• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bakal jurutera perlu proaktif persiap diri manfaatkan IR 4.0

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Bakal jurutera perlu proaktif persiap diri manfaatkan IR 4.0"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Bakal jurutera perlu proaktif persiap diri manfaatkan IR 4.0

Julai 28, 2021 @ 10:30am

Gambar hiasan

Headline Bakal jurutera perlu proaktif persiap diri manfaatkan IR 4.0

Language Bahasa Melayu

Media Title BH Online Section/Page No Rencana

Date 28 Julai 2021 Journalist Rosdiadee Nordin

Source https://www.bharian.com.my/rencana/minda- pembaca/2021/07/844203/bakal-jurutera-perlu- proaktif-persiap-diri-manfaatkan-ir-40

Remarks Jurutera, IR 4.0

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Profesion kejuruteraan penyumbang utama kepada kecanggihan teknologi dan kemajuan taraf sesuatu tamadun. Disiplin ilmu asas kejuruteraan dipecahkan kepada elektrik, elektronik, kimia, mekanikal dan awam. Terdapat cabang pengkhususan bagi setiap disiplin contohnya telekomunikasi, komputer, mikroelektronik dan bioperubatan untuk jurusan kejuruteraan elektronik.

Setiap jurusan adalah pemboleh daya inovasi bagi peningkatan kualiti, keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan yang memberikan keselesaan serta penjimatan kos kepada pengguna.

Bakal jurutera sewaktu pengajian di universiti akan dibekalkan pelbagai ilmu dan kemahiran asas.

Bermula daripada aplikasi pengetahuan kejuruteraan untuk menyelesaikan masalah industri, berkebolehan menggunakan peralatan, perisian dan bahasa pengaturcaraan, tanggungjawab kepada masyarakat serta alam sekitar, etika, pengurusan projek, pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran berkomunikasi - sama ada melalui pembentangan, penulisan dan perbincangan kumpulan.

Pelbagai aktiviti dan penilaian pembelajaran dilaksanakan melalui makmal, tugasan, projek dan peperiksaan bagi memastikan bakal jurutera dibekalkan ilmu dan kemahiran diperlukan, sebagai persediaan mendepani alam pasca kampus supaya dapat menyumbang kepada komuniti, industri serta masyarakat.

Usaha juga giat dilakukan bagi memberi pendedahan awal kepada industri termasuk latihan praktikal, projek tahun akhir dan reka bentuk berasaskan masalah di industri atau komuniti, serta lawatan teknikal dan perkongsian pengalaman daripada wakil industri.

Universiti giat bekerjasama dengan industri bagi mendapat maklum balas mengenai perkembangan dan keperluan terkini di industri supaya tiada jurang dalam kurikulum berbanding keperluan kemahiran industri.

Malah, dalam memastikan bakal jurutera bersedia menghadapi realiti pekerjaan, mereka didedahkan dengan asas keusahawanan bagi menggalakkan pengwujudan peluang pekerjaan dan meneroka perniagaan baharu.

Universiti perlu semakin cakna mengenai corak pekerjaan masa akan datang dan semestinya perlu beralih daripada dilihat sebagai sebuah 'kilang' membekal graduan kepada industri.

Pelbagai program keusahawanan sudah dilaksanakan universiti untuk menggalakkan penubuhan syarikat terbitan atau startup. Malah, wujud sokongan dan dana daripada agensi kerajaan, industri dan antarabangsa. Selain itu, ekonomi gig boleh dimanfaatkan untuk menampung keperluan pekerja berkemahiran tinggi, seperti kejuruteraan.

Bakal jurutera juga perlu lebih proaktif meningkatkan kemahiran insani serta meningkatkan kompetensi kendiri. Contohnya dengan mengambil sijil profesional yang kini banyak ditawarkan melalui platform dalam talian.

Landskap pekerjaan masa hadapan juga memerlukan graduan kreatif, pemikiran kritis dan inovatif, penyelesaian masalah rumit, kepintaran emosi, pengaruh sosial dan kepimpinan, seperti dilaporkan Forum Ekonomi Dunia (WEF).

Selepas tamat pengajian dan memulakan kerjaya, graduan perlu terus mempertingkatkan kemahiran teknikal dan pengurusan, selain berdedikasi melaksanakan tanggungjawab ditetapkan majikan.

(3)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Berikan sumbangan memberi impak kepada industri diceburi supaya mendapat kepuasan dalam pekerjaan.

Sebagai contoh, mencadang pengurangan kos operasi, menyelesai masalah berkaitan pengeluaran dan perkenalkan inovasi.

Hala tuju industri sentiasa berubah untuk kekal bersaing dan terdedah pelbagai cabaran, terutama impak ekonomi.

Menyentuh isu gaji jurutera rendah, realitinya masalah ini sudah wujud lebih 20 tahun lalu. Statistik Bank Negara Malaysia menunjukkan berlaku peningkatan bilangan graduan di Malaysia, namun merisaukan apabila kadar gaji permulaan didapati berkurangan.

Untuk menyelesaikan kemelut pengangguran dan gaji rendah, industri, kerajaan dan universiti perlu duduk semeja menentukan usaha terbaik.

Tidak dinafikan sudah mula pelbagai usaha sama daripada ketiga-tiga pihak untuk mengatasi masalah ini.

Sebagai permulaan, industri perlu meneroka peluang ekonomi baharu dan juga meningkatkan nilai rantaian kepada industri berasaskan kemahiran kejuruteraan dan berteknologi tinggi. Sudah sampai masa kita berhenti menjadi pengikut teknologi tegar dan bergerak ke arah mewujudkan teknologi dan penyelesaian kejuruteraan sendiri menggunakan bakat tempatan.

Mengambil kira Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) sudah tidak asing lagi, industri boleh memanfaatkan peluang teknologi 5G, dron, internet kebendaan (IoT), kecerdasan buatan (AI), data raya dan robot berautonomi dalam meningkatkan nilai industri, selain mampu berdaya saing di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Lantas, peluang pekerjaan baharu dapat diwujudkan seterusnya mengatasi lambakan graduan.

Selain itu, ia dapat memberi laluan kepada kenaikan pangkat jurutera berkemahiran terkehadapan, serta penawaran gaji lebih tinggi kepada jurutera, terutamanya dalam bidang teknologi memuncul.

Coretan diakhiri dengan memetik kata pepatah daripada Rancho, seorang jurutera fiksyen tersohor daripada filem 3 Idiots: Kejar kecemerlangan, semestinya kejayaan sentiasa mengikuti anda.

Prof Madya Dr Rosdiadee Nordin, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Referensi

Dokumen terkait

4.1087 Ilmy Amiqoh Ilmu Administrasi Publik 4.1088 Dikhla Rif`A Ilmu Administrasi Publik 2.39 4.1089 Elfananda Istiqlalia Ilmu Administrasi Publik 4.1090 Hamida Condrowati Jayadi