• Tidak ada hasil yang ditemukan

Aplikasi Intervensi Kaunseling Terhadap Masalah Personaliti

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Aplikasi Intervensi Kaunseling Terhadap Masalah Personaliti"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Aplikasi Intervensi Kaunseling Terhadap Masalah Personaliti bagi Setiap Tahap Perkembangan Psikologi

(Application of Counseling Interventions on Personality Problems for Each Stage of Psychological Development)

Hadijah Johari1*, Hasnizam Saad1*, Rajila Amirrudin1*, Azreel Azim Abdul Alim1

1 Pusat Pengajian Dan Perkhidmatan Kaunseling & Psikologi, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kedah, MALAYSIA

*Pengarang Koresponden: [email protected], [email protected], [email protected] Accepted: 15 July 2022 | Published: 1 August 2022

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.2.20

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Apabila wujudnya masalah penyesuaian maka anak mangsa pencerian akan mengalami rasa kehilangan, kemarahan dan kemurungan terhadap diri sendiri, ibu bapa dan kehidupan pasca perceraian. Keadaan ini menjejaskan harga diri, kebolehsuaian, sistem kepercayaan dan tingkah laku sehingga akhirnya menjadi mangsa masalah personaliti kluster B apabila berpersonaliti dramatik dan beremosi sehingga mendedahkannya pada risiko gangguan emosi dan kemurungan.Tujuan kajian ini adalah untuk melihat tahap perkembangan psikologi yang mencetuskan masalah personaliti, mengenalpasti pandangan teori daripada aspek barat dan Islam yang bersesuaian dengan tahap perkembangan psikologi serta menyediakan perancangan rawatan untuk pemulihan yang melibatkan teknik- teknik kaunseling bagi setiap tahap perkembangan. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan apabila seorang remaja mangsa perceraian telah dipilih sebagai sampel kajian melalui dua sesi kaunseling. Berdasarkan transkrip sesi terapi maka data kualitatif dikumpulkan dan analisis kandungan digunakan untuk meneliti data berdasarkan transkrip sesi kaunseling. Dapatan kajian mendedahkan bahawa klien tidak melalui proses perkembangan psikoseksual dengan jayanya akibat tersekat atau berlaku lekatan (fixation) pada peringkat perkembangan psikoseksual seperti peringkat latency dan phallic maka pandangan pendekatan psikoanalisis dan terapi spiritual kaedah Tazkiah al-Nafs sesuai diaplikasikan bagi setiap tahap perkembangan psikologi klien malah perancangan rawatan melalui tingkah laku kognatif (CBT) turut diapilikasikan bagi membantu pemulihan klien pasca perceraian menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu. Dapatan kajian ini dapat membantu pengkaji dalam menentukan keberkesanan aplikasi intervensi kaunseling dalam menangani masalah penyesuaian anak mangsa pasca perceraian untuk kajian tahap perkembangan psikologi akan datang.

Kata Kunci: Kecelaruan personaliti, tahap perkembangan psikologi, lekatan (fixation) masalah penyesuaian, CBT, Terapi spiritual Tazkiah al-Nafs

Abstract: When there is an adjustment problem then the child of the divorce victim will experience feelings of loss, anger and depression towards themselves, parents and post - divorce life. This condition affects self -esteem, adaptability, belief systems and behaviors to eventually become a victim of cluster B personality problems when dramatic and emotional personality thus exposing them to the risk of emotional disorders and depression. theoretical views from western and Islamic aspects that are appropriate to the stage of psychological

(2)

development as well as provide treatment plans for rehabilitation that involve counseling techniques for each stage of development. This study used a purposive sampling method when an adolescent divorce victim was selected as the study sample with two counseling sessions were held. Based on the transcripts of the therapy sessions then qualitative data were collected and content analysis was used to examine the data based on the transcripts of the counseling sessions. Findings revealed that clients do not go through the process of psychosexual development successfully, stuck or fixation (fixation) at the stage of psychosexual development such as latency and phallic stage. treatment planning through cognitive behavior (CBT) is also applied to help post -divorce clients recover to adjust to a new life. The findings of this study can help researchers in determining the effectiveness of the application of counseling interventions in addressing the problem of adjustment of children of post -divorce victims for the study of future levels of psychological development.

Keywords: Personality disorders, stage of psychological development, fixation adjustment problems, CBT, Spiritual therapy Tazkiah al-Nafs method

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Sinar Harian melaporkan bahawa Selangor pada 2021 mencatat angka tertinggi bagi Statistik Perkahwinan dan Perceraian Malaysia Kementerian Perangkaan Malaysia dengan 7,402 kes dan Johor turut mencatat angka kedua tertinggi iaitu sebanyak 4,433 kes. Seterusnya, dilaporkan bahawa sebanyak 3,068 kes dicatatkan di Kelantan, Kedah (2,776), Pahang (2,646), Sarawak (2,449) danTerengganu (2,388).

