• Tidak ada hasil yang ditemukan

APLIKASI BAHAN MULTIMEDIA INTERAKTIF (MMI) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: SUATU TINJAUAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "APLIKASI BAHAN MULTIMEDIA INTERAKTIF (MMI) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: SUATU TINJAUAN"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

e-ISSN: 2550-1461 https://ijeisr.net

APLIKASI BAHAN MULTIMEDIA INTERAKTIF (MMI) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: SUATU TINJAUAN

Jauriah Md Azali1 Nor Azurawati Ahmad Zuhdi2

Zainab Ahmad3

1Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Perlis, Malaysia (E-mel: [email protected])

2Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Perlis, Malaysia (E-mel: [email protected])

3Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Perlis, Malaysia (E-mel: [email protected])

Abstrak: Pelatih Program Diploma Pascasiswazah Perguruan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) telah berjaya menghasilkan bahan instruksional (pengajaran) multimedia interaktif (MMI) berasaskan model reka bentuk instruksional bagi mata pelajaran major untuk diaplikasikan dalam persekitaran sebenar (classroom environment). Amalan profesional (Praktikum) merupakan platform bagi menilai keberkesanan bahan bantu mengajar bermultimedia yang dihasilkan, Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sikap, kefahaman murid dan kesesuaian dengan topik yang diajar menggunakan bahan bantu mengajar berasaskan multimedia yang dibangunkan oleh guru pelatih PDPP bagi 4 kumpulan major. Soal selidik telah diedarkan dalam kalangan 33 orang guru pelatih sebagai responden tinjauan untuk mengkaji sikap, kefahaman dan kesesuaian terhadap bahan bantu mengajar yang digunakan di dalam bilik darjah praktikum. Kajian ini bertumpu di sekolah-sekolah rendah sekitar negeri Perlis dan Kedah yang menjadi tempat guru pelatih semester 3 PDPP menjalani praktikum, Hasil kajian menunjukkan sikap positif 3.95, kefahaman yang tinggi 4.41 dan bahan digital yang digunakan bersesuaian iaitu = 4.48

Kata Kunci: Multimedia Interaktif, Sikap, Kefahaman, Kesesuaian Bahan Pengajaran.

1. PENGENALAN

Teknologi semakin besar peranannya dalam pendidikan hari ini. Bagi mencapai pembangunan negara, di mana pendidikan berperanan pembekal tenaga manusia yang berketerampilan, yang mampu memberi sumbangan yang produktif terhadap perindustrian negara. Tenaga manusia ini perlu disediakan dengan secukupnya supaya dapat bersaing dengan jayanya di zaman yang lebih mencabar ini. Persediaan ini meliputi usaha membina keterampilan murid supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah-ubah dalam pembangunan Negara.

Salah satu strategi mengajar yang inovatif dalam bilik darjah yang konstruktivis ialah dengan menggunakan teknologi. Dalam pengajaran dan pembelajaran, teknologi digunakan untuk mempertingkatkan kualiti pembelajaran, menggalakkan pemikiran ‘higher order’ dan kemahiran menyelesaikan masalah. Teknologi berupaya memotivasi, dinamik dan merangsang penglibatan murid dalam memahami dan menguasai isi pelajaran. Terdapat pelbagai bentuk teknologi baru dan lama dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan adalah dalam bentuk slaid, filem, video, kalkulator, perisian komputer, rangkaian maklumat dan sebagainya.

(2)

Pemilihan bentuk teknologi yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting kerana ia dapat memastikan sama ada akademik murid dapat ditingkatkan. Oleh itu pemilihan bentuk teknologi yang betul haruslah sesuai pada masanya. Guru juga harus mempunyai kemahiran asas tentang teknologi bagi membolehkannya berfungsi dalam bilik darjah yang ada teknologi.

2. KAJIAN LITERATUR

Minat Terhadap ICT

Dalam konteks pendidikan, teknologi komunikasi dan informasi merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan banyak untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Kejayaan teknologi komunikasi dan informasi dalam pendidikan bukan hanya terletak pada teknologi tetapi juga faktor lain seperti minat, sikap, pendekatan pedagogi, subjek yang diajar, jenis murid, tahap pencapaian murid, keperluan murid, guru dan persekitaran bilik darjah.

Oleh itu guru pelatih harus memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh menarik minat serta mencabar kebolehan murid, merangsang pembelajaran dan menyeronokkan, berjaya melepaskan horizon intelektual, sosial, moral, kerohanian dan mewujudkan perspektif positif seperti merasa penting untuk dipelajari serta berguna untuk masa hadapan. Justeru, satu anjakan paradigma harus dilakukan untuk menjadikan guru-guru pelatih minat dalam teknologi komunikasi dan informasi dengan penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran.Minat dalam teknologi komputer boleh dilihat meliputi minat seseorang guru pelatih itu berhubung dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan sejarah perkembangan komputer, bagaimana komputer berfungsi, pengaturcaraan program komputer, penghasilan perisian multimedia, penilaian perisian komersial, aplikasi komputer untuk tujuan pengajaran dan/atau pembelajaran, keselamatan data dalam komputer serta undang-undang hak cipta. Semua perkara yang dinyatakan di atas adalah penting sekiranya seseorang itu boleh dianggap sebagai memiliki ketrampilan yang tinggi dalam teknologi komputer. Justeru guru pelatih perlu melengkapkan diri dengan perkara-perkara tersebut dengan bersungguh-sungguh.

