on 10 April 2014
Kunjungan Hormat kepada Ketua Menteri Sarawak
KUCHING, 10 April 2014 - Ketua menteri Sarawak YAB Tan Sri Datuk Amar haji Adenan Haji Satem hari ini menerima kunjungan hormat daripada pengurusan tertinggi Universiti Malaysia Sarawak di Wisma Bapa Malaysia.
Kunjungan tersebut bertujuan untuk mencadangkan ketua menteri Sarawak sebagai Pro Canselor UNIMAS.
Turut hadir dalam kunjungan tersebut Ybhg Dato’ Prof Dr Morshidi Sirat, Ketua Pengarah, jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dalam kunjungan tersebut UNIMAS diwakili Naib Canselor, Dato’ Mohamad Kadim Suaidi, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof Dr Fatimah Abang, 1. Prof Dr Kopli Bujang,Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi),Prof Mohd Fadzil Abdul
Rahman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
Artikel & Gambar oleh Azlandy Mohammid Ali Tuah || Bahagian Perancangan & Komunikasi Korporat