Jelaslah bahawa angka tersebut amat merisaukan apabila dikatakan bahawa perceraian akibat kegagalan rumahtangga merupakan salah satu peristiwa hidup yang paling menakutkan kerana meletakkan sesiapa yang melaluinya dalam tekanan sehingga merosakkan fizikal, kesihatan mental dan sistem emosi (Gahler, 2006; Holmes & Rahe, 1967). Jika kesepian, kebimbangan, dan kemurungan akibat perceraian menunjukkan bahawa klien tidak melalui proses perkembangan psikoseksual dengan jayanya akibat berlakunya sekatan atau fixation pada peringkat perkembangan psikoseksual seperti latency dan phallic maka intervensi dalam kaunseling memainkan peranan yang besar demi membantu membentuk kesejahteraan individu. (Burlachuk & Mikhailova, 2002; Figdor, 2006). Justeru, kaunselor mestilah lebih berkemahiran dan melengkapkan diri dengan pelbagai kebolehan serta pendekatan untuk melakukan intervensi kaunseling menggunakan pendekatan yang sesuai untuk klien selepas pasca perceraian kerana masalah ini menjejaskan penyesuaian tahap perkembangan psikologi.

2. Sorotan Literatur

Penyesuaian perceraian merupakan proses yang mesti dilalui oleh pasangan lelaki, wanita dan anak-anak selepas perceraian mereka. Orang yang bercerai mesti menyesuaikan diri dengan senario kehidupan baharu dalam situasi ini. Tambahan pula, penyesuaian selepas perceraian merupakan satu proses yang boleh membantu individu dalam mencapai kesejahteraan emosi dan psikologi selepas salah satu pihak menamatkan perkongsian perkahwinan mereka (Asanjarani et al., 2017; Mahoney et al., 2007). Hal ini, kerana pelarasan selepas perceraian merupakan proses penting yang boleh membawa kesan pada kesihatan mental, kemurungan, kebimbangan dan tekanan apabila pasangan memutuskan hubungan, khususnya perkahwinan (Clarke-Stewart & Brentano, 2006).

(3)

Kesihatan mental merujuk pada keadaan kesejahteraan yang disedari oleh seseorang untuk mengatasi tekanan hidup yang biasa tanpa kemurungan (Froese-Germain & Riel, 2012).

Kemurungan boleh dibahagikan pada tiga jenis iaitu kemurungan ringan, kemurungan utama, dan kemurungan manik (Persekutuan Dunia Kesihatan mental, 2010). Jelaslah kemurungan yang serius mempengaruhi badan, emosi, minda dan tingkah laku individu malah akan mempengaruhi cara berfikir tentang dirinya serta cara dia berfikir tentang sesuatu benda.

Berdasarkan kajian lepas, kemurungan ini memberi kesan kepada manusia pada semua peringkat umur tanpa mengira lokasi geografi, demografi dan status sosial individu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017). Akhirnya, orang yang mengalami kemurungan lebih terdedah pada risiko gangguan lain seperti penyalahgunaan bahan terlarang, penyakit jantung, strok, HIV dan AIDS juga diabetes malah turut berisiko tinggi untuk membunuh diri.

Justeru, pengkaji percaya akan kepentingan meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang masalah personaliti kluster B ini agar anda dapat mengelakkan masalah ini terjadi.

Kajian lepas mendapati bahawa salah satu teori yang boleh diaplikasikan oleh kaunselor bagi mengatasi masalah personaliti kemurungan ialah Teori Psikoanalisi. Menurut Teori psikoanalisis punca masalah klien mungkin kurang perhatian daripada ibu bapa atau penjaga atau penjagaan anak –anak diserahkan kepada individu lain seperti datuk nenek sehingga klien melalui pengalaman negatif atau konflik masa lalu. Selain itu, dapat dikenal pasti wujudnya situsai klien tidak melalui proses perkembangan psikoseksual dengan baik, tersekat, atau mempunyai keterikatan (fixations) pada peringkat perkembangan psikoseksual seperti peringkat inkubasi dan phallic sehingga menyebabkan klien menggunakan banyak teknik mempertahankan diri secara senyap dan mengikuti tuntutan id. Hakikatnya, klien memerlukan masa yang lama, kesabaran, motivasi dan keazaman tinggi ketika menjalani sesi kaunseling psikoanalisis dengan intervensi dan strategi rawatan yang terbaik.

Intervensi kaunseling membantu klien menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu pasca perceraian. Sesi kaunseling individu ialah proses sistematik yang membantu individu berdasarkan prinsip teras sokongan perhubungan oleh kaunselor berdaftar, proses mencapai perubahan keseluruhan, kemajuan dan resolusi terbaik yang dilakukan secara sukarela oleh klien. Hakikatnya, kaunseling individu ialah hubungan profesional antara kaunselor dan klien yang bermula pada satu peringkat dan berkembang ke tahap yang lain malah setiap fasa yang dijalankan secara berkala mempunyai matlamat atau objektif tertentu dan mudah dikenal pasti melalui pengkonsepsian.