Guru-guru perlu secara tekalnya menyesuaikan pengajaran mereka dengan keadaan semasa dan mengaplikasikan kaedah-kaedah pengintegrasian teknologi terkini yang relevan dalam masyarakat bermaklumat. Satu syarat perlu bagi berlakunya perubahan ini ialah tahap akses yang munasabah kepada sumber-sumber yang standard dalam pendidikan. Ini termasuklah akses kepada komputer dan kepada lain-lain peralatan yang relevan kepada guru- guru dan murid, dan juga pendidikan keguruan yang berterusan yang akan memastikan tahap yang boleh diterima berkaitan dengan pengetahuan dan kompeten berkaitan teknologi komunikasi dan informasi.

Minat guru-guru dalam penguasaaan teknologi komunikasi dan informasi boleh mewujudkan satu asas bagi sikap mereka terhadap penggunaan teknologi komunikasi dan informasi dalam pengajaran. Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa secara amnya guru mempunyai sikap yang positif terhadap wadah teknologi yang baru ini. Sebagai contoh, ramai yang mungkin berpendapat bahawa internet adalah sesuatu yang menarik. Tentunya ini merupakan satu aspek yang positif dalam konteks hubungan antara guru dengan teknologi

(3)

komunikasi dan informasi. Sebaliknya pula, mungkin terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan guru apabila tinjauan secara lebih spesifik tentang hubungan antara guru-guru dan teknologi komunikasi dan informasi dilakukan.

Jika dilihat secara lebih mendalam, minat guru terhadap teknologi komunikasi dan informasi perlu seimbang dengan minat murid terhadap teknologi komunikasi dan informasi dan adalah tidak mustahil bahawa tahap minat dalam teknologi komunikasi dan informasi dalam kalangan murid adalah lebih tinggi berbanding dengan dalam kalangan guru. Maka adalah tidak pelik sekiranya akan turut juga berlaku penyebaran pengetahuan dan kompetensi dalam teknologi komunikasi dan informasi daripada murid kepada guru-guru.

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai hubungan secara langsung dengan konsep penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan.

Penggunaan teknologi seperti komputer memainkan peranan bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Kini teknologi maklumat dan komunikasi seperti komputer, teknologi rangkaian, telekomunikasi, video, teknologi percetakan dan imej telah digunakan secara meluas dalam bidang pendidikan. Penggunaan dan peranan komputer dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran khususnya, mampu mencabar serta mempunyai daya tarikan yang tersendiri telah menuntut para guru mengolah dan mengurus pengajaran mereka menggunakan teknologi maklumat dengan cekap dan berkesan agar iklim pembelajaran yang kondusif dapat dihasilkan (Rusli, 2002).

Sikap Terhadap ICT

Sikap yang positif terhadap sesuatu perkara adalah penting untuk mendorong seseorang itu melakukan sesuatu dengan sepenuh hati. Sikap telah dikenal pasti sebagai petunjuk ramalan yang penting bagi perbezaan antara individu dalam aplikasi pendidikan, pembelajaran dan pencapaian. Kajian mengenai sikap telah menjadi suatu kecenderungan utama para ahli psikologi pendidikan. Kebanyakan pengkaji bersetuju bahawa istilah sikap boleh diterangkan sebagai satu kecenderungan yang dipelajari untuk bertindak balas mengikut satu keadaan yang menggalakkan terhadap sesuatu objek yang diberi. Menurut Taylor et al., (1997), beliau menyatakan sikap mempunyai tiga komponen. Pertama, komponen kognitif yang menunjukkan kepada kefahaman dan kepercayaan terhadap sesuatu. Kedua, komponen afektif merujuk kepada perasaan dan ketiga komponen psikomotor yang menunjukkan kepada kecenderungan untuk bertindak balas atau berlagak mengikut sesuatu keadaan terhadap sesuatu situasi. Ketiga-tiga kecenderungan komponen ini berada dalam keadaan positif atau negatif.

Bagi Davis, et. al,. (1989) pula, beliau menyatakan bahawa sikap terhadap teknologi akan menjadi positif jika seseorang dapat mengawal teknologi tersebut berasa mudah dikendalikan dan membawa manfaat kepada mereka.

Pengajaran Dengan Komputer - Konstruktivisme

Perubahan dalam pendekatan pengajaran/pembelajaran berdasarkan perubahan dalam teori psikologi dan pedagogi telah mengwujudkan paradigma pengajaran/pembelajaran konstruktivisme. Terdapat tiga prinsip asas yang mentakrifkan pandangan pembelajaran konstruktivis:

(a) Setiap individu membentuk perwakilan pengetahuan sendiri berdasarkan pengalamannya sendiri; maka tidak terdapat satu perwakilan pengetahuan yang “betul”.

Prinsip ini didapati dalam penulisan Piaget dan Vygotsky.

