuk mencari min. Calon juga dapat membaca jadual dengan

tepat. Calon hanya melakukan kesilapan ketika menyelesaikan operasi tambah yang

menyebabkan penyelesaian operasi bahagi juga salah. Kecuaian ini telah

(46)

Matematik 45 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Calon Jawapan Sederhana 2 :

Calon mengetahui dan memahami konsep bagaimana untuk mencari min. Walau

bagaimanapun calon tidak memahami konsep gundalan, menyebabkan calon tidak

(47)

Matematik 46 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

(48)

Matematik 47 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang :

Respon yang dikemukakan oleh calon menunjukkan calon memahami kehendak soalan.

Calon dapat mencari peratusan kehadiran setiap hari dengan tepat. Calon juga

(49)

Matematik 48 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Salah :

(50)

Matematik 49 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 14 (a) :

Item ini menguji kemahiran mengira tempoh masa. Pengetahuan sedia ada jumlah hari dalam bulan Jun dan pemahaman tentang hari cuti.

Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

Jawapan yang dibentangkan bersesuaian dengan kehendak soalan. Calon

mengetahui jumlah hari pada bulan Jun, pengiraan mengira tempoh masa ditunjuk

(51)

Matematik 50 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 2 :

Calon menunjukkan tempoh masa bekerja pada bulan Jun sebelum melakukan operasi pengiraan dengan betul.

Contoh Jawapan Sederhana 1 :

Jumlah hari pada bulan Jun yang ditunjukkan tidak tepat menyebabkan jawapan yang

dikemukakan salah.

Contoh Jawapan Sederhana 2 :

(52)

Matematik 51 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 14 (b)

Calon dikehendaki menganalisis maklumat yang diberi bagi mengira jumlah pendapatan yang diterima oleh Eddie.

Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

Calon memahami kehendak soalan yang dikemukakan. Respon yang dikemukakan oleh

menunjukkan kematangan calon dalam menyusun data yang dianalisis dengan

ringkas, jelas dan tepat.

Contoh Jawapan Cemerlang 2 :

Jawapan yang dikemukan oleh calon menunjukkan bahawa calon dapat mencari

(53)

Matematik 52 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 1 :

Berdasarkan kepada respon yang diberikan menunjukkan calon tidak dapat

menganalisis soalan yang dikemukakan dengan tepat. Calon hanya dapat mencari jumlah bayaran elaun lebih masa tetapi melakukan kesilapan ketika mencari jumlah hari bekerja menyebabkan jawapan akhir calon tidak menepati seperti yang dikehendaki.

Contoh Jawapan Sederhana 2 :

(54)

Matematik 53 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 15 (a)

Calon dikehendaki menghitung jumlah jisim dalam kg bagi simen, kerikil, dan pasir bagi membina tiga keping dinding konkrit.

Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

Calon dapat memahami dengan jelas kehendak soalan untuk mencari jumlah bahan

(55)

Matematik 54 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 2 :

Calon mengira jumlah berat bagi ketiga-tiga bahan untuk membina sekeping dinding

konkrit. Seterusya calon menggunakan jumlah hasil tambah tersebut untuk mencari

berat keseluruhan bagi membina tiga keping dinding konkrit yang sama.

Contoh Jawapan Sederhana 1 :

Respon calon pada soalan ini dilihat tidak mematuhi kehendak soalan. Calon hanya

mencari jumlah berat bagi satu keping dinding konkrit. Kegagalan calon memahami

(56)

Matematik 55 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 2 :

Berdasarkan jawapan, calon memahami langkah pengiraan yang betul. Namun

begitu, kesilapan calon menjumlahkan berat bagi satu keping dinding konkrit

menyebabkan calon gagal mendapatkan jawapan yang tepat.

SOALAN 15 (b)

Berdasarkan maklumat yang diberi, calon ditugaskan untuk menganalisis data yang diberi untuk menghitung jumlah rumah yang dapat dibina.

Contoh Jawapan Cemerlang 1 :

Calon memahami soalan penyelesaian masalah yang dikemukakan dengan baik. Calon

menunjukkan proses mendarab dan membahagi dengan betul berdasarkan

(57)

Matematik 56 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 2 :

Jawapan yang dikemukakan pada keseluruhannya menunjukkan calon memahami

kehendak soalan. Calon dapat membentangkan langkah pengiraan dengan kaedah pemansuhan yang tepat dan tersusun.