Pengkonsepsian kes membantu kaunselor memahami perspektif perkhidmatan sokongan yang klien inginkan secara teori dan seterusnya membantu kaunselor menggunakan kaedah perundingan atau intervensi yang sesuai agar isu segera diselesaikan dan mencapai matlamat perubahan klien (Puteri Hayati 2012). Langkah terpenting dalam pengkonsepsian kes adalah untuk mengenal pasti masalah berdasarkan andaian tertentu dan kemudiannya mengkategorikan masalah mengikut topik atau tema yang sesuai. Jika masalah tingkah laku yang dikenal pasti maka kaunselor harus mengaitkan masalah klien secara perspektif dengan teori yang akan digunakan sepanjang sesi. (Neukrug & Schwitzer, 2003). Justeru, bagi kajian ini penyelidik akan mengaplikasikan strategi kaunseling Motivational Interviewing (MI).

3. Metodologi Kajian

Penyelidik menggunakan pendekatan kajian kualitatif kerana penyelidik memerlukan pemerhatian yang teliti dan tidak memerlukan ramai responden tetapi maklumat berkualiti tinggi yang diperolehi dengan cara ini adalah kecil maka semua boleh memastikan bahawa

(4)

anda boleh memberi tumpuan pada sampel yang anda boleh menumpukan reka bentuk yang berbeza sepsis dalam penyelidikan kualitatif. Selain itu, penyelidik telah merancang psikologi, sosiologi, sains politik, kerja sosial, perniagaan dan rancangan komuniti (Bryman & Bell, 2007;

Yin, 2009). Kajian kes dijalankan secara sesi perundingan, temu bual, pemeriksaan dokumen, dan pemerhatian sebagai kaedah pemerolehan data (Ahmad Naqiyuddin, 2008, Neuman, 2010) berdasarkan pematuhan matlamat tinjauan. Kajian kes ini sesuai digunakan dalam kajian ini sekiranya pengkaji mengenakan data tentang interaksi keseluruhan sesi yang berlaku antara sampel dalam sesi perundingan. Justeru, penulisan kajian kes ini menggunakan strategi temu bual yang bermotivasi dengan menonjolkan latar belakang penampilan awal, kemurungan, konsep kes, pelan rawatan dan rawatan.

4. Dapatan Kajian

i. Latar belakang klien: Penampilan

Klien yang dipilih dalam kajian kes ini ini bernama Danish (bukan nama sebenar) yang berumur 15 tahun dan bersekolah asrama penuh di Kedah tetapi semasa lahir hingga 5 tahun beliau dibesarkan oleh nenek dan datuknya. Klien lahir dalam keluarga sederhana dengan ibu bapanya berkerja sebagai penjawat awam dalam bidang pendidikan dan unit beruniform namun, atas tuntutan tugas bapanya berada di Johor dan hanya melawat keluarga sebulan sekali. Walau bagaimanapun, sebulan yang lalu Danish terpaksa menerima takdir hidupnya bahawa kedua ibu bapanya bercerai apabila bapanya telah didapati berkhalwat. Situasi tersebut sangat mengecewakannya sehingga memaksanya membuat ujian Depression Anxiety Stress Scale (DASS) yang keputusan kemurungannya pada tahap teruk.

Jelaslah bahawa penilaian status mental semasa Danish tidak baik kerana menurut Aiken dalam Puteri Hayati (2012), metodologi yang digunakan untuk membuat penilaian penampilan dan tingkah laku klien ialah Mental Status Assessment (MSE) yang signifikan dalam proses rawatan dan pemulihan. Penyelidik melalui pemerhatiannya mendapati klien dapat menunjukkan kerjasama yang baik dalam sesi pertama. Keupayaan klien untuk membuat keputusan dan membaca dinilai berdasarkan MSE dan rumusannya klien dinilai mempunyai rupa agak kemas dan mengekalkan hubungan mata semasa sesi terapi tetapi kelihatan sensitif terhadap masa, tempat serta orang yang berurusan dengannya malah didapati emosi dan pemikiran beliau tidak stabil akibat masalah yang berlaku dalam hidupnya.

ii. Kenal pasti masalah.

Proses konsepsi kes memerlukan perunding untuk mengenal pasti masalah dan menyumbang pada pembangunan, kefungsian, dan penyesuaian pelanggan (Puteri Hayati, 2012). Kajian mendapati bahawa klien terselamat daripada peringkat bibir (0-18 bulan). Klien juga mengumumkan bahawa beliau telah diberikab susu ibunya sehingga dua tahun dan mendapat perhatian yang besar sebagai cucu pertama keluarganya. Hakikatnya, jika kanak-kanak menghisap susu, mendapat makanan minum dan dilayan dengan baik serta keperluannya dipenuhi maka sifat personaliti individu jadi optimis, menyenangkan dan mudah berkerjasama sama seperti klien walaupun hadir dalam sesi pertama tapi keramahannya memudahkan sesi berjalan dengan lancar malah beliau bebas daripada pengaruh rokok tidak seperti rakan sebayanya.