(4)

(b) Prinsip kedua oleh Piaget menyatakan bahawa manusia belajar melalui eksplorasi/penerokaan aktif. Pembelajaran tercetus apabila murid sedar bahawa terdapat ketidaktepatan di antara perwakilan pengetahuan dengan pengalamannya.

Piaget melabelkan keadaan ini sebagai keadaan ketidakseimbangan (disequilibrium).

Proses menukar perwakilan pengetahuan sejajar dengan pengalaman adalah proses akomodasi (accommodation).

(c) Prinsip ketiga oleh Vygotsky menyatakan bahawa pembelajaran berlaku dalam konteks sosial; interaksi di antara rakan adalah sebahagian yang penting dalam proses pembelajaran (Vygotsky, 1978).

Walaupun terdapat persetujuan umum mengenai asas konstruktivisme, keputusan bagi pengajaran/pembelajaran adalah tidak jelas. Secara umum, pembelajaran melibatkan pembinaan pengetahuan daripada pengalaman individu; akibatnya setiap murid berhak memilih apa yang ingin dipelajari, memilih cara pembelajaran sendiri dan maklumat dipersembahkan dalam konteks yang membolehkan murid mengaitkan dengan pengalamannya. Ini memerlukan proses pembelajaran yang aktif dan berpusatkan murid.

Tetapi terdapat perbezaan pendapat yang ketara mengenai bagaimana untuk implementasi prinsip ini. Moshman (1982) telah membahagikan konstruktivisme kepada tiga kategori:

(a) Konstruktivisme endogenous menekankan keadaan proses pembinaan pengetahuan murid dan melihat peranan guru sebagai fasilitator ketidakseimbangan yang berlaku dan memberi input yang sesuai.

(b) Konstruktivisme exogenous yang berpendapat pengajaran formal boleh membantu murid membina perwakilan pengetahuan mereka yang boleh digunakan dalam pengalaman mereka.

(c) Konstruktivisme dialektik yang berpandangan bahawa pembelajaran berlaku melalui pengalaman sebenar; murid memerlukan sokongan (scaffolding) dan kolaborasi dengan rakan.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga kategori menekankan kepentingan murid membina pengetahuannya sendiri. Ini memerlukan murid menggunakan strategi meta-kognitif iaitu strategi untuk mempertingkatkan kefahaman, pengingatan dan pembinaan pengetahuan.

Berdasarkan ini, pengajaran yang menggunakan komputer mestilah mengintegrasikan alat pembelajaran atau alat kognitif yang mengikut Jonassen “memperluaskan pemikiran dan membolehkan pembinaan pengetahuan murid”. Alat pembelajaran ini termasuk alat pengedit teks dan hiperteks, alat pemodelan dan simulasi dan alat pemetaan konsep.

Alat Kognitif – Teknologi Dan Multimedia

Teknologi komputer seharusnya digunakan sebagai alat kognitif yang dapat membantu proses pembinaan pengetahuan/pemikiran dan bukan hanya sebagai media untuk menyampaikan pengetahuan. Alat kognitif adalah alat yang berkaitan dengan teknologi komputer yang digunakan bagi tujuan membantu proses kognitif (Kommers, Jonassen, dan Mayes, 1992). Ia merupakan alat pembantu dan pembina pengetahuan yang boleh diaplikasikan kepada domain subjek. Jonnassen (Mindtools for Schools, in press) berpendapat bahawa suatu peralatan adalah tidak sesuai digunakan oleh murid sekiranya ia tidak menggalakkan murid berfikir secara mendalam (deep processing) apa yang hendak dipelajari dan sekiranya alat ini tidak dapat membantu proses pembelajaran (Jonassen, 1996). Walau bagaimanapun sistem komputer boleh bertindak sebagai pemangkin untuk memperoleh kemahiran ini dengan syarat ia

(5)

digunakan secara yang dapat menggalakkan perbincangan, penyelesaian masalah, malah refleksi. Teori pembelajaran yang menyokong nilai alat kognitif adalah kukuh serta berasaskan kognitivisme dan konstruktivisme.

Multimedia menggunakan komputer untuk membolehkan grafik, animasi, video dan audio diintegrasikan ke dalam suatu persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang interaktif.

Ia mestilah mampu berperanan sebagai suatu alat kognitif, kolaboratif dan komunikasi dengan menyediakan persekitaran pengajaran-pembelajaran yang boleh menyokong, membimbing dan memperluas proses pemikiran penggunanya.

Mereka Bentuk Instruksional

Menurut Dick, W. (2005), model reka bentuk instruksional merupakan pendekatan sistematik menjadikan proses Merekabentuk pengajaran menjadi lebih berjaya. Kejayaan ini memberi ikatan untuk setiap komponen pembelajaran, hubung kait antara strategi pengajaran dan hasil pembelajaran yang diharap untuk dicapai. Morrison et., al (2007) pula mendefinisikan menggunakan proses secara sistematik merupakan istilah reka bentuk pengajaran. Ianya berdasarkan kepada teori pembelajaran, teknologi maklumat, analisis sistematik, kajian penyelidikan dan metodologi pengurusan. Pendekatan reka bentuk berfokus kepada banyak faktor yang mempengaruhi objektif pembelajaran, termasuklah;

• Apakah tahap keperluan murid dapat memenuhi objektif?