Contoh Jawapan Sederhana 1 :

Kebanyakan calon gagal memahami soalan dengan baik dan kecuaian semasa

menyalin jawapan dan menyebabkan calon gagal memberi jawapan yang betul.

Contoh Jawapan Sederhana 2 :

Calon menunjukkan kaedah penyelesaian yang salah berdasarkan maklumat pada

soalan. Sepatutnya langkah kerja yang ditunjukkan adalah mendarab bukannya

(58)

Matematik 57 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SARANAN KEPADA CALON.

1. Calon perlu menguasai kemahiran fakta asas dengan baik. 2. Penggunaan rumus perlu betul dan tepat.

3. Calon perlu menguasai kemahiran berfikir kreatif dan kriris.

4. Calon perlu mengetahui persamaan pecahan, perpuluhan dan peratus bagi memudahkan penukaran antara pecahan, perpuluhan dan peratus.

5. Calon perlu menunjukkan langkah-langkah pengiraan yang tepat berdasarkan kehendak soalan.

6. Calon harus membaca dan memahami maklumat yang diberi dengan baik supaya dapat mengemukakan langkah pengiraan yang tepat.

7. Calon perlu membuat semakan keseluruhan jawapan yang telah ditunjukkan.

8. Bagi meningkatkan potensi, calon harus membuat banyak latih tubi menjawab soalan-soalan matematik.

9. Pastikan calon menggunakan unit yang betul pada setiap jawapan yang diperoleh. 10. Calon perlu mempelajari pelbagai teknik pengiraan dalam setiap penyelesain

(59)

Matematik 58 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SARANAN KEPADA GURU.

1. Guru perlu memberi penekanan penguasaan fakta asas kepada murid sejak awal persekolahan.

2. Memastikan murid memahami konsep setiap tajuk atau kemahiran yang dipelajari. 3. Membimbing murid menghafal persamaan pecahan, perpuluhan dan peratus bagi

memudahkan melakukan penukaran antara pecahan, perpuluhan dan peratus. 4. Guru perlu memberi komitmen yang tinggi dalam sesi pengajaran dalam kelas. 5. Sentiasa memberi galakan dan anugerah kepada semua murid agar mereka lebih

berminat kepda matematik.

6. Guru perlu menerapakan pelbagai teknik penyelesaian dalam sesuatu kemahiran yang diajar.

7. Guru perlu sentiasa memberi latihan berbentuk sumatif dan fomatif agar murid sentiasa tekal apa yang dipelajari.

8. Guru perlu sentiasa memberi peluang kepada murid menjawab soalan berorientasikan peperiksaan awam.

9. Guru perlu sentiasa melatih murid mengira dengan menggunakan kaedah congak. 10. Guru perlu mengadakan aktiviti atau program seperti program motivasi, ceramah

Referensi

Dokumen terkait

Motivasi kerja menurut Siagian (2002:89) sebagai daya dorong bagi seseorang untuk memberikan kontribusi yang sebesar - besarnya demi keberhasilan organisasi mencapai

pengujian hipotesis dengan menggunakan Chi-Square antara variabel ketersediaan sumber daya responden dengan perilaku merokok shisha pada siswa SMA X di Kota

Postur yang tinggi merupakan salah satu faktor utama yang harus diperhatikan dalam pengidentifikasian bakat atlet usia dini, karena cabang olahraga bolavoli berhubungan

50 Kd 3.1.1 Merancang aktivitas pembelajaran berdasarkan prinsip dan teori pembelajaran matematika · Matematika untuk tujuan pembelajaran dianalisis sebagai kumpulan fakta yang

Dalam proses pembelajaran tentang kompetensi dasar: ‘mengidentifikasi kebutuhan tubuh agar tumbuh sehat dan kuat (makanan, air, pakaian, udara, lingkungan sehat)’, guru tampak

Uji t digunakan untuk membuktikan apakah masing-masing variabel bebas yang terdiri dari kesadaran membayar pajak (X1), pengetahuan tentang peraturan perpajakan

Bila percepatan suatu benda berlawanan arah dengan kecepatannya, berakibat kecepatan benda tersebut akan semakin kecil.. Gerak benda

New Syllabus Mathematics 3, Teh Keng Seng BSc, Dip Ed & Looi Chin Keong BSc.. New Syllabus Mathematics 4, Teh Keng Seng BSc, Dip Ed & Looi Chin