Seterusnya, ketegasan datuk neneknya terhadap latihan penggunaan tandas telah berjaya akan membentuk personaliti klien yang dikenali sebagai anal-agresif oleh Freud. Justeru, berdasarkan pemerhatian personaliti klien yang sangat pemurah tidak kedekut malah lebih

(5)

terbuka untuk berkongsi masalah sepanjang sesi. Jelaslah keyakinan ini berjaya mempengaruhi perkembangan psikologi klien ketika berhadapan dengan orang lain.

Walau bagaimanapun, berdasarkan penerokaan telah dikenalpasti bahawa klien tidak melalui peringkat perkembangan psikoseksual dengan lengkap pada peringkat Phallic kerana kurangnya perhatian daripada ayah hingga menyebabkan klien tidak mengalami electra complex semasa kecil iaitu pada umur 3 hingga 6 tahun. Jika klien didapati mengalami keadaan yang dipanggil kompleks Oedipus maka klien mula berasa gelisah dengan perasaannya dan mula menggunakan mekanisma bela diri. Keadaan ini berdasarkan luahan klien.

“saya agak kurang berhubungan dengan ayah. Dia seorang yang ringkas tapi tidak ambil tahu hal saya mungkin sebab sejak lahir hingga berumur 5 tahun kami tidak tinggal sebumbung jadi apabila ayah ada kat rumah, saya rasa macam janggal sebab saya hanya jumpa sekali sebulan. Kadang-kadang saya terfikir jugak saya ni ada ayah ka tak” (S2:5)

Catatan : (Petikan transkripsi Sesi 1 pada 3 Mac 2022, 9.00 malam)

Seterusnya, tahap perkembangan psikologi mendapati kanak-kanak lebih suka menumpukan perhatian pada aktiviti akademik, sosial, belajar tentang peranan jantina dan berkawan dengan rakan sesama jantina. Walau bagaimanapun, Danish tidak berpeluang melalui pengalaman – pengalaman tersebut kerana sering dikawal pergaulanya dalam kalangan ahli keluarga sahaja dan akhirnya menggugat daya tumpuannya terhadap persekitarannya seperti yang disampaikan dalam keluahan beliau:

“Sejak kecil lagi saya dijaga oleh nenek, dia seorang yang tegas dan perhubungan keluarga dengan orang luar agak terbatas. Dia kawal saya sebab saya cucu tunggal. Jadi saya tak diberi peluang untuk mengenali orang luar. Saya tiada kawan untuk bermain” saya sunyi dan sedih sebab tak sama macam kawan-kawan lain. (S3: 10)

Catatan: (Petikan transkripsi Sesi 1 pada 3 Mac 2022, 9.00 malam)

Akhirnya, berdasarkan penerokaan perkembangan psikologi klien dikenalpasti tidak berhadapan masalah pada peringkat genital (12 tahun ke atas) kerana perasaan cinta kepada diri sendiri dan kepada orang lain mula wujud dan telah diterjemahkan dengan tindakannya melindungi ibunya dan dirinya daripada rasa kecewa apabila ditinggalkan bapanya. Jelaslah pengalaman tersebut telah menjadikan beliau sangat penyanyang dan prihatin dengan orang sekelilingnya.

Walau bagaimanapun, semasa sesi berlaku klien boleh menerangkan emosi, pemikiran dan pengalaman tertentu. Keadaan inilah yang dikenali sebagai rintangan iaitu merupakan pertahanan terhadap ketakutan yang dihadapi klien bagi mengelakkan bahan yang mengganggu kesedaran. Oleh sebab itu, kaunselor bertanggungjawab untuk mengenal pasti kegagalan yang berlaku. Jika klien menghadapi masalah maka wajar klien harus menghadapinya. Contohnya, sesi pertama bersama Danish bagi soalan ke-5 ada persoalan tentang mimpi atau perkara menakutkan namun, beliau menyatakan bahawa beliau tidak pernah mengalami sebarang mimpi-mimpi. Jelaslah klien mengalami resistence kerana cuba mengelak daripada bercakap tentang mimpi serta tidak yakin untuk meluahkan pengalaman mimpi-mimpinya kerana khuatir akan perkara – perkara yang mengancam seperti pengalaman yang menyakitkan memasuki minda sedar.

(6)

Penyelidik kemudiannya meneruskan sesi penerokaan menggunakan kaedah pemindahan dan perlindungan yang membentuk intipati perhubungan kaunselor dengan klien melalui keterkaitan. Hal ini, kerana melalui proses tersebut kaunselor cuba membantu klien memahami urusan masa lalu mereka yang belum selesai dengan orang lain dan amat penting untuknya mengaitkan pengalaman lalu tersebut kehidupan semasa mereka. Akhirnya, klien menganggap kaunselor ialah orang yang pernah menimbulkan konflik dalam dirinya kerana semua potensi dipindahkan kepada kaunselor. Hal ini, selaras dengan konsep perkembangan kognitif (kecerdasan) Al Ghazali yang terbahagi pada empat peringkat iaitu al’aql alhayulani, al'aql bi almalakat, al'aql bi alfi'il, dan al'aqlalmustafad. Berikut kenyataan Danish apabila ditanya tentang emosi yang masih ada sejak kecil hingga dewasa berhubung dengan bapanya.