• Apakah strategi pengajaran yang paling sesuai berdasarkan kriteria dan objektif?

• Apakah bentuk teknologi atau sumber yang sesuai?

Teknologi Reka Bentuk Instruksional Berasaskan Teori Psikologi

Teori beban kognitif (Sweller et. al, 1998) mencadangkan reka bentuk strategi pengajaran untuk mengurangkan beban kognitif ‘extraneous’ dalam penggunaan bahan/alat pengajaran.

Ini lebih memudahkan dengan adanya contoh atau sebahagian sorotan kajian kepada permasalahan. Dalam pengajaran berasaskan multimedia, Moreno (2004) mencadangkan animasi, rajah selain daripada penggunaan teks pada skrin. Secara umumnya reka bentuk pengajaran sebenarnya telah menggabungkan teori-teori pembelajaran seperti Teori Pengajaran Gagne, teori pemprosesan maklumat dan beberapa teori behavioris dan konstruktif.

Pendekatan Model Reka Bentuk Instruksional ASSURE

Model ASSURE juga dikenali sebagai model pembangunan media di mana model ASSURE memilih dan mengimplementasikan median dan teknologi instruksional dalam aktiviti pembelajaran (Heinich, Smaldino et. al, 2005). Model ASSURE mengandaikan bahawa penggunaan alat media, seperti analisa keperluan, analisis tugasan dan penilaian pembelajaran diambil kira:

A-Analyze learners (analisa murid)

S- State objectives (nyatakan objektif/hasil pembelajaran)

S- Select Methods, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan sumber) U- Utilize media and materials (gunakan media dan bahan sumber)

R- Require learner participation (libatkan murid dalam pembelajaran) E- Evaluate and revise (nilai dan semak semula)

Secara umumnya, tumpuan terhadap teknologi instruksional tidak tertumpu pada perkakasan semata-mata, sebaliknya lebih menekankan cara pemikiran yang membolehkan

(6)

murid mencapai matlamat pendidikan sesuai dengan persekitaran mereka. Untuk menjadikan penggunaan bahan bantu mengajar bermultimedia yang lebih berkesan, aplikasi model ASSURE digunakan. Lantaran pembangunan bahan bermultimedia dibina untuk memenuhi prinsip dan teori kognitif. Antara persoalannya ialah:

• Bagaimana matlamat dan objektif pengajaran dinyatakan atau dijelaskan?

• Adakah maklumat dalam pengajaran dinyatakan dengan tepat dan terkini?

• Adakah maklumat dalam pengajaran logik dan mengikut urutan?

• Adakah pengajaran sesuai dengan sikap dan tingkah laku serta ciri-ciri kumpulan sasaran?

• Adakah strategi pengajaran dibina berdasarkan bahan-bahan pengajaran?

• Adakah strategi pengajaran mengambil kira jenis-jenis pembelajaran?

• Adakah bahan atau media yang digunakan boleh dipercayai?

Secara umumnya tujuan kajian ini adalah untuk melihat amalan guru dalam menggunakan model pengajaran serta aplikasi bahan multimedia dalam bilik darjah. Secara khususnya objektif kajian boleh dibahagikan kepada:

• Merancang pengajaran menggunakan model pengajaran

• Maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran dinyatakan dengan tepat dan terkini melalui model ini

• Mengkaji sama ada maklumat dalam pengajaran logik dan mengikut turutan

• Melihat sama ada pengajaran sesuai dengan sikap dan tingkah laku serta ciri-ciri kumpulan sasaran

• Melihat sama ada strategi yang dibina berdasarkan bahan-bahan pengajaran

• Melihat sama ada strategi pengajaran mengambil kira jenis-jenis pembelajaran

• Melihat amalan guru pelatih dalam mengaplikasikan model ASSURE dalam penghasilan bahan bantu mengajar

Pendekatan Multimedia

Menurut Jonassen (1996) persembahan multimedia adalah lebih ‘attention-getting’ dan

‘attention holding’ kerana ia adalah multimode, iaitu lebih daripada satu deria pada satu masa.

Maurer (1993) dan Thalman (1993) menyatakan penggunaan multimedia dalam pendidikan memainkan peranan yang lebih ketara apabila dibandingkan dengan media pengajaran konvensional kerana murid yang menggunakan multimedia kini lebih cepat untuk mencapai maklumat yang sesuai apabila diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Justeru dengan ciri-ciri kelebihan yang ada daripada teknologi multimedia interaktif maka manfaat yang boleh diperoleh adalah seperti:

i. Proses pembelajaran menjadi aktif ii. Menggunakan gambar dan interaktif

iii. Menyediakan laluan pelbagai hala yang boleh dikawal sendiri oleh pengguna dalam proses untuk mendapatkan maklumat

iv. Memberi kecekapan dalam pengurusan masa pembelajaran dan mengurangkan masa latihan dan pengajaran

v. Mengawal pelbagai jenis data

(7)

Pengetahuan, Kemahiran Dan Amalan Pelatih Kursus Media Dan Teknologi Instruksional Lonjakan daripada teori kognitif dan konstruktif telah melahirkan definisi teknologi dalam pengajaran, yang seterusnya iaitu definisi yang dikaitkan dengan mereka bentuk, membina, mengguna pakai, mengurus, menilai, menganalisis serta mengguna teori dan amalan daripada bidang-bidang lain. Justeru, penekanan yang perlu diutamakan adalah terhadap pemilihan strategi pengajaran dan penciptaan yang mampu mengintegrasikan nilai kebudayaan dengan amalan pengajaran berserta sumber demi mencapai matlamat pendidikan yang seimbang dan bersepadu. Penghasilan bahan pengajaran multimedia interaktif memberikan impak terhadap pengajaran guru untuk menyampaikan kandungan dengan lebih berkesan. Maka pendekatan model ASSURE dalam memilih dan mengimplementasikan teknologi pengajaran dan media dalam aktiviti pembelajaran digunakan. Kajian ini adalah untuk meninjau keberkesanan penggunaan perisian kursus multimedia interaktif dalam bilik darjah.

Kursus Media dan Teknologi Instruksional yang telah diikuti semasa pelatih berada di Semester 2 , untuk menghasilkan perisian Multimedia Interaktif berasaskan teori dan praktis teknologi instruksional (Seels & Richey, 1994). Guru Pelatih PDPP menggunakan pengetahuan teknologi instruksional yang dipelajari pada Semester 2 untuk menghasilkan projek bahan multimedia yang berbentuk digital. Seels dan Richey (1994) mendefinisikan teknologi pengajaran sebagai bidang yang mengandungi lima domain iaitu reka bentuk, pembangunan, utilisasi, pengurusan dan penilaian seperti dalam maklumat kursus EDUP 2112 iaitu Media dan Teknologi Instruksional

Tujuan Kajian

Kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan multimedia dalam pengajaran menggunakan perisian multimedia yang telah dihasilkan oleh guru pelatih pasca siswazah pada Semester 2 dalam kursus EDUP 2112 dan kajian ini menyediakan persekitaran pembelajaran (learning environment) semasa menjalani praktikum semester 3.

Objektif Kajian

[1] Melihat sikap murid terhadap keberkesanan pembelajaran menggunakan multimedia [2] Menguji kefahaman dan penguasaan murid terhadap topik pengajaran menggunakan

multimedia

[3] Melihat kesesuaian teknologi komputer dari aspek penggunaan multimedia dijadikan sebagai media pengajaran

Persoalan Kajian

[1] Bagaimana sikap murid terhadap pembelajaran menggunakan bahan multimedia interaktif?

[2] Adakah berlaku peningkatan kefahaman dan penguasaan murid terhadap topik yang diajar menggunakan bahan multimedia?

[3] Bagaimana teknologi multimedia dapat disesuaikan dalam pengajaran di sekolah?

Signifikan Kajian

Melihat sama ada aplikasi pendekatan reka bentuk pengajaran berasaskan model ASSURE dapat meningkatkan penguasaan kandungan pengajaran guru menggunakan bahan multimedia yang dihasilkan oleh guru pelatih.

(8)

3. METODOLOGI KAJIAN

Secara umumnya, kajian ini berasaskan kepada kajian lalu daripada pakar dalam bidang pendidikan, pakar psikologi dan reka bentuk instruksional. Reka bentuk instruksional adalah berasaskan model ASSURE. Tinjauan dalam bentuk soal selidik dan pemerhatian ke atas sikap murid, kefahaman murid dan kesesuaian komputer semasa pengajaran akan dijalankan oleh guru pelatih bagi kelas yang diajar di sekolah semasa menjalani praktikum. Kajian ini adalah untuk meninjau keberkesanan pengajaran menggunakan perisian kursus multimedia yang dihasilkan semasa menjalani kursus EDUP 2112: Media dan Teknologi Instruksional pada semester 2-yang lalu. Sampel kajian adalah terdiri daripada 33 orang pelajar PDPP semester 3 yang dipilih secara rawak di IPG Kampus Perlis

Instrumen Kajian

Instrumen kajian adalah seperti berikut:

1. Dokumen – keputusan peperiksaan akhir Semester 2 bagi subjek EDUP 2112 Media dan Teknologi Instruksional

2. Soal selidik mengandungi dua bahagian. Bahagian A meninjau tentang latar belakang dan maklumat peribadi dan maklumat am: lokasi praktikum manakala Bahagian B mengandungi soalan soal selidik yang terdiri daripada tiga konstruk iaitu sikap, kefahaman dan kesesuaian pengajaran berasaskan komputer. Pecahan dan bilangan soalan adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian

Perkara Bilangan Item

Bahagian A

Latar belakang 3 soalan

Maklumat Am : Lokasi Praktikum 1 soalan

Bahagian B

(i). Sikap Soalan 1-5

(ii). Kefahaman Soalan 6-15

(iii). Kesesuaian dengan pengajaran berbantukan komputer Soalan 16-19

Jumlah Besar 23 soalan

Bahagian B (soalan) menggunakan Linear Skala Likert seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 2 berikut.