“Sejak kecil lagi saya fikir keluarga saya tidak sempurna kerana mak ayah tidak dtinggal sekali dan saya selalu fikir ayah jahat sebab tinggalkan ibu uruskan semuanya sendiri sampai satu tahap saya hilang semangat untuk teruskan kehidupan dalam keluarga ini dan ingin lari daripada rumah sebab selalu kena marah hanya perkara kecil seperti tertumpahkan makanan. Semua yang saya rasa daripada kecil itu saya bawa sampai hari ini dan bertambah tertekan apabila dapat tahu mak ayah akhirnya berpisah kerana ayah ada hubungan dengan wanita lain. Saya rasa sangat tak suka mak dibuat sebegitu dan bertambah benci dan sakit hati dengan ayah. Dendam ini saya akan simpan sampai bila-bila.” ( S6 : 15) Catatan : (Petikan transkripsi Sesi 1 pada 3 Mac 2022, 9.00 malam)

iii. Andaian masalah berdasarkan strategi temu bual motivasi (MI).

Masalah klien adalah dalam kemurungan akibat perceraian ibu bapanya. Beliau tidak boleh berasa positif, tidak mahu berbuat apa-apa, tidak mempunyai harapan dalam hidup, ibu mereka sedih, tertekan, mereka tidak bersyukur akhirnya mereka mempunyai kehidupan yang tidak bermakna. Oleh sebab itu, daripada perspektif MI, klien menghadapi masalah iniemurungan akibat isu ketidakpastian dan kekaburan. Hal Ini merupakan konflik dalaman yang dialami oleh klien atau dipanggil kesukaran psikologi. Justeru, untuk mencapai matlamat perubahan pelanggan, perunding mesti memahami terma rangka kerja berikut:

• Motivasi untuk berubah datang daripada klien sendiri tanpa paksaan dan menjalankan proses kaunseling rohani MI: kerjasama, penerimaan, inspirasi dan belas kasihan (Miller dan Rollnick (2013).

• Strategi MI. meletakkan klien seperti berikut: Orang yang bertanggungjawab mencari penyelesaian pada perasaan kemurungan. Kaunselor mesti berusaha untuk mewujudkan percanggahan antara matlamat, impian dan tindakan semasa mereka

Perancangan Rawatan

Perancangan rawatan adalah berorientasikan matlamat dan tindakan yang menyediakan rangka kerja terapeutik serta struktur berorientasikan matlamat (Seligman, 2004). Justeru, memahami masalah dan memilih langkah seterusnya untuk menyelesaikannya adalah langkah pertama dalam perancangan rawatan. Selain itu, perancangan terapeutik merupakan alat untuk kaunselor mengaplikasikan konsep kes dan pandangan teori bagi mencapai matlamat rawatan mereka (Puteri Hayati, 2012). Perancangan rawatan hendaklah merangkumi tiga elemen iaitu menetapkan matlamat yang ingin dicapai, menentukan kaedah rawatan dan mendokumentasikan cara untuk mencapai matlamat (Neukrug & Schwitzer, 2003).

Hakikatnya, penyelidik telah menggunakan ketiga-tiga bahagian dalam membangunkan program rawatan berdasarkan masalah klien seperti dalam jadual 1 berikut:

(7)

Jadual 1: Perancangan Rawatan

Bil Perancangan Rawatan Catatan

1 Matlamat Perubahan Tujuan perubahan yang dicapai melalui pendekatan MI adalah untuk menjawab kebimbangan klien atau kebimbangan yang bercanggah dalam jiwa mereka. Oleh sebab itu, strategi MI semasa proses rawatan adalah berdasarkan empat proses iaitu 1) komitmen, 2) fokus, 3) panggilan, dan 4) perancangan. ) Masalah berubah dengan cepat dan tingkah laku klien timbul daripada proses rawatan ini.

2 Kaedah rawatan Kaunselor bercadang untuk menggunakan strategi kaunseling MI untuk menjalankan sesi kaunseling bersemuka sebanyak dua sesi.

3 Intevensi rawatan Perancangan intervensi rawatan yang dilakukan oleh kaunselor adalah berdasarkan masalah umum klien. B. Kemurungan selepas bercerai.

Penggunaan intervensi tekanan dalam kaunseling kognitif-tingkah laku.