Jadual 2: Maklum Balas Responden Mengikut Skala Likert

Skala Jawapan

1 Sangat tidak bersetuju

2 Tidak bersetuju

3 Tidak pasti

4 Bersetuju

5 Sangat bersetuju

Analisis Data

Semua data yang diperolehi dari soal selidik dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for The Social Sciences versi 25.0 (SPSS) untuk mendapatkan nilai min dan peratus

(9)

bagi setiap aspek yang hendak dikaji. Dalam kajian ini min skor yang digunakan merujuk kepada Jadual 3 di bawah:

Jadual 3: Min Skor Kajian Ini

Skala Jawapan

1.00 hingga 1.89 Sangat tidak bersetuju 1.90 hingga 2.69 Tidak bersetuju

2.70 hingga 3.49 Tidak pasti

3.50 hingga 4.29 Bersetuju

4.30 hingga 5.00 Sangat bersetuju

4. DAPATAN KAJIAN

Kajian ini melibatkan 33 orang pelajar PDPP semester 3 yang terdiri daripada 7 orang pelajar lelaki dan 26 orang pelajar perempuan yang dipilih secara rawak. Pelajar-pelajar ini sedang mengikuti program PDPP mengikut mata pelajaran major seperti dalam Jadual 4.

Jadual 4: Bilangan Pelajar Dan Mata Pelajaran Major Program / Major Bilangan Peratus (%)

Bahasa Melayu (R) 8 24.2

Bahasa Melayu (M) 6 18.2

RBT 5 15.2

TESL 14 42.4

Jumlah 33 100.0

Persoalan Kajian 1: Bagaimana Sikap Murid Terhadap Pembelajaran Menggunakan Bahan Multimedia Interaktif

Jadual 5: Analisis Dapatan Persoalan Kajian 1

Bil Item Keputusan (%) Min

Skor

Tahap Sangat

tidak bersetuju

Tidak pasti

Bersetuju Sangat bersetuju 1. Saya selalu merancang

dan mengaplikasi model pembelajaran berasaskan media dalam pengajaran (RPH)

0.0 12.1 48.5 39.4 4.29 Bersetuju

2. Murid saya seronok belajar topik hari ini

0.0 0.0 54.5 45.5 4.27 Bersetuju

3. Murid saya mudah belajar topik hari ini

0.0 9.1 48.5 42.4 4.33 Sangat

bersetuju 4. Murid saya tidak bosan

semasa pengajaran

0.0 18.2 48.5 33.3 4.15 Bersetuju

5. Tumpuan murid saya meningkat semasa pengajaran

0.0 12.1 51.5 36.4 4.24 Bersetuju

Purata Min Skor 4.29 Bersetuju

Merujuk kepada Jadual 5, sebanyak 100% responden bersetuju bahawa murid mereka seronok belajar apabila guru menggunakan bahan multimedia interaktif dalam sesi PdP. Sebanyak

(10)

90.9% responden mendapati murid mereka mudah menerima pengajaran dan 81.8% bersetuju dan sangat bersetuju bahawa murid mereka tidak berasa bosan apabila guru menggunakan bahan multimedia interaktif semasa sesi pengajaran. Selain itu 87.9% guru pelatih bersetuju dan sangat bersetuju bahawa tumpuan murid semakin meningkat apabila bahan multimedia interaktif digunakan. Ini membuktikan bahawa murid sangat seronok, tidak bosan dan lebih memberikan perhatian dan tumpuan apabila guru pelatih menggunakan bahan multimedia interaktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Persoalan Kajian 2: Adakah Berlaku Peningkatan Kefahaman Dan Penguasaan Murid Terhadap Topik Yang Diajar Menggunakan Bahan Multimedia?

Jadual 6: Analisis Dapatan Persoalan Kajian 2

Bil Item Keputusan (%) Min

Skor

Tahap Sangat

tidak bersetuju

Tidak pasti

Bersetuju Sangat bersetuju 6. Menyediakan langkah

pengajaran yang berurutan

0.0 0.0 53.1 40.6 4.33 Sangat

bersetuju 7. Memudahkan murid saya

memahami topik yang dipelajari

0.0 6.1 57.6 36.4 4.30 Sangat

bersetuju 8. Memudahkan murid saya

mengingati fakta yang dipelajari

0.0 6.1 57.6 36.4 4.30 Sangat

bersetuju 9. Murid diberi peluang

mengambil bahagian dalam perbincangan dengan menetapkan kumpulan perbincangan

0.0 12.9 48.4 38.7 4.27 Bersetuju

10. Murid dapat memberikan komunikasi yang interaktif dalam bilik darjah

0.0 3.0 48.5 48.5 4.45 Sangat

bersetuju

11. Memberi gaya

persembahan multimedia interaktif dan menarik minat murid

0.0 0.0 39.4 60.6 4.61 Sangat

bersetuju

12. Jelas dan berkesan 0.0 0.0 51.5 48.5 4.48 Sangat

bersetuju 13 Memudahkan murid saya

menjawab latihan yang diberi

0.0 12.1 51.5 36.4 4.24 Bersetuju

14. Objektif pembelajaran tercapai

0.0 3.1 62.5 34.4 4.33 Sangat

Bersetuju 15. Meningkatkan

kefahaman murid saya berbanding cara ‘chalk and talk’

0.0 0.0 48.5 51.5 4.52 Sangat

bersetuju

Purata Min Skor 4.38 Sangat

Bersetuju

Dapatan kajian (Jadual 6) berkaitan dengan aspek pemahaman murid menunjukkan bahawa 95.6% guru pelatih bersetuju dan sangat bersetuju bahawa pengajaran menggunakan bahan

(11)

multimedia menyediakan langkah pengajaran yang berurutan serta memudahkan murid memahami topik yang dipelajari. Ini terbukti apabila 94% guru pelatih bersetuju dan sangat bersetuju dengan item tersebut. 87.9% guru pelatih sangat bersetuju bahawa murid-murid lebih mudah untuk mengingati fakta yang dipelajari menggunakan bahan tersebut. Ini kerana 100%

guru pelatih bersetuju dan sangat bersetuju bahawa maklumat yang dipaparkan melalui persembahan multimedia interaktif jelas dan berkesan serta dapat menarik minat murid. Selain itu, 100% bersetuju dan sangat bersetuju bahawa penggunaannya memudahkan murid untuk menjawab latihan/ujian yang diberikan oleh guru pelatih. Ia juga terbukti berjaya membantu murid untuk mencapai objektif pembelajaran dengan berkesan.

Persoalan Kajian 3: Bagaimana Teknologi Multimedia Dapat Disesuaikan Dalam Pengajaran Di Sekolah

Jadual 7: Analisis Dapatan Persoalan Kajian 3

Bil Item Keputusan (%) Min

Skor

Tahap Sangat

tidak bersetuju

Tidak pasti

Bersetuju Sangat bersetuju 16. Sesuai dijadikan sebagai

media pengajaran

0.0 6.1 33.3 60.6 4.55 Sangat

bersetuju 17. Mempersembahkan isi

pengajaran yang mudah difahami dan

merangsang (berkesan)

0.0 6.1 39.4 54.5

4.48

Sangat bersetuju

18. Perlu disepadukan dengan kaedah konvensional

0.0 6.1 51.5 42.4 4.36 Sangat

bersetuju 19. Perlu digunakan oleh

guru masa kini dan hadapan

0.0 3.0 33.3 63.6 4.61 Sangat

bersetuju

Purata Skor Min 4.50 Sangat

Bersetuju

Bagi item bagaimana teknologi multimedia dapat disesuaikan dalam pengajaran di sekolah menunjukkan bahawa 98.9% bersetuju dan sangat bersetuju bahan multimedia interaktif dijadikan sebagai media pengajaran di sekolah. Ini kerana bahan ini dapat mempersembahkan isi pengajaran yang ringkas dan berkesan serta mudah difahami. Walau bagaimanapun 93.9%

guru pelatih bersetuju dan sangat bersetuju penggunaan bahan ini disepadukan dengan kaedah konvensional supaya lebih berkesan.

5. PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Dapatan kajian jelas menunjukkan sikap murid sangat positif apabila guru menggunakan bahan multimedia interaktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Ianya terbukti apabila purata skor min untuk persoalan kajian ini berada pada tahap bersetuju (skor min=4.29). Manakala, purata skor min bagi persoalan kajian kedua (Adakah berlaku peningkatan kefahaman dan penguasaan murid terhadap topik yang diajar menggunakan bahan multimedia?) menunjukkan tahap persetujuan yang sangat tinggi (skor min=4.38). Keadaan ini jelas membuktikan penggunaan bahan multimedia dapat meningkatkan pemahaman dan penguasaan murid dalam pelajaran. Dapatan kajian ini disokong oleh dapatan kajian yang menyatakan bahawa pengajaran berasaskan bahan multimedia meninggalkan kesan yang positif terhadap

(12)

pembelajaran (Robyler, 1988; Hofstetter 1995). Kajian Mohd Salleh Abu dan Tan Wee Chuen (2002) berkaitan penggunaan perisian VATrans juga membuktikan bahawa bahan multimedia interaktif berkesan meningkatkan pemikiran matematik disamping membantu pelajar membina pengetahuan melalui interaksi aktif dengan perisian tersebut. Ianya disokong juga dengan kajian Mohd Rusli, Che Ibrahim, Shaari, dan Nallaluthan (2021) serta Chai dan Kong (2017) yang membuktikan bahawa persepsi pelajar adalah positif apabila bahan multimedia digunakan. Ini kerana bahan multimedia dapat menarik perhatian murid dan sangat sesuai dijadikan media pengajaran untuk mereka. Walau bagaimanapun penggunaan bahan multimedia juga perlu diintegrasikan dengan kaedah konvensional supaya sesi pengajaran dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.

6. KESIMPULAN DAN PENUTUP

Peranan media dan teknologi komputer dalam pengajaran telah mula memberi inspirasi baru dalam pengajaran di bilik darjah. Model ASSURE telah dijadikan model dalam merancang reka bentuk pengajaran dalam bilik darjah menggunakan media. Kemampuan aplikasi bahan multimedia telah berjaya mencapai objektif pengajaran yang dirancang. Ini telah dibuktikan dengan tinjauan terhadap guru pelatih yang mengaplikasikan dalam bilik darjah praktikum mereka. Justeru berdasarkan kepada analisis data yang telah dilakukan dapatlah disimpulkan bahawa bahan bantu mengajar berasaskan multimedia yang dibangunkan oleh guru pelatih PDPP bagi empat kumpulan major ini telah berjaya meningkatkan sikap, kefahaman murid terhadap topik yang diajar dan topik yang diajar juga berjaya memenuhi objektif pengajaran mata pelajaran major yang diajar. Secara keseluruhannya, guru-guru perlu sedar bahawa aplikasi multimedia interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat memberi impak yang positif, bukan sahaja terhadap kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi guru itu sendiri yang dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran, malah pada masa yang sama dapat melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif, celik IT dan berilmu pengetahuan.