4 Pengukuran perubahan Perancangan rawatan harus menunjukkan cara perubahan diukur dan hasil pencapaian matlamat (Neukrug & Schwitzer, 2003). Gabungan ukuran objektif dan subjektif boleh digunakan untuk menilai perubahan (Jongsma

& Peterson, 2003; Seligman, 2004). Pencapaian matlamat dinilai menggunakan penilaian status mental klien, rekod/laporan kendiri, dan pemerhatian kaunselor terhadap klien sepanjang sesi untuk klien ini.

5 Penilaian status mental Perubahan celik akal, emosi, pemikiran, pertuturan dan mental yang ditunjukkan oleh klien semasa sesi daripada sesi pertama hingga yang terakhir akan dirujuk sebagai pengukuran atau penilaian perubahan klien berdasarkan MSE.

6 Rekod Perubahan klien juga boleh diukur dengan memerhati perubahan verbal klien sepanjang sesi terapi (bermula daripada sesi pertama sehingga sesi terakhir). Semasa menjalani rawatan, kebanyakkan bahasa pertuturan pelanggan dapat dikesan.

7 Pemerhatian kaunselor Pencapaian matlamat juga diukur melalui pemerhatian daripada kaunselor.

Semasa sesi, idea, tingkah laku dan tindak balas fisiologi klien memberikan gambaran bahawa klien memihak pada rawatan.

Pelaksanaan Rawatan

Strategi MI digunakan untuk membantu pelanggan dalam menyelesaikan isu. Teknik tingkah laku kognitif digunakan untuk membantu klien membuat perubahan sukarela dalam tingkah laku mereka melalui satu siri "peringkat perubahan" (Prochaska & Norcross, 2004) Hakikatnya, strategi MI menekankan pada kolaborasi antara klien dan kaunselor kerana hubungan interpersonal antara keduanya dapat membantu menggalakkan perubahan tingkah laku klien malah, sikap belas kasihan atau menyalahkan klien terhadap sesuatu yang telah berlaku memberikan ruang untuk klien membuka lembaran baharu kehidupannya. Pelaksanaan rawatan dapat dijelaskan seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2: Pelaksanaan Rawatan

Bil Pelaksanaan Rawatan Catatan

1 Membina hubungan dan

penstrukturan (proses Perapatan)

Parameter penstrukturan yang dibincangkan oleh kaunselor merangkumi peranan kaunselor, peranan klien, tempoh masa sesi kaunseling, kerahsiaan dan limitasi kerahsiaan.

2 Penerokaan (proses Memfokus). Pada sesi ini proses penerokaan masalah klien (proses memfokus) dilakukan. Klien berkongsi berkaitan sejarah awal kemurungan yang dihadapinya

3 Penerokaan Masalah (proses Memfokus)

Pada sesi ini klien dibantu untuk menyelesaikan kemurungan melalui penerokaan. Pada sesi ini juga kaunselor memberi beberapa maklumat (setelah dibenarkan oleh klien) untuk meningkatkan kepekaan klien tentang masalah yang sedang klien hadapi. Di akhir sesi, kaunselor membuat rumusan.

4 Penyelesaian Masalah (proses Evokasi

Sesi-sesi seterusnya adalah bagi pencapaian matlamat perhubungan kaunseling iaitu melalui proses Evokasi.

(8)

5 Penyelesaian Masalah (proses Evokasi

Proses Evokasi ini diteruskan dengan perbincangan untuk mengenal pasti halangan yang mengganggu klien dalam usaha membuat perubahan tingkah laku

6 Penyelesaian Masalah (proses

Evokasi dan Membuat

Perancangan).

Proses ini melibatkan penukaran gambaran imej dalam pemikiran klien kerana kesan pencetus berkaitan pemikiran.

Rumusan sesi dilaksanakan sebelum sesi kaunseling ditangguhkan.

7 Tindakan (proses Perancangan) Memberi fokus kepada membantu klien meningkatkan keyakinan agar klien mampu mengubah tingkah lakunya (membuat Perancangan).

8 Rumusan dan Penamatan Sesi. Ringkasan sesi sebelumnya diberikan dalam sesi ini bagi menyemak perbahasan sesi sebelumnya. Sesi terakhir ini digunakan untuk membuat kesimpulan tentang pengalaman klien sepanjang sesi sebelumnya. Sesi ini juga digunakan untuk menilai keberkesanan rawatan yang telah diberikan.

5. Dapatan kajian dan perbincangan

Kajian ini merujuk pada penyesuaian diri iaitu proses menerima perceraian yang berlaku dalam kehidupan dan memberi kesan pada kesejahteraan diri. Kajian dijalankan dengan mencari tema dalam intervensi kaunseling melalui domain kognitif. Melalui sesi kedua klien menyatakan bahawa dirinya lebih terbuka untuk meluahkan pengalaman yang dihadapi dan dirasai dalam sesi intervensi malah, didapati bahawa ujian Depression Anxiety Stress Scale (DASS) kali keduanya mendapati tahap kemurungannya pada tahap rendah seperti dalam jadual 3.