RUJUKAN

Chai, C. S., & Kong, S. C. (2017). Professional learning for 21st century education. Journal of Computers in Education, 4(1), 1-4.

Dick, W., Carey (2005).The systematic design of Instruction.Wiley .

Fullan, M. (2007). The new meaning of educational change. Teacher College Press.

Gagne, Robert M. (1987). Instructional Technology: Foundation. Lawrence Erlbaum.

H.Maurer (1993). An Overview of Hypermedia, dalam NM Thalmann : Virtual Worlds and Multimedia. John Wiley &Son.

Hall, G.E., George, A.A., & Rutherford, W.L. (1977). Measuring stages of concern about innovation: A manual for use of the SoC questionnaire. The University of Texas.

Hofsetter, F. 1995. Multimedia Literacy. Mac Graw Hill.

Jonassen (1996). Computers in the classroom: Mindtools for critical thinking. John Wiley &Son.

Kleiman, G.M. (2000). Myths and realities about technology in K-12 schools, leadership and the new technologies. Diperolehi daripada: http://www.edc.org/LNT/news/Issue14/feature.htm

Kommers, Jonassen, Mayer (1992). Cognitive tools for learning. Springer.

Mohd Salleh Abu & Tan Wee Chuen (2002). Analisis keberkesanan penggunaan perisian pembelajaran matematik VATrans yang berasaskan pendekatan penggabungan pemikiran visualisasi dan analisis. Jurnal Teknologi. 36(E)., 75-86.

Mohd Rusli, N. F. ., Che Ibrahim, N. F. S. ., Shaari, M. R., & Nallaluthan, K. (2021). Persepsi Pelajar terhadap Aplikasi Multimedia Interaktif dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21: Students’

Perceptions of Interactive Multimedia Applications in the 21st Century Teaching and Learning Process. Online Journal for TVET Practitioners, 6(1), 15–24.

(13)

Moreno, R.(2004). Decreasing Cognitive Load For Novice Students: Effect Of Exploratory Versus Corrective Feedback On Discovery –Based Multimedia. Instructional Sciences. 32., 99-113.

Morrison et., al (2007). Designing Effective Instruction. John Wiley &Son.

Moshman(1982). Exogenous, endogenous, dialectical constructivism. Elsevier.

Robyler, M.D. 1988. The effectivenessof microcomputer in education: a review of research from 1980-1987. The Higher Education Journal. 16(2):85-98.

Rusli(2002). Teknologi Sebagai Pengupaya Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Bestari. Jurnal Akademik Jilid 9.

Kota Bharu. MPKB.

Smaldino, S.Russell , J., Heinich & Molenda M. (2005). Instructional Technology: Multimedia For Learning.

Pearson.

Sweller et. al(1998). Level of expertise and instructional design. Journal of the Human Factors and ergonomous, Society. vol. 40. No.1. 1-17.

Taylor, S.E., Peplau, L.A. & Sears, D.O. (1997). Social Psychology. Prentice Hall.

Thalmann(1993). Virtual Worlds And Multimedia. John Wiley & sons.

Vygotsky, L.S.(1978).Mind In Society: The Development Of Higher Psychological Processes. Cambridge, MA.

Harvard University Press.

Wan Mohamad Wan Ibrahim, Hazlina Awang Kah, Zakaria Jusuh & Zari Ibrahim. (2002). Tahap keperluan pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi di kalangan guru-guru di beberapa buah sekolah di jajahan Kota Bahru, Kelantan.akses daripada: eprints.utm.my

Referensi

Dokumen terkait

komputer multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah dengan tujuan.. meningkatkan mutu pengajaran

Pada bahagian ini, semua data dan maklumat dikumpul berdasarkan matlamat dan objektif kajian serta skop kajian. Penganalisisan kajian ini terbahagi kepada dua peringkat

Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan sistem yang boleh mengesan suntikan SQL dan memaparkan maklumat kepada pengguna, membangunkan sistem yang berpotensi untuk

 Memainkan peranan sebagai papan hitam.  Menjadi alat yang boleh mengawal disiplin murid semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.  Boleh mengurangkan

Objektif kajian fasa dua pula ialah untuk mereka bentuk model kurikulum m-Pembelajaran Kursus Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran menggunakan Teknik Fuzzy

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan dan sikap terhadap penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer bagi pengajaran dan pembelajaran

Dalam konteks kajian ini penyelidik mengumpulkan maklumat tentang status kini dan kekangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah dari

Jika dilihat berdasarkan hasil kerjanya kanak-kanak ini telah berjaya mencapai ketiga-tiga objektif dalam kajian tindakan ini dimana multimedia interaktif ini dapat membantu dalam