Jadual 3: Subtema Bagi Domain Kognitif Elemen Penyesuaian Diri

Bil Transkripsi Subtema Bagi Domain Kognitif Elemen

Penyesuaian Diri 1 Alhamdulillah, lepas ikut sesi ini saya lebih

terbuka, pemikiran dan perasaan, I feel more open dan more positif , tak dak lah kalau bila sembang ja ummi cakap pasal ayah I, rasa macam berdesing je telinga. Sekarang I boleh fokus dalam hidup.

Catatan : (Petikan transkripsi Sesi 2 pada 24 Mac 2022, 9.00 malam : S1: 3)

Kogantif

Open Positif Fokus

Berdasarkan transkrip, terdapat perkataan "lebih terbuka" digunakan oleh klien untuk menggambarkan perubahan mereka selepas menjalani sesi campur tangan selepas perceraian.

Malah, pada sesi kedua ini, klien juga menunjukkan telah terlibat secara aktif dalam kehidupan seharian yang sukar menguruskan diri dan keluarga selepas perceraian kerana dia anak tunggal.

Seterusnya, berikut adalah transkripsi bagi domain tingkah laku dalam penyesuaian diri yang melibatkan subtema bersemangat seperti dalam jadual 4.

Jadual 4: Subtema Bagi Domain Tingkah Laku Elemen Penyesuaian Diri

Bil Transkripsi Subtema Bagi Domain Tingkah Laku Elemen

Penyesuaian Diri 1 “Alhamdulillah untuk sesi ini, I jadi lebih

bersemangat nak teruskan hidup dan belajar.

Tetapi kadang stress dengan ummi yang dok bercakap pasal ayah”

Catatan : (Petikan transkripsi Sesi 2 pada 24 Mac 2022, 9.00 malam: S2 : 8)

Tingkah laku Bersemangat

(9)

Berdasarkan transkripsi di atas, terdapat perkataan “bersemangat” yang dinyatakan oleh klien bagi menggambarkan dirinya mempunyai kekuatan dan bersemangat meneruskan kehidupan pasca perceraian sebagai anak mangsa perceraian yang menggalas tanggungjawab untuk menjaga kebajikan keluarganya. Subtema bersemangat yang dikenal pasti berdasarkan transkripsi sesi kaunseling menjelaskan bahawa terdapat perubahan tingkah laku klien dalam menjalani kehidupan pasca perceraian.

Akhirnya, berikut adalah transkripsi bagi domain emosi dalam penyesuaian diri yang melibatkan subtema sepertimana yang dapat dilihat pada Jadual 5.

Jadual 5: Subtema Bagi Domain Emosi Elemen Penyesuaian Diri

Bil Transkripsi Subtema Bagi Domain Emosi Elemen

Penyesuaian Diri 1 “I dok fikir ok lebih rasa gembira sekarang , I

lebih tenang sebab sedar semuanya sudah ditakdirkan. Kebahagiaan bukan dijamin dengan ahli yang lengkap tapi cara kita terima semua lalu rasa bahagia akan datang sendiri.

Catatan : (Petikan transkripsi Sesi 2 pada 24 Mac 2022, 9.00 malam: S3 : 15)

Emosi

Gembira tenang bahagia

Berdasarkan transkripsi di atas, terdapat perkataan "puas hati" dan "tenang" diungkapkan melalui cara penaung untuk menerangkan alternatif dalam dirinya manakala penaung mampu secara spesifik menikmati rasa dan diserahkan dalam watak yang mengalami jenis itu. Senario untuk menerima sahaja sesuatu yang berlalu sudah ditakdirkan. Seterusnya, penaung itu berkata bahawa klien kini berasa puas kerana menyedari bahawa seluruh kalangan saudara sendiri bukanlah jaminan gaya hidup yang berpuas hati namun semuanya bergantung kepada ramai individu rangkaian yang melakukan perkara yang mereka suka mengisi masa dan rancangan mereka untuk gaya hidup takdir.

Justeru, kaedah Tingkah Laku Kognitif, strategi penstrukturan semula kognitif membawa pada peningkatan tahap penyesuaian anak mangsa pasca perceraian, termasuk aspek pendedahan kendiri, kesedaran sosial, dan harga diri (Jennings & Deming, 2013). Gangguan pemikiran individu juga boleh diperbetulkan, membolehkan mereka bertindak balas terhadap rangsangan yang menyebabkan perubahan emosi dan tingkah laku (Pearson et al., 2002).

Intervensi terapi CBT yang digunakan dalam kajian ini bertujuan untuk menyusun semula pemikiran dan sistem kepercayaan anak mangsa percerian yang mengalami masalah personaliti supaya tidak mengalami kemurungan, kemarahan dan putus asa akibat perceraian ibu bapanya.

Sesi intervensi dengan kaunselor membolehkan klien melepaskan dendam, meluahkan perasaan marah dan sedih yang telah dipendam sepanjang perkahwinan ibu bapanya sehingga selepas perceraian. Malah, dapatan analisis menunjukkan bahawa intervensi tertumpu pada pembentukan kepercayaan dan pemikiran baharu kerana pemikiran mempunyai kesan ke atas tingkah laku seseorang.

Kesimpulan

Akhirnya, dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa intervensi kaunseling boleh membantu mangsa perceraian beralih mendapatkan kesejahteraan psikologi selepas berlakunya proses percerian. Walau bagaimanapun semasa menjalankan sesi kaunseling dengan pasangan atau mangsa perceraian, kaunselor hendaklah mengikut garis panduan pelaksanaan rawatan kaunseling. Kaunselor juga perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran menggunakan

(10)

kaedah Tingkah Laku Kognitif dalam intervensi kaunseling kerana isu institusi perceraian mesti ditangani dengan baik bagi memastikan kesejahteraan psikologi pasangan yang bercerai dan anak-anak dapat mempertingkatkan kesejahteraan keadaan keluarga. Justeru, berdasarkan penerokaan ini pengkaji ingin menyarankan agar kajian pada masa hadapan boleh memberi tumpuan pada rawatan MI keluarga demi menambah koleksi penyelidikan dunia kaunseling dan psikologi.

Rujukan

Ahmad Naqiyuddin Bakar. (2008). Towards a new mode of governance in Malaysia: policy, regulatory and institutional challenges of digital convergence (PhD thesis, University of Hull, England).

Asanjarani, F., Jazayeri, R., Fatehizade, M., Etemadi, O. & De Mol, J. (2017). The effectiveness of Fisher’s rebuilding group intervention on divorce adjustment and general health of Iranian Divorced Women. Journal of Divorce & Remarriage, 59(2), 108-122

Bryman, A. & Bell, E. (2007). The nature of quantities research. Business research methods (2nd ed.). Oxford University.

Burlachuk, L. F., & Mikhailova, N. B. (2002). To psych diagnostic theory of situations.

Psychological Journal, 1(23), 5-17.

Clarke-Stewart, A., & Brentano, C. (2006). Divorce: Causes and consequences. Yale University Press.

Gahler, M. (2006). To divorce is to die a bit: a longitudinal study of marital disrupt and psychological distress among Swedish women and men. The Family Journal Counseling and Therapy for Couples and Families, 14(4), 372–82.

Froese-Germain, B., & Riel, R. (2012). Understandint teachers’ perspectives on student mental health: findings from a national survey. Canada: Canadian Teachers' Federation.

Hamzah, A. (2010). Kaedah kualitatif dalam penyelidikan sosiobudaya. Jurnal Pengajian Media Malaysia. 6(1), 1-12.

Jennings, J. L., & Deming, A. (2013). Effectively utilizing the “behavioral” in cognitivebehavioral group therapy of sex offenders. International Journal of Behavioral Consultation and Therapy, 8(2), 7-15.

Juliah Binti Subandi, Puteri Hayati Megat Ahmad, Nurul Hudani Mad Nawi. (2016). Rawatan Kaunseling Penyalahgunaan Dadah Menggunakan Strategi Motivational Interviewing (MI): Satu Kajian Kes dimuat turun daripada http://malrep.uum.edu.my/rep/Record/

my.ums.eprints.31562/Details

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Depression, anxiety and stress among firefighters at one of balai bomba in Negeri Sembilan - a case study. Jurnal Psikologi Dan Kaunseling, 8, 194-211. Miller, W. R. & Rollnick, S. (2013). Motivational Interviewing. Helping People Change (3rd ed.). New York: Guildford Press.

Neukrug, E. S. & Schwitzer, A. M (2003). Skills and tools for today’s counsellors and psychotherapists. Pasific G

Nur Azmina Paslan, Mohamad Hashim Othman (2021). Keberkesanan Intervensi Kaunseling Terhadap Penyesuaian Diri Wanita Pasca Perceraian dimuat turun daripada http://www.ijepc.com/PDF/IJEPC-2021-44-12-18.pdf

Paslan, N. A., & Othman, M. H. (2021). Keberkesanan Intervensi Kaunseling Terhadap Penyesuaian Diri Wanita Pasca Perceraian. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 6(44), 232-243.

(11)

Pearson, F. S., Lipton, D. S., Cleland, C. M., & Yee, D. S. (2002). The effects of behavioral/cognitive-behavioral programs on recidivism. Crime and Delinquency, 48(3), 476-496.

Puteri Hayati Megat Ahmad. (2015). Kaunseling Motivasi Dalam Penyalahgunaan Dadah.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Prochaska, J. & Norcross, J. (2004). System of psychotherapy; A transtheoritical analysis (5th ed.). New York: Wadsworth.

Seligman, L. (2004). Diagnosis and treatment planning in counseling (3rd ed.). New York:

Plenum Press.

World Federation for Mental Health. (2010). Depression: What you know can help you - International perspectives on depression for people living with depression and their families. USA: World Federation for Mental Health.

Referensi

Dokumen